Tuesday 12 August 2014

GIGI, KFC & SSPN

Tajuk entry tahapa-apa.. huhu
Semalam (Isnin), bawa Adam pergi dentist untuk cabut 2 batang gigi depannya yang dah lama rongak tu.. tetiba gelabah nak cari dentist sebab dia tunjuk kat gusi tuh ada putih-putih, ingat cam gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu yang rongak tuh belom tanggal.. nanti berlapis-lapis buruklah pulak kan, dah nak kena pakai braces.. mahal hoi.. haha
Tapi aku check nampak cam bukan gigi baru yang tumbuh tu, tapi takpe.. jom jumpa dentistlah.. biar si pakar yang menentukan apa yang sepatutnya dibuat dengan 2 batang gigi rongak tersebut..

Bila jumpa dentist, dia cakap tu bukan gigi baru.. tu akar gigi yang rosak tu.. oh, betullah.. masa aku check tu pun aku rasa tu bukan gigi baru.. so oklah, doktor tu pun advice suruh cabut je sebab memang dah rosak, and biar nanti senang gigi baru boleh tumbuh tanpa gangguan.. 

So, aku aggree suh doktor cabut.  Adam biasalah cuak-cuak jugaklah.. tapi aku dah cakap kat dia awal-awal..

Mama : Kat klinik nanti jangan buat perangai, mama malas nak layan.. kalau ngada-ngada mama tinggal je kat klinik tu, biar doktor buat je apa yang dia nak buat kat adik.

Adam : Kalau mama tinggal, adik kena masuk ward ke?

Mama : Ye kot, takpun doktor call polis suruh ambik..

Haha.. gila kijam doktor tepon polis tuh.. :p

So, bila masa dentist tu nak sapu ubat bius tu dia dah cuak-cuak nak bangun.. dentist tuh pujuk-pujuklah cakap benda ni sedap, rasa strawberry.. and yes memang bau dia best, bau strawberry..
 Si Aazad pulak cakap "ermm.. cedapnyee tobeyi" sebab doktor tu suh Aazad hidu.. 
so, bila adik dia dah cakap camtuh, dia pun confidentlah bagi doktor tu sapu-sapu benda tu kat gigi-gigi yang nak dicabut tu.. then biarkan dalam setengah minit kot.. 
bila doktor pegang benda cam playar tu, tangan dia dah tolak-tolak tangan doktor tu.. berapa kali jugaklah dia cakap kat doktor "jup2.. saya tak ready lagi.." 
lastly aku cakap, "ni kalau biar lama strawberry tu abis nanti cabut rasa sakit tau.." terus dia relakan doktor tu mencabut gigi-gigi tersebut.. senang je pon.. tak rasa apa dia kata.. tak sakit langsung.. tapi air mata je kuar.. sebab takut.. hehee

and this is the result..



Gambar ni kat The Store, kat klinik tu takde gambar.. 
Lepas dah settled dengan gigi-gigi Adam, aku pulak check gigi.. nak cuci, tapi depa bagi appointment lain pulak.. tapi doktor tu ckp gigi aku 4 batang kena cabut.. arghhh! scary okey! eh, tak boleh buat perangai nanti doktor call polis bawu tau! :p

Aku dah tau lama dah pun gigi aku 4 batang tu punya nasib, sebab memang dah rosak.. yang 2 tu memang dah takde pun, tinggal akar je kot.. tapi sebab semua geraham kan.. aku buat derk jelah.. cer kalau gigi depan-depan.. haruslah menggelabah baboon!

Gigi aku mula bermasalah bila aku pregnant.  Everytime pregnant, memang kena sakit gigi yang arghhhh!!! rasa nak kunyah batu-bata kot.. ntah, rasa sakit gigi ni memang teruk sangat.. tak boleh makan, tak boleh tido.. jadi serba tak kena, jadi moody.. oh, sungguh tak best.  

Moral of the story, jagalah pemakanan.. especially masa mengandung.. pastikan pengambilan zat-zat yang diperlukan secukupnya.. kekurangan kalsium memang amat memeritkan di kala berbadan dua.  Baby dalam perut sedut semua kot kalsium aku, sampai gigi pun berdarah, jadi reput, berlubang bagai.. masa tak pregnant takde pulak jadi gitu?

So, buatlah appointment untuk cuci gigi.. yang nak kena cabut tuh, doktor tu kata nanti bila dah dapat hidayah rasa nak cabut, cabutlah.. hahaha.. baiklah tuan doktor.

Lepas tuh, bawalah budak berdua ni gi beli jajan.. sambil Adam dok gigit kapas tuh kan.. nampak KFC dan-dan mintak pulak..

Mama : Eh, orang baru cabut gigi mana boleh makan ayam goreng, makanan keras-keras, panas-panas..
Adam : Bolehla mama, adik gigit tepi sini, tak kena pun yang depan..
Aazad : Mama baik.. Adat (Aazad) nak ayam goleng cam upin ipin.. :)

hah, depa ni kalau dah nak tu memang nak jugaklah.. daripada nanti ada yang merajuk, ada yang tunjuk perasaan.. jomlah, belilah ayam goreng.. 

and here we go..





Bersungguh-sungguh ok dorang makan.. gumbira aku melihatnya..
sebab sebelum-sebelum ni dorang ni makan, sakit hati je nengoknya.. gigit-gigit sikit dah tinggal.. aku jugak yang perabih, sebab sayang tengok rezeki dibazir.. akibatnya aku jelah membulat, dorang slim-slim jer semua.. tensi ok!

But this time, memang best.. Azad pun pandai makan sampai abis.. tinggal tulang je.. alhamdulillah.. puas ati..




Aku perati je dua beradik ni, behave ok setakat ni.. lepas makan siap berdua gi wash hand.. then gi kaunter mintak tisu.. abang lap-lap mulut adik.. oh, bahagia mama kau kalau korang sentiasa behave macam ni.. Maybe sebab berdua kot, ngamlah.. Ammar tak ikut.. ni kalau bertiga huru-hara jugak kot jadinya.. hahaha

Lepas tu, gi Maybank.. buka akaun SSPN untuk mereka tiga beradik.. duit raya semua masuk akaun ok.. nonono spend on toys.. enough is enough..

Kat bank, ada sorang pakcik tu.. boleh pulak dia ingat aku bawa adik-adik.. eh, biar betul pakcik.. buat I rasa muda lak! aku cakaplah ni anak-anak saya pakcik, lagi sorang tak ikut sebab sekolah.. then dia tanya, "kamu ada adik-beradik pompuan yang belom kawin tak?" aku ckp takde, saya sorang je pompuan, adik-adik 4 lelaki.. aku tanya kenapa.. dia ckp "pakcik tengok kamu macam pelakon hindustan.. kamu dah kawin, kalau ada adik pompuan boleh kenaikan dengan anak bujang pakcik, dia minat hindustan, pakcik pun suka.." hahahahaaaa.. pakcik..pakcik.. :)

Ramah pulak pakcik tu.. borak-borak sampai la sampai turn aku gi kaunter.  Malangnya budak berdua tu dah tak berapa nak behave dah, sebab lama sangat kat bank tu.. Azad boleh jatuhkan penutup bekas kat kaunter tuh, bekas untuk orang buang kertas ke tisu ke kat kaunter tu kan.. dah la benda tu material logam, sekali jatuh.. kuat gila bunyi dia, sampai semua orang dalam bank tu terdiam dan mata semua tertumpu kat dia.. hahaha.. bila aku cakap tengok tu semua orang pandang Azad.. barulah tersipu-sipu, diam kejap kat situ.. then after 5 minutes, gi main tutup tu lagi.. pastu cakap "mama bagi semua duit raya Atad kat tiger ke?" hahaha.. yelah, bagi tiger jaga duit Azad ye.. :)




Saturday 2 August 2014

ANUGERAH SYAWAL EP. 2

Tak boleh lena pulak.. marilah update belog.. takde cerita.. 
marilah tepek gambar anak-anak lagi.. :)

oh, ni ketupat raya.. mak aku buat.. aku pun dah pandai balut ketupat palas nih.. baru tahun ni je reti, bertahun-tahun buat asyik jadi 'ketupat betina' jer.. so this year dah pandai.. tahniah untuk diri sendiri! :)



This year 2 kali buat ketupat, malam raya & raya ke-3.. sebab laku sangat.. tu pun ok lagi sebab buat laksa jugak.. yg 2nd time buat tulah aku baru pandai balut.. eksyen pulak aku gelakkan adik aku si Yon sebab dia buat jadi betina.. hahaha.. sib baik last-last jadi jugak ketupat dia.. kalo tak boleh la aku gelakkan dia sampai tahun depan.. hahaha


Ni gambar anak-anak bersama Pak Ngah Yon di petang raya.. :)
Yon memang rajin melayan bebudak nih.. seronoklah dorang bila Pak Ngah ada.. 
Melayan bagi dorang main bunga api & mercun telur naga.. hehee...















Anak-anak suka sangat pakai baju melayu ni.. sampai taknak tukar.. lepas mandi petang boleh sarung baju tu lagi.. adoii.. Azad lagilah nak tido pun taknak tukar baju.. dia cakap dia ensem pakai baju melayu dengan sampin.. lagi satu, dia suka sebab tahun ni baju melayu cekak musang, ada butang tu.. baju melayu dia sebelum-sebelum ni kan jenis leher baju kurung.. hehe.. macam-macam ragam.. :)


2nd Day Raya
 Baju kemeja nak biru.. aku beli jugak kaler maroon sebab cam cantik je.. tapi last-last gi tukar balik kaler biru sebab dia taknak jugak.. yelah anak, dah pandai pilih sendiri ye.. Aazad ape-ape semua nak kaler biru!





Ni kesan kena serpihan mercun bola.. malam ke-2 raya dok depan umah.. mercun tu meletop jauh seberang jalan, tapi serpihan tu boleh pulak terbang kena Aazad.. nasib baik sikit je and tak kena mata.. dia pun nangis kejap je, sapu-sapu minyak gamat kat telinga sebab dia pegang telinga masa nangis tu.. bila dah lama sikit baru nampak kesan tu.. terus sapu pulak kat situ.. 



Moral of the story, toksah la main mercun.. bahaya.. tengok paper & tv, banyak kes kecederaan akibat mercun, malah ada sampai mati pun.. duit beli mercun tu lebih baik dermakan kat tabung palestin ke kan.. dahlah.. tu je citer..




Friday 1 August 2014

ANUGERAH SYAWAL 2014


Oh, dah raya ke-4.. terasa cepatnya masa berlalu.  Raya tahun ni disambut sederhana saja.. tapi tetap meriah dengan kunjungan saudara-mara dari pagi ke malam hari.. Tak lupa panjatkan kesyukuran kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut Syawal tahun ini.. 

Malas nak cerita raya.. standard je.. tetamu datang beraya, kita kunjung mengunjung.. yang penting ikhlas bersalam dan bermaafan zahir dan batin.. kosong-kosong!
Takdelah pulak gambar-gambar tetamu.. tak sempat kot nak snap2.. :)

So, nak jugak tepek gambar.. marilah tepek gambar putera-putera kesayangan beta.. 
Memang excitedlah anak-anak bila bab raya kan.. maklumlah budak-budak.. malam raya memang tak lena tidur.. tak sabar nak pakai baju raya & ikut tokwan pi sembahyang raya..

Ni gambar malam raya.. nyaris pekak jugaklah telinga akibat perang mercun bola.. anak-anak pun memang excited dok luar, main bunga api, main pelita raya.. biar paksu melayan.. happylah dorang.. :)





Pagi raya kejut je terus melompat bangun gi mandi.. wahh.. kalau hari-hari camtuh kan senang.. hehe..
Terus pakai baju & standby gi sembahyang raya kat masjid.. seronok je jadi budak-budak kan.. memang enjoy & happy bila raya.. :)


Ammar & Adam sempatlah posing-posing dulu sebelum gi masjid.. 


This year baju raya Adam ganjil.. sebab beli last minute, takde saiz so boleh jer lah.. dia pun ok je.. dia cakap dia jadi ketua kumpulan so baju lain kaler.. hahaha.. 

Sementara itu...


Ni budak baru bangun.. mula la sedih sebab abang-abang dah siap.. takut kena tinggal.. heheee..
tapi memang kena tinggallah kan, kecik lagi kot nak ikut gi sembahyang kat masjid.. so, dia pun masuk bilik sambung tido.. pukul 9 kot baru bangun.. hahaha..



Okey, acara bersalaman di pagi raya.. lepas balik masjid ni.. 
Ammar start salam tokwan.. :)



Aazad's turn.. pandai budak kecik ni susun dialog.. tak payah ajar.. 
"selamat hari raya tokwan, aazad mintak maaf.. aazad nak duit raye banyak-banyak ye tokwan.."
hahaha



Adam's turn.. :)


Sengihlah dapat angpow.. hehe


Gambar anak-anak di pagi raya.. :)








Nampak dompet dia sampai 2 bijik tau.. masuk poket kiri kanan.. hahaha..
Ni fav mug dia.. jangan sape-sape berani guna mug ni yea!



Selfie mulut itik di pagi raya.. :p



2nd Syawal..




Shira & The Boys.. :)

and last but not least..












The Tuan Belog



Sekian.