Wednesday 31 December 2014

Farewell 2014 , Welcome 2015 !


Salam.. :)




Hari terakhir 2014.. beberapa jam je lagi bersisa sebelum melangkah ke tahun baru 2015.
2014 bakal meninggalkan kita.. menyimpan bersama pelbagai kenangan suka-duka kehidupan..
Bagi aku secara peribadi, 2014 adalah tahun though.. dugaan demi dugaan bertamu menguji diri.. alhamdulillah, semua tu mengajar erti kehidupan, membuat aku lebih kuat dan tabah, mendewasakan diri.. di saat duka bertamu, sematkan dalam diri kesabaran yang tinggi.. tenang hadapi segalanya.. insyaallah semua kepedihan akan berlalu.. usaha dan usaha untuk face the problems, the rest berdoa dan berserahlah pada Tuhan.. kerana Dialah pemilik segala-galanya, malah jasad dan nyawa kita pun milikNya.. Dialah yang berhak ke atas setiap sesuatu..

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.. "

Yes, terkadang rasa tak terdaya dan tak termampu dah nak hadap setiap ujian yang mendatang.. taktau dah nak buat apa, nak buat macamana.. its ok, tak perlu buat apa2 andai memang dah tak terdaya.. tapi jangan lupa berdoa dan terus berdoa, kerana itulah senjata terhebat yang dianugerahkan kepada kita.. 

Kekuatan akan datang dari dalam jiwa.. dan sedikit demi sedikit segala kekusutan akan terlerai dengan sendirinya.. dengan pertolongan Allah swt, kerana Allah tu kan Maha Mendengar, Dia juga Maha Mengasihani.. so, keep on praying.. ask whatever we need from Him..

"Allah tidak memberi apa yang kita mahu.. Dia beri apa yang kita perlu.. "

Sometimes kita kecewa kerana tak dapat apa yang kita idamkan.. frust teramat.. rasa nak menonggeng jer, nak bagi nampak real frust kena frust menonggeng la kan.. :p
Sampai kita terkadang lupa pada banyak nikmat2 lain yang masih Allah pinjamkan untuk kita..
Kita lupa nak bersyukur atas nikmat2 Allah yang kita tak sedar dipinjamkan pada kita..
pernah tak rasa ketakselesaan perut sebab tak kentut? tak best kan..
tapi bila dapat kentut terus rasa happy.. rasa lega.. 
sedar tak sekecil kentut tu pun adalah nikmat dari Allah? tapi selalunya kita tak perasan pun kan, sebab macam hal kecik je.. ape de hal? tapi bila tak kentut baru terasa kehilangan satu nikmat.. 
So, sentiasalah bersyukur pada Allah.. walaupun dalam keadaan teruji kita kena ingat kita masih lagi ada nikmat2 lain yang diberi pada kita secara free of charge!
Udara kita sedut setiap detik secara free pun adalah nikmat, tetiba kena panic attack tak boleh bernafas.. terus gelabah.. baru kena gempak sikit bagi susah bernafas tu.. (dush! dush! kena batang hidung sendiri.. hehe)

Selalu sematkan pada diri, setiap kali ribut, guruh berdentum dentam bersama petir sekali pun.. dihujungnya tetap akan berhenti.. malah kekadang Allah berikan pelangi indah sebagai penawar pada ketakutan kita semasa ribut tadi..
Begitu juga dengan kehidupan kita yang seringkali diuji dengan pelbagai masalah dan konflik, tenanglah.. sabarlah.. berdoalah kepadaNya.. hujungnya semua kekusutan pasti berlalu, dan mungkin akan mendapat bonus 'pelangi' juga.. :)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.. Semoga tahun baru 2015 akan membawa bersama sejuta keberkatan kepada kita, family, relatives, friends, negara kita,  seluruh umat Islam seantero dunia.. semoga kita semakin cekal & tabah menjalani kehidupan, semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.. dan segala yang terbaik untuk kita.. amin..


Love,
Bluehoney

_______________________________________

Iklan sikit..

Jom cuci mata tengok dress sequin yang cantik2 ni..


TQ! (",)



#PRAYFORFLOODVICTIMS
#PRAYFORQZ8501
#PRAYFORMH370
#PRAYFORMH17
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORISLAM
#PRAYFORABETTERWORLD

No comments:

Post a Comment