Showing posts with label BANJIR 2014. Show all posts
Showing posts with label BANJIR 2014. Show all posts

Monday, 29 December 2014

HATI SAYU PILU

Salam.. 

Minggu ni hati rasa tak keruan, sejak banjir melanda beberapa negeri di Malaysia ni.. setiap masa mesti nak cari berita-berita terkini perkembangan banjir.. dan sentiasa berdoa agar dipermudah dan diringankan segalanya.. 

Hari ni, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat selama 7 hari akan berlaku.. Ya Allah, takutnya.. hari ni baru nampak gambar-gambar dan video yang dikongsi di laman sosial, keadaan di beberapa kawasan, dah agak surut.. tapi MasyaAllah, terrible sangat keadaannya.. macam lepas kena tsunami! Rumah-rumah kebanyakannya rosak dan ada juga yang lenyap dihanyutkan arus.. kenderaan bergelimpangan, ada yang hanyut, ada yang saling bertindih.. ternakan semua hanyut.. jalanraya rosak dan banyak lagi kerosakan-kerosakan yang lain.  Ni kalau hujan lagi selama 7 hari tak mustahil air akan melimpah lagi.. Ya Allah.. 

Hati terkesan juga dengan kisah pasangan suami-isteri yang menjadi korban banjir di Terengganu tu.. diberitakan si isteri tu seorang guru, masa kejadian tu balik ke rumah dari pusat pemindahan semata-mata nak ambil kertas-kertas jawapan SPM.. dan ajal tiba, dia dan suaminya hanyut bila bot yang dinaiki terbalik sebab tersekat dalam pusaran air.. hati ni jadi makin sayu bila dapat tahu dorang tu ada 6 orang anak yang kecik2 lagi.. kesiannya.. tapi Alhamdulillah, MB Tganu dah ambil anak-anak tu jadi anak angkat dia.. oklah kan, at least dorang tak terpisah.. :'(

Sekelip mata jadi yatim piatu.. semoga Allah melindungi anak2 ini dan permudahkan urusan dorang.. :'(
~ image utusan online

Tetiba 11.50 pagi tadi dapat whatsapp dari hubby bagitau flight AirAsia QZ8501 Surabaya - Singapore missing.. Astaghfirullahal'azim.. lagi satu berita duka untuk tahun 2014.. 

Image google

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal berlepas dari Surabaya menuju ke Singapura itu hilang dari radar kira-kira sejam selepas take-off.. Mostly on board are Indonesians, Malaysian ada seorang, businessman dari Kuching.. lain-lain ada 1 British, 3 Koreans & 1 Singaporean..  Crews pulak 1 French, lain-lain semua Indonesians.. Semoga ahli keluarga dorang tabah menghadapi dugaan ni.. :'(


Image google

Ada yang kata pesawat crashed di Laut Belitung Timur, tapi Indonesia deny.. apa-apa pun kita berdoalah semoga dorang semua selamat.. Malaysia pun dah hantar aset ketenteraan untuk membantu dalam operasi Search and Rescue (SAR).. harap operasi SAR berjaya.. terkenang pulak SAR MH370 yang masih lagi tak berjaya tu kan.. so sad.. :'(

Harap berita ni adalah berita buruk terakhir untuk tahun 2014 nie.. Cukuplah segala yang dah berlaku sepanjang tahun ni kan.. Semuanya kita terima sebagai ujian dari Allah swt untuk menguji kita, juga sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita.  Sesungguhnya tiada kuasa yang mampu menandingi kekuasaan Allah swt.. hanya Dia yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.. takkan berganjak walau sebutir zarah tanpa keizinanNya.. dan setiap yang diturunkan kepada kita itu pasti membawa bersama hikmahnya.

Semoga 2015 yang bakal menjelma beberapa hari lagi akan membawa rahmat, semoga kita dilindungi dan sentiasa diredhai Allah.. semoga kita menjadi insan dan hamba yang lebih baik.  InsyaAllah..

:: Keep #prayforfloodvictims #prayforpantaitimur #prayformalaysia #prayformh370 #prayformh17 #prayforqz8501 #prayforgaza #prayforallmuslims


Love,
Bluehoney

Friday, 26 December 2014

#PrayForPantaiTimur

Salam.. :)

Hujan renyai-renyai sejak awal pagi tadi.. cuaca sejuk, tak payah on air-cond.. news feed mostly pasal banjir yang melanda 6 negeri.  Paling teruk nampaknya di Kelantan, katanya banjir terburuk dalam sejarah.  Kesian kat dorang yang jadi mangsa banjir di seluruh negara.. tak dapat bayangkan betapa susah dan deritanya dorang, lagi-lagi yang terperangkap berhari-hari tanpa air bersih, letrik, makanan.. kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung.. hospital pun dah terputus bekalan eletrik, macamana keadaan pesakit-pesakit yang bergantung harap pada bantuan mesin-mesin tu yea? Semoga Allah melindungi mereka dan mempermudahkan urusan semua yang terlibat dalam bencana tersebut..

Hati ni macam melayang balik kampung.. kampung aku terletak di persisir hulu Sg. Perak.. ada juga rumah2 penduduk yang terjejas sebab air sungai melimpah akibat pelepasan air dari Empangan Bersia dan Empangan Temengor.  Harap takde la melibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta-benda yang serious.. 

Tengok fb, kampung2 lain di sepanjang aliran Sungai Perak pun semua terjejas.. hujan pun on-off lagi.. empangan2 tak mampu menampung air dan terpaksa dilepaskan.. Empangan Kenering pun lepaskan air.. banjir sepanjang aliran sungai sampai Kuala Kangsar.. 

pic credit to fb ustaz don..

"Ya Allah, Kau hentikanlah hujan, redakanlah banjir, berilah perlindungan kepada kami.. berikan kekuatan dan ketabahan untuk kami hadapi ujianMu ini.. sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha mengasihani.."



pic google

Tengok gambar pun rasa berdebar-debar.. memang dasyat banjir kali ni.. jumlah mangsa pun dah lebih 100,000 orang.. Ya Allah! semoga dipermudahkan segalanya.. :'(

Banjir ini musibah, mungkin ujian, mungkin juga sebagai peringatan kepada kita.. Akurlah yang bumi ini sudah terlalu tua.. 

Hmm.. disebalik dugaan besar ni, aku bangga tengok rakyat Malaysia bersatu hati bila menghadapi banjir ni, ramai-ramai pakat derma barang-barang keperluan dan wang.. merata-rata dorang anjurkan sesi pengumpulan barang nie.. so, kalau ada pakaian, kain pelikat, kain batik, telekung, sejadah, selimut, bantal, toto yang tak diguna tu bolehlah didermakan.. beli baru and derma pun boleh.. makanan macam beras, gula, biskut, mi segera etc. Selain daripada tu boleh juga derma lampin bayi/dewasa, susu bayi/kanak-kanak, botol susu, tuala wanita, toiletries, lilin etc.. apa2 jelah yang rasa2 nak diderma tu bolehlah terus hantar ke pusat2 pengumpulan yang terdekat.. yang nak derma duit, silakan.. tapi derma duit ni kena make sure agen/saluran yang betullah yea.. takut tertipu.. ada jugak orang yang ambil kesempatan buat tabung derma untuk sewa helikopter kononnya untuk pindahkan pesakit dari hospital.. yang tu terang-terang penipu ok! so be careful.. derma hanya kat saluran yang sah yea.. 

Yang takde apa-apa nak diderma boleh je kirimkan doa.. :) Yang penting tak payah nak jadi keyboard worrior sangatlah.. hentam orang sana-sini, orang sibuk pasal banjir dia tetap sibuk nak cerita politik.. sesungguhnya orang macam ni patutnya kena campak je dalam banjir tu.. so annoying!

Ok, jom pilih-pilih kain baju yang mana boleh diderma.. jangan lupa teruskan doa juga ya!

#prayforpantaitimur 
#banjir2014
#monsuntimurlaut


Love,
Bluehoney