Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts
Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Farewell 2014 , Welcome 2015 !


Salam.. :)




Hari terakhir 2014.. beberapa jam je lagi bersisa sebelum melangkah ke tahun baru 2015.
2014 bakal meninggalkan kita.. menyimpan bersama pelbagai kenangan suka-duka kehidupan..
Bagi aku secara peribadi, 2014 adalah tahun though.. dugaan demi dugaan bertamu menguji diri.. alhamdulillah, semua tu mengajar erti kehidupan, membuat aku lebih kuat dan tabah, mendewasakan diri.. di saat duka bertamu, sematkan dalam diri kesabaran yang tinggi.. tenang hadapi segalanya.. insyaallah semua kepedihan akan berlalu.. usaha dan usaha untuk face the problems, the rest berdoa dan berserahlah pada Tuhan.. kerana Dialah pemilik segala-galanya, malah jasad dan nyawa kita pun milikNya.. Dialah yang berhak ke atas setiap sesuatu..

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.. "

Yes, terkadang rasa tak terdaya dan tak termampu dah nak hadap setiap ujian yang mendatang.. taktau dah nak buat apa, nak buat macamana.. its ok, tak perlu buat apa2 andai memang dah tak terdaya.. tapi jangan lupa berdoa dan terus berdoa, kerana itulah senjata terhebat yang dianugerahkan kepada kita.. 

Kekuatan akan datang dari dalam jiwa.. dan sedikit demi sedikit segala kekusutan akan terlerai dengan sendirinya.. dengan pertolongan Allah swt, kerana Allah tu kan Maha Mendengar, Dia juga Maha Mengasihani.. so, keep on praying.. ask whatever we need from Him..

"Allah tidak memberi apa yang kita mahu.. Dia beri apa yang kita perlu.. "

Sometimes kita kecewa kerana tak dapat apa yang kita idamkan.. frust teramat.. rasa nak menonggeng jer, nak bagi nampak real frust kena frust menonggeng la kan.. :p
Sampai kita terkadang lupa pada banyak nikmat2 lain yang masih Allah pinjamkan untuk kita..
Kita lupa nak bersyukur atas nikmat2 Allah yang kita tak sedar dipinjamkan pada kita..
pernah tak rasa ketakselesaan perut sebab tak kentut? tak best kan..
tapi bila dapat kentut terus rasa happy.. rasa lega.. 
sedar tak sekecil kentut tu pun adalah nikmat dari Allah? tapi selalunya kita tak perasan pun kan, sebab macam hal kecik je.. ape de hal? tapi bila tak kentut baru terasa kehilangan satu nikmat.. 
So, sentiasalah bersyukur pada Allah.. walaupun dalam keadaan teruji kita kena ingat kita masih lagi ada nikmat2 lain yang diberi pada kita secara free of charge!
Udara kita sedut setiap detik secara free pun adalah nikmat, tetiba kena panic attack tak boleh bernafas.. terus gelabah.. baru kena gempak sikit bagi susah bernafas tu.. (dush! dush! kena batang hidung sendiri.. hehe)

Selalu sematkan pada diri, setiap kali ribut, guruh berdentum dentam bersama petir sekali pun.. dihujungnya tetap akan berhenti.. malah kekadang Allah berikan pelangi indah sebagai penawar pada ketakutan kita semasa ribut tadi..
Begitu juga dengan kehidupan kita yang seringkali diuji dengan pelbagai masalah dan konflik, tenanglah.. sabarlah.. berdoalah kepadaNya.. hujungnya semua kekusutan pasti berlalu, dan mungkin akan mendapat bonus 'pelangi' juga.. :)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.. Semoga tahun baru 2015 akan membawa bersama sejuta keberkatan kepada kita, family, relatives, friends, negara kita,  seluruh umat Islam seantero dunia.. semoga kita semakin cekal & tabah menjalani kehidupan, semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.. dan segala yang terbaik untuk kita.. amin..


Love,
Bluehoney

_______________________________________

Iklan sikit..

Jom cuci mata tengok dress sequin yang cantik2 ni..


TQ! (",)



#PRAYFORFLOODVICTIMS
#PRAYFORQZ8501
#PRAYFORMH370
#PRAYFORMH17
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORISLAM
#PRAYFORABETTERWORLD

Tuesday, 9 December 2014

KEMPEN "EAT FRUITS & VEGES" KAT RUMAH

Hi.. :)

Semalam gi Giant beli ayam.. takde lauk lain, so terpaksalah masak ayam harini.. terfikir2 ayam tu nak masak apa? Sambil melayan window shopping kat internet.. dok fikir2 menu utk lunch.. dah la nampak shoe rack kat lazada.. cantik dan murah.. geram pulak, tangan pun gatal je nak order.. eh, baik masuk dapur dululah.. kalau melayan tu nanti memang terbeli jugak nanti.. bahaya.. :p

Tengok ayam pun dah lembut, pagi2 tadi dah keluarkan dari fridge.. so apa2 hal pun masak nasi dulu.. pernah terjadi aku beria masak lauk sayur bagai, bila nak makan baru sedar lupa masak nasi.. *tepukdahi*
Pernah juga lupa tekan button 'cook'.. time nak makan tengok beras je ada dalam periuk.. sedey oh!
pernah jugak salahkan rice cooker sebab dah tekan 'cook' tapi tetap tak masak nasi tu.. maybe sebab rice cooker dah tua, kadang2 nak kena tepuk2 baru on.. hehe.. *ni ayat clue nak mintak rice cooker baru* :B

Then, layan basuh ayam.. sebab semalam balik terus sumbat dalam fridge.  Tetiba ting!! ada lampu menyala kat atas kepala.. dapat idea, rasa nak masak kari ayamlah!  ok proceed.. :)



#Tips Dapur
Ayam dah siap basuh, tos.. then masuk dalam bekas2 sebelum simpan dalam fridge.. 
buat portion, so senang nanti bila nak masak keluarkan satu bekas utk sekali masak..
takdelah ayam tu kena defrost banyak kali sampai hilang kesegarannya.. 
Sama gak la kalau stok udang ke, sotong ke, apa2 je pun boleh buat camni jugak.. :)

Amboii.. siap bagi tips dapur tu.. bukan apa, mana tau ada sepupu-sepapat, ipar duai, bakal adik ipar ke yang baru nak belajar masuk dapur tu, blog ni nanti anak menantu baca ke, so boleh la belajar.. bakal menantu ke kan.. kan.. :p semoga bermanfaatlah kan.. aku dulu pun tak reti sangat hal-hal dapur ni, bila dah kawen baru belajar sikit2.. sampai sekarang pun still belajar lagi.. kan tak baik kedekut ilmu.. resepi yang aku share kat blog ni pun yang simple2.. sesuai untuk yang baru2 nak belajar masak, yang baru kawin ke.. yang dah terror2 tu tak sesuaila.. haha..

So, ting!! idea pun menjelma.. lunch arini kita masak kari ayam, ayam goreng & brokoli + carrot tumis oyster sos.. ok la tu kot.. 

Oh, harini aku launch "Eat Fruits & Veges Campaign" kat rumah sendiri.  Haha.. mangsa kempen dah tentulah anak2 dan incik suami.. started from today jom kita makan banyak fruits and veges okay.. let's be a fruits and veges lover!

Sebenarnya, sejak domenjak ni.. ai diserang masalah sembelit kot.. yang tak uk-uk sampai berhari2 tu kan.. lepas tu perut jadi buncit, kulit jadi kasar & jerawat tumbuh macam kita boh baja! hooomaiiiihhh! tensi ok! atas sebab musabab tu ai lancarkan kempen makan buah dan sayur di rumah.. haha.. bijak tak? diri sendiri yg bermasalah, buat kempen suruh anak2 sekali makan buah, sayur bagai.. yelah, tak besh la makan sorang2 kan.. lagipun memang bagus kan makan buah dan sayur? so kira kempen ni memang terbaik la kan.. :B



Bukan apa, sebelum2 ni pun memang rajin beli buah.. tapi yang rajin makan incik hubby sorang je.. sedar2 buah kecut dalam peti ais.. membazir ok.  So lepas ni nak disiplin makan buah setiap hari.. taknak membazir lagi.. nonono!


Nampaknya ini budak dah menyahut seruan kempen.. sebiji apple tu kejap je dia makan.. 
gooood boy! :D



Ada salad, thousand island sauce, baby carrot, tomato jugak.
Thousand island tu selalu beli yang botol kecik2, tapi cepat habis sebab suka buat salad bubuh sos tu banyak2.. so beli yang pek besar je senang.. :)



Ni lunch harini.. :)
Lunch sorang2.. anak2 taknak makan, dorang kenyang makan nuggets, roti, oreo, blablabla.. tensi ok!
Sang suami pulak keje.. then OT pulak, tgh malam nanti baru sampai umah.. 
No wonder aku makin membulat dengan cemerlang, sendiri masak sendiri makan.. hurmm!

Semoga kempen ni berjayalah hendaknya.. conclusion, more fruits & veges.. no cikedis!
:B


A fruits & Veges Luver,
Bluehoney

1/9 NAFSU SEORANG WANITA

Hola.. :)

Amboi tajuk.. :p

Bila buka fridge tgk fridge kosong mulalah mood memasak terus down.. Malas betul nak gi kedai.. so lunch kelmarin buat nasi goreng je.. hihi.. asalkan ada makanan untuk ditelan kan.. anak-anak & hubby pun tak kisah.. dorang suka je nasi goreng belacan i.. so settle for lunch.. 

Bila mentari gelincir ke ufuk barat.. perut pun kian rancak bernada dangdut.. eh, tersastera pulak.. :p 
Bila petang dah terfikir-fikir apa nak makan malam ni? ermm.. see! asyik ingat pasal makan je.. bila body makin bulat, menyesal.. pastu makan lagi.. menyesal lagi.. dan begitulah seterusnya.. berat makin naik dengan jayanya.. eh, terbebel kat diri sendiri pulak.. ;p 

ok, sambung citer.. tengok suamiku encik sotong kurita sedap tido je tak bangun-bangun pulak.. tak boleh jadi ni.. lepas magrib ajak semua orang keluar (paksa sebenarnya.. heheh) jom kita gi beli stok barang basah & jajan.. then boleh terus dinner kat luar.. 

Teruslah menuju ke Giant Nilai.. sebab dalam otak dah set nak makan burger.. sampai je terus masuk Giant dulu, nak beli stok barang basah, tapi biasalah bila melilau kat semua department dalam tu, ada je tersauk benda-benda lain.. lastly beli sayur2 & buah2 je.. lauk2 tak beli cuma beli ayam sekor.. sebab suamiku cakap ikan2 kat situ nampak tak fresh.  ok, fine.. nanti lusa beli je stok kat pasar malam.. then keluar Giant masuk Guardian.. aku punya perangai memang pantang la nampak Guardian ke Watsons ke.. gatal je kaki tangan nak menyinggah.. dah masuk tu paham-paham jelah.. ada je yang berkenan.. walaupun beli 1pc kepit kuku je pun, rasa happy jer.. nape eh? why? whyyy?!



Makan ni jer.. 



Bebudak ok jer.. dorang ni memang tak kisah pasal makan.. asal ada biskut2 ke, kokokrunch ke dorang dah ok.. nak suruh makan nasi tu ada sikit problem.. kadang beria la aku masak nasi, lauk bagai.. last2 aku jugak yang kena habiskan.. pastu aku sorang je yang gemok! arghhh.. tensi tau tak?!

and.. there we go.. barang yang sempat disauk dari guardian.. :B  <<---- happy! tunjuk gigi kapaklah.. ngeeee..


Semua ni memang aku guna.. so tak membazirlah kiranya kan.. bukan beli benda bukan2 kan.. kan.. haha.. ayat taknak rasa bersalah setiap kali beli ntah apa2.. :D
Blusher & lipstick sebab cam dah lama tak beli..
Kepit kuku sebab semalam kepit kuku ammar, terpatah pulak benda alah tu..
Deodorant sebab nak bagi ketiak wangi 24jam.. orang jawa panggil 'odorono'.. lagi sedap disebut kan.. hehe..
Lotion tu sebab nak jaga skin supaya chantek selalu.. err.. aku memang suka beli lotion, walaupun tak rajin nak pakai.. tapi geramlah tengok benda2 cam tu.. saya suka!! saya suka!!

ok, dah ada reasons kalau suamiku 'berbunyi'.. tapi dia ok je, so far kalau aku beli apa2 takdelah dia bising ke apa.. 
Once aku pernah gila beli eye shadow & mascara.. like berlambak, sorok dalam laci sebab takut dia nampak.. tapi last2 kantoi jugak.. tapi dia ok je.. hehe.. tq pa sebab paham perangai isterimu yang gila Guardian gila Watsons.. hahahaha..



Bukti bergambar kepit kuku yang telah sampai ajalnya.. :p

So, conclusion.. pompuan memang ada 9 nafsu ok.. so pepandailah control.. sekarang ni aku macam nak 'tergila' beli barang rumah like gobok2 baju, gobok kasut, home accessories, pinggan mangkuk yang branded.. gi Ikea jadi gila.. tgk Lazada, Zalora jadi gila.. hahaha.. 
Eh, tapi bukan sesaja nak gila tau.. i gila sebab nak cantikkan rumah.. pinggan mangkuk branded sebab tak bestlah tetamu datang kita hidang guna pinggan daia, mangkuk colgate.. haa.. tetap ada alasan kan.. eh, ke sebab aku makin tua jadi suka nak beli gobok & pinggan mangkuk??? 
homaiiiii... dah makcik-makciklah aku sekarang.. kahkahkah


sekian, entri suka-suka.. :B

____________________________________________

~ Promo ~ 

Jom la ramai2 cuci mata kat my blogshoppe.. macam2 ada.. ladies wear yang gojes2, homeware, cadar, kain japanese cotton, gadget.. jom la kita pakat shopping online & offline! hahahaha... 

click -->> HONEYLICIOUS <<-- click


Lots of luv,
Bluehoney

Thursday, 3 July 2014

Acara Mata Merah Berjemaah

Entry terperam.. Marilah kita siapkan..

Episod sakit mata ni bermula dengan Adam, lepas kes kene tumbuk tu kan.. memang doktor cakap sebab mata dia tu ade luka sikit and ade infection, kuman tu memang boleh berjangkit.. oh no! nonono! Walaupun dah ambil langkah-langkah prevention untuk elakkan jangkitan, tp tetaplah jugak terlepas kuman-kuman tuh.. 

Memula terjangkit ialah Ammar, mata kanan.. tapi sekejap je dalam 2 hari je dah recover.  Then, Aazad pulak kene, mata kiri, pon kejap je dalam 2-3 hari je dah baik.  Alhamdulillah, syukur sangat dorang tak teruk, just merah sikit je.


Aazad demam gak 1 malam siap muntah.  Syukur esoknye dah sihat.


Kemudian..

 Lepas balik dari HRPB malam minggu tu, mata aku dah start rasa gatal-gatal.. sedap toi aku tenyeh-tenyeh garu-garu.. rasa best bila garu-garu tu.. ye, memang bestlah sangatlah kan, masuk hari Selasa terus merah mata kananku.. malam tu tido cam tak selesa, aku agak bangun pagi nanti mesti melekat mata aku.. and yes, memang tepat sekali, and the worst part was mata kiri pun terjangkit merah jugak! adeiiii.. bermulalah episod pilu.. hazab okey, aku bersyukur sangat Ammar & Aazad kene tak seteruk aku. 

Mata berair-air, jadi blur sebab lendir tu melitupi mata kiri kanan.. sangat tak selesa.  Dahtu bila tunduk memang sakit giler, cam nak jatuh bijik mata! Memang tersiksa rasa, first time kot aku kene sakit mata yang teruk sampai seminggu..


Ni lah keadaan mata mak incik, ni pun cover-cover, lap-lap dulu lendir sebelom snap gambar nie.. 
kalau tak memang lagi teruk, comot giler.. hahaha..
Masa aku kene ni, berjemaah dengan Akim, adik bongsu aku & abah.. then anak buah aku, Shira pun kene, then terjangkit la seisi rumah dia, adik aku Idin, my SIL Siti & mak dia pon kene.  Kira complete seisi rumah.  Yang terlast kene was my mom, so complete jugak seisi rumah! Memang dasat wa cakap lu! hahaha.. takmo dah sakit mata lepas ni! hazab giler..


Ni ubat aku dapat dari Unit Kecemasan.. pil tuh panadol & ubat tahan gatal kots.  Tube tu gel letak kat mata bila nak tido malam jer.  Botol comel tu eyedrop macam eyemo, tapi yang tu berubat.. kene simpan dalam fridge, best jer bila titis rasa sejukkkk jer dalam mata.. 
tapi pahitttttt jer kat tekak! bluwekkkk.. kene cepat-cepat minum air untuk flush rasa pahit tuh..

Adik aku Akim pon dapat set ubat yang sama, kitorang gi sepital malam rabu tuh bersama-sama ditemani bondaku yang tersayang.. last-last bila abah & mak pon kene, kita guna jer ubat-ubat tu bersama-sama.  Adam gi HRPB ritu pon dapat the same tube & eyedrop jugekk..

Memang tak best bila sakit, tapi bila ingat sakit tu ujian dari Allah, sakit juga menghapus dosa.. so redha dan sabarlah mengharunginya..

Ni mata dah okey, tapi sesekali tetap rasa gatal.. dan sungguh sedap ditenyeh-tenyeh..
Tak elok kan tenyeh-tenyeh mata.. so, mulai sekarang jika mata gatal kita guna eyemo dan belai-belai manje je.. dulu tak reti nak eyemo2.. sekarang tidak lagi! Best pulak guna eyemo, anak-anak pun suke, Aazad lagi la.. kejap2 nak eyemo kejap2 nak eyemo.. over tau! hahaha..

Wednesday, 2 July 2014

Resepi Mee Kari Bluehoney

Ni 3 minggu lepas kot.. teringin nak makan mee kari.. eh, bukan teringin nak makan je, teringin nak masak jugak.  Tamau beli, nak masak sendiri!

So, gigihlah gi Fresh Mart dengan Mr. Papa, beli bahan segala.  Ni first time kot aku nak masak sendiri, mean sebelum ni pernah masak tapi bersama dengan biras aku.  So this is my first ever mee kari lah! 

Aku gugel jugak resepi, tapi lepas tuh belasah sesedap rasa aku jer lah.. sebelom aku lupa baik aku tulis resepi kat sini.. next time nak masak lagi kompom aku lupa, ittew perkarew biasew maklum lew faktor usiew.. eeiiiuuuu! getik beno bahasa bebudak sekarang.. x sesuaiiii! :p

Resepi Mee Kari Bluehoney

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecik2
2 peket serbuk kari ayam/daging baba's
2 kotak santan cap ayam (400ml)
2 keping asam gelugur
Isi kerang ~ ikut suke nak banyak mane
Fish ball
Fish cake
2 biji kentang ~ rebus & lenyek2
1 senduk minyak masak
Garam
Ajinomoto
Air rebusan kerang ~ make sure kerang dicuci sebersih-bersihnye sebelum direbus
Air secukupnye

Blend:
1 bijik bawang besar
6 bijik bawang merah
5 bijik bawang putih
1/2 inci halia
1 senduk cili kering blend
Sedikit udang kering

Bahan Tumis:
1 batang serai diketuk
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

Accessories:
Mee kuning ~ celur & toskan
Tauhu kering ~ goreng & hiris
Tauhu basah ~ goreng & potong ikut suke
Fish cake ~ goreng & potong ikut suke
Cili merah
Sawi ~ celur & potong2
Taugeh ~ celur
Kacang panjang ~ celur & potong ikut suke
Kentang ~ rebus & potong dadu
Telur rebus
Limau kasturi
Bawang goreng

Macam berderet jer bahan-bahan kan.. nampak je cm leceh tapi memang leceh sikit bab menyediakan accessories tuh.. nak kene rebus2, goreng2 tuh kan, so pandai2 la adjust sambil buat kuah sambil celur2 tuh.. bab kuah kari kacang jer, macam masak kari biasa, cuma ade sikit penambahan je.. 


Fistly, panaskan minyak.. 
Campak bahan tumis, kacau.. agak dah wangi masukkan bahan blend.. 
biar kejap, then masuk paste rempah kari. api sederhana..
kacau sesekali agak kering sikit, masuk ayam, boh air kosong, biar sampai ayam empuk.. kacau2 selalu 



Bila ayam dah empuk, masuk air rebusan kerang, kalau tak cukup boleh tambah air kosong.. 
adjust kepekatan ikut suke kitelah.. 

air rebusan kerang tuh kene berkualiti okey, kerang kene betul2 bersih, dan fresh, sebab kalau kerang tak fresh, or dah busuk sikit tuh kan, air rebusan tu tak sesuai masuk dalam kuah ni, better JANGAN guna air rebusan yang sebegitu.. boleh je guna air kosong tanpa air kerang

then, kacau2 biar sebati, biar mendidih..
then masuk la fish ball, fish cake, asam gelugur segala.. 
biar kejap, then masukkan santan, garam & ajinomoto..
then masukkan kentang lenyek tadi utk pekatkan kuah
lastly, masukkan kerang.. 
rasalah, adjust kemasinan ikut taste masing2
SIAP!


Rupa paras kerang tersebut.. :)


Rupa paras kuah kari bluehoney.. heheh..


Rupa paras accessories penyedap rasa.. tenkiu Mr. Papa tolong potong2 semua nih.. :)


Semangkuk kecik jer untuk mak incik.. sekali nak repeat tengok semua dah licinnnnn okey!
Ternyata begitu teserlah kesedapan mee kari mak incik.. 
hahaha.. perasaannnnyeeeeee la kennnn!

So, as for the conclusion.. meh la adik2 kita rajin2 la ke dapur.. bukan rajin ke dapur mencekik jer tau.. kene la rajin belajar.. sok2 dah kawin, diri sendiri jugak yang senang, suami untung, mak mentua pon sayang.. tak reti takper, boleh belajar.. jaman IT jangan bagi alasan tak reti masak okeyy.. click2 jer berlambak resepi kuar depan mata.. tinggal nak dengan taknak jer.. kalau tetap jugak bagi alasan, tuh namanya pemalas.  Sila berhenti jadi pompuans okey.. mak incik emo plak.. memang emo dengan orang pemalas tau mencekik jer.. tak pahamlah orang cmtuh!

Okey la, sebelum mak incik bertambah emo baling senduk, baiklah mak incik masuk gear reverse.  hahaha.. tata!

Sunday, 29 June 2014

Welcome Ramadhan 1435H

Sayu hati menyambut ramadhan kali nie.  Perasaan bercampur-baur, sukar diluahkan.  Yang pasti tetap bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberikan kesempatan bertemu ramadhan tahun ni.. alhamdulillah..  semoga diberikan jua kesempatan untuk mengharungi ramadhan dengan penuh khusyuk dan tawaddoq.. ramadhan yang lebih berkualiti dari yang lepas-lepas.. 


Malam ni is malam pertama ramadhan 1435.  Ammar & Adam macam biasa ikut Tokwan berjemaah magrib & isyak di masjid.  But tonite dorang berdua tu excited lebih, sebab first time nak bersolat terawih.. hehe.. petang tadi x payah la mama ni terjerit suh mandi, dorang sendiri dan mandi & bersiap nak ke masjid.. kalau setiap hari cmtuh kan bagus.. xyah la mak kau ni kuar suara petir! hahaha..

Almost 11pm jugak kots dorang sampai umah tadi, terus datang lapur diri..

Ammar:  Mama, abang dah balik! :)
Adam:  Penat la arini, kitorg sembahyang 'tewarih' smpai doploh rakaat!
Mama:  Haahaahaaaa..
Adam:  Kenape mama gelak?
Mama:  Adik, terawih , bukan tewarih! hehehe.. 
Adam:  Ooooo.. (sambil sengeh nampak gigi rongak dia tu..)
Mama:  Lepas sembahyang ade makan tak? 
Ammar:  Ade, Tokwan kate makan morey.. abang makan nasi dengan kari.. sedap sebab penat..
Adam:  Adik pon same
Mama:  Penat ke, arini blom puasa.. esok puasa, malam gi terawih.. larat ke?
Ammar:  Tokwan cakap kalau hari sekolah x payah gi terawih, nanti balik lambat tak sempat buat homework.. hari cuti boleh la pegi..
Adam:  Adik selalu takde homework, adik boleh la ikut Tokwan hari2..
Mama:  Ok, tengok nanti cmner ye.. :)

Malam ni jangan lupe berniat puasa sebulan terus, so esok2 kalu terlupa niat still boleh puasa kan.. nonono alasan x puase sebab terlupa niat.. :)


Semoga ramadhan ini dapat dilalui dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan dapat mendidik jiwa kita menjadi hamba Allah yang lebih baik..



Oh, esok nak sahur apenye? 
Tadi aku dah masak sotong kicap.. nanti bangun masak nasi, goreng telur dadar.. first day bersahur, cam blurr je kots.. :)


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA !


*all pics googled



Saturday, 28 June 2014

Admitted . Deceased . New Born

Kan dah cakap, minggu penuh pancaroba.. memang ujian Allah nak bagi..

~ Admitted ~

Kat sini kite sibuk hal mata Adam, kat sane FIL pulak admitted.  Mr. Irwan pun kompius mana nak hadap.  Nak terjah balik sane, sini pun nak kene monitor.. 

Bapak admitted hari Jumaat, 20/6/14, sebab 'port' yg buat dialisis kat tangan tu dah rosak.  Aku tulis 'port' sebab taktau medical term depa panggil apa.. hihi.. maafkan mak incik...
Tapi tulah, port tu rosak mungkin sebab bapak masih kerja kuat, buat kerja berat, kait sawit, angkat berat2 tu masuk keta sorong, tolak keta sorong.. huihh.. sumpah, aku respek orang tua kita, depa memang kerja kuat gila.  Sampai dah tua, sampai dah sakit tetap nak kerja kuat.  Macam mak abah aku sendiri, masing2 dah berusia, tapi tetap gagah pi kebun, menoreh, meracun, mesin rumput, kutip getah sekerap tuh.. kebun pulak seberang Sungai Perak okey.. bukan calang2 kudrat tuh, aku sendiri pun kalau suh pi kebun mau demam pat lima hari kots..


Tapi tulah mereka, ayahbonda kita.. yang tak betah dok diam.  Cam bapak nie, kalau borak aku selalu cakap bapak takyah dah la buat keje2 berat tuh sumer.. upah je lah mas-mas indon yang ganteng2 tuh suh buat kebun.. lagipun bapak kan kene buat dialisis, aku ngeri okey, bila tengok tangan bapak kat port dialisis tuh smpai kembong2 urat kat situ.. tapi ayahanda tetap ayahanda.. mane la nak dengar cakap anakanda-anakanda.. tetapppp jugak nak buat semua sendiri.. siap berleter okey, "abih, dah korang taknak tolong bapak, bapak buat la sendiri.." adusss.. kene setepek! amik kau.  Lalu anakanda menjawab, "anakanda ni bukannye takmo tolong, tapi nanti tangan anakanda kematu sape nak jawab" terus kene tenyeh muka kat ketiak bapak ok.. hahahaa.. rindu la kat bapak.. bapak best.. eh, ni bukan bodek.. memang bener bapak mentua aku baik dengan aku.. arwah MIL pun baik jugak.. rindu semua.. alfatihah utk arwah mak.. :(

Ok, sambung citer.. bapak kene operate buat temporary port tu kat leher.  Ya Allah, kesiannya.. tapi kami semua bersyukur sebab bapak dapat pengganti arwah mak, juga yang baik sebaik arwah mak.  Makcik is a nurse, so haruslah pandai jaga bapak.  Untung bapak. hehe.. 

Masa ni bapak dok sepital HTAR 3 malam kots, then boleh discharge.. balik umah.. tetapi, beberapa hari kemudian bapak demam la pulak.  Demam panas.  Khamis 26/6 my SIL hantar bapak gi sepital Banting pkul 1am kot.  Bapak kene admitted lagi, sebab temporary port kat leher pulak kene infection.  Aduhai.. cian bapak.. then kene transfer ke HTAR pulak.  Aku doakan semoga semua urusan bapak berjalan lancar dan dipermudahkan, juga diringankan kesakitan yang bapak rasakan tu.. cian bapak.. maafkan anakanda tak dapat nak ziarah bapak.. hanya doa dari kejauhan.. ayat bajet dok kat uzbekistan.. :p 
lepas ni janji takyah keje kebun lagi okey pakk...



~ Deceased ~

Khamis malam Jumaat, dapat berita yang Acik Karim telah pulang ke rahmatullah.  Beliau ialah adik arwah MIL.  Innalillahiwa inna ilaihiroji'un.. alfatihah.. 
Salam takziah dari kejauhan utk sepupu-sepupu Mr. Irwan, yang kini telah yatim piatu.  Semoga mereka tabah mengharungi setiap dugaan yang mendatang.




~ New Born ~

Pagi Jumaat, dapat SMS good news.. alhamdulillah, ade jugak good news.. my cousin, cikgu siti telah selamat melahirkan baby boy! Baby tecik tomei2 je berat just 1.9kg, ololoooo.. tecik angat nie.. baby aku semua 3kg+ ok.. eh, tak.. Ammar je 2.7kg.. hehe.. tetibe terhidu2 bau wangi baby.. bestnyee.. tunggu baby Isya pon x balik2.. oh, kene halau sebab dikuatiri terjangkit sakit mata.  Nanti kitorang dah ok, baby Isya balik yeee... rindu baby Isya angat.. 

eh, yang ni pon dari kejauhan jugak.. aiyaa cik siti, pelempuan manyak selimm.. cepat bawak baby bawak balik kampoangg.. 

eh, eh, baru terperasan.. cik siti bersalin selang 2 hari nak posa.. sama cam aku bersalinkan Adam 7 tahun nan lalu.. selamat berpantang & memonteng posa.. paihtu.. hazab nak ganti balik.. hahaha.. 

Entry Lepas Geram

Banyak nak dicerita, tapi ntah kenapa asyik tak sempat je nk taip kat sini.  Ayat bajet busy ala perdana menteri india.. :p

Ni kisah minggu yang penuh pancaroba.. nampak, pancaroba tau.. bukan main2.. kisah bermula hari rabu 18/6/14 bila putera-putera berdua tu balik dari sekolah.  Papa jemput.  Sampai je umah..

Adam:  Mama, kawan adik tumbuk.. tengok ni.. 
(sambil tunjuk mata kanan dia)

Mama:  Eh, kenape ni.. kenape kawan tumbuk? Sakit tak ni.. nak gi klinik x?
(sambil tengok mata dia, nampak ade lebam sikit kat bahagian bawah kening, dan merah kat bahagian bawah mata)

Adam:  Masa rehat adik cari Ammar tetiba budak tu datang tumbuk

Mama:  Takkan tetiba datang tumbuk, adik kacau dia kot? Kacau girlfriend dia ke?

Adam:  Mane ade.. tu budak kecik, mana ada girlfriend.. hehee..

Mama:  Ooo.. xder eh.. hehe.. so, ni macamana ni, sakit x.. klu sakit jom pi klinik.

Adam:  Tak sakit sgt.. sakit sikit je.. dah ok.. 

Aku:  Ok, jup lg mama sapu minyak.. 

Hari pun berlalu, tetiba esoknya..

~

~


Balik sekolah..

Adam:  Mama, adik taknak gi sekolah petang laa.. mata adik sakit..

Mama: Lohh.. nape kok sampai jadik merah gituuu?

terus kuar slang jawa kau.. (tak tu tifuuu..) :p

aku tengok mata Adam dah merah, berair masa tu.. kesian.. aku pun checkup la macam lagak Dr. Muhaya check mata pesakit dia.. mmg agak teruk keadaan mata si Adam.  Maka aku pun meluluskan permohonan MC dia.

Petang tu bawa gi Klinik 1Malaysia..


Kat klinik..

Misi:  Kenape mata?

Aku:  Asalnye semalam kene tumbuk arini dah jadi gini..

Misi:  Erm.. kene tumbuk?! Ohemgeeee!! Ade buat repot polis tak?

Aku:  Takde la pulak, hal budak-budak je kot.. tak sangka pulak jadi gini.. ni pun harap memang xde pape yg seriouslah.. 

Misi:  Ni nak kene bawak gi hospital ni, jumpe doktor.. sini xde doktor..

Aku:  Oh.. gitu eh.. ok la.. gi kecemasan kan..? ade nak bagi referral letter ke ape x?

Misi:  Aah.. kecemasan.. xper, gi je sana.. 

Aku:  Ok, tenkiu2.. :)

Owh! lupe.. turn aku lak checkup.. check gusi yg bengkek dah 2 hari kot.. dah jadi mak2 ni, gusi pun dah pandai bengkek jugak.. adoiilaaa...

Sebab da petang sgt masa tu, layan anak-anak lepak mamak jap.. balik magrib.  Pukul 8 kuar lagi gi sepital pulak..  Sampai sepital register kat Emergency Unit tu.. bejanggut jugak la kot menunggu.. sedar-sedar siap semua pukul 12 midnite je baru kitorg boleh balik.  Adam dapat MC 2 hari, follow-up checup will be on 26th.  But in between, klu nampak mata tu cam xde improvement or getting worse, kenelah cepat-cepat datang balik.  Baik puan doktor! Oh lupe, masa menunggu tu, terjumpa dengan Acu Min bawa anak dia kene keracunan susu sekolah.  Hi Acu! :)

Esoknye, Jumaat 20/6/14.  
Pagi tu gi sekolah, just nak jumpe cikgu nak submit MC & borak-borak pasal kes Adam.  Bukan nak marah ke apa, just nak sembang2.  Last2 lama jugaklah sesi bersembang.  Guru besar, PK, cikgu disiplin semua lak join.. cikgu2 tuh semua say thanks sebab kitorang tak gi lodge police report.  Aku macam oh! boleh report dah ke kes camni.. kes bebudak kecik darjah satu je kot.. huhu! OK ke aku tak report tu? Ke macam ibu yg x ambik berat pasal anak? Ishh.. aku pon kompius.. tapi bagi aku selagi Adam takde injured sampai teruk2 sangat, OK kot, sesuai kot tindakan aku x gi report.  Just aku cakap kat cikgu2 tu, tolong pantau takanak kejadian berulang je, takut jadi yg lebih parah.  Takut anak jadi demotivate nak gi sekolah, sebab tak best, kene buli.. 

So, ok.. teruskan perjalanan gi beli bahan nak masak mihun.. papanye yg nak masak.. i is sukelah.. jadi tukang makan je.. yes!

Sementara tu nak tepek gambar2 pada hari kejadian.. :)

Mangsa buli gangster darjah 1.. huhu :p
then, singgah beli kuih pau Bestmas yg nyammmsss.. kelihatan infection telah merebak ke mata kiri dengan jayanya.. adoiii.. cian anak mama! terus jadi pendiam dan pemalu.. dok je diam2.. xde meluncas seperti kebiasaannye.. 

TAPI..


Budak kecik ni tetap hepy je berlari melompat bergayut bergolek.. pantanglah ternampak slide2 ke buai2 ke.. terus ajak singgah!


Monyok je kat situ.. papa suh makan pau pun.. slowmo je.. kalau tak tu memang favaourite dia!


Esoknye lagi.. Sabtu 21/4/14.
Nampak mata Adam makin merah menyala!  Berair sakan. Naik seram tengoknye.. papa yg sepatutnye beransur pulang bekerja pun sampai x sampai hati nak tinggal Adam.  


Kesiannye la hai.. sudahnye papa bawa Adam sekali lagi gi spital.. masa tu petang.  Sampai malam jugaklah tak balik-balik.  Pukul 8 mlm gitu, papa call ckp nak kene bawa Adam jumpe specialist kat Ipoh.  Aku ingat kene naik ambulan, terus cuak.. terus flashback masa aku naik ambulan dgn Azad dari Hospital Tapah ke Hospital Teluk Intan dulu tu.. ya Allah.. kalau boleh memang taknak dah naik ambulan.. gayat tau tak.. 

Tapi ropa-ropanya kene gi sendiri.. hoi.. lega mak incik! Walaupun sebenarnye macam.. eh, nak kene gi malam ni jugak ye? memalam ade ke tuan doktor? kekadang mmg vodo sikit kan.. da nama pun spital beso, haruslah ade tuan doktor.  Lagipun kan tuan doktor yang suh kite gi sana.. huhu.. maafkanlah diri mak incik!

So, pak incik pun balik la ambik mak incik.. mak incik pulak siap tapaukan sebeg pakaian anakandas juga mekap2 mak incik sekali.. manelah tau tetibe kene check-in spital pulak kan.. tak berseri la wajak mak incik tanpa mekap! panggggggg!!! *lempangdirisendiri*

So, perjalanan selama hampir 2 jam.. kuar je terowong menora tuh aku dah set google map.  Memang x reti okay jalan nk ke spital tuh.. aku dah belas taon kot tak gi bando Ipoh tuh.. dulu lepas SPM ade la jadi warga Ipoh jap dlm sebulan dua.. terrer la takat naik bas ipoh garden pi town.  Jalan kaki pi makan kat stadium, usha players perak kat fair park.. tolong jaga kedai kat medan kidd.. lepak kat stesen ketapi.. dating kat.. heh! kuar tajuk sudehh.. :p

Ok, sambung cerita.. guna google map, sebab google map dah best sekarang.. xde papago, xperlu waze.. hanya google map pun dah ok.. i like.. :D  
So, pendekkan citer.. kitorg sampai kat HRPB pkul 11pm gitu lebih kureng.  Wah.. rasa bangga pijak kaki kat spital ni for the 2nd time.  Rasa syahdu terselit, sebab terkenang 1st time aku jejak spital tu was in 1993 x silap aku.  Datang visit cikgu KH aku yg sakit.  Nama dia Cikgu Rubi.  Semoga arwah Cikgu Rubi ditempatkan bersama orang2 soleh, al-fatihah.

So, ok.. Miss Doktor ropanya yg akan check Adam.  Amoi.. cun la pulak.. terus mak incik rasa kalu mak incik dulu sekolah pandai2 jadi dokter mesti mak incik pun secun miss doktor ni kan.. kan... panggggg!! sedas! *kuatverangan! pasaltusekolahtakverapepandai,silasedardiri!*  ok, baiklah... :(

Tungtang tungtang.. sejam jugak kots kat situ.  Mane taknye nak boh eyedrop 2 titik pun dekat sejam papa dok pujuk.. dia punya gerun macam nak boh cili boh dalam mata... hadoilaaa anak oiii.. tak kuasa mak kau nak.. padahal kat rumah pun doh boh eyemo macam tu la jugak.. saje nak buat bonda kau sentaps eh? sib baik jugak papanye mood ok, layan je la si anakanda.. takde pulak gambar masa tgh checkup tu, sebab si kecik konker tepon bondanye buat main games.  Abis bosan main games boleh pulak dia meghenyeh kat miss dokter, cakap "lokter cantiknyeee.." pastu tangan tu boleh pulak kuis2 blouse dokter.. alahai la anak.. pangai sapa hang ikot nieeee... +__________+

So, hasil diagnosisnye.. memang ade luka dalam mata kanan tu dan jadi infection, cam kuman sakit mata jugaklah, dan memang boleh berjangkit! woi woi.. sangats bahaye okay.. dats y mata sebelah kiri itu telah terjangkit.  Kene mai lagi utk followup on 26th.  Maka dikurniakanlah sekeping MC untuk dibawa pulang, lalu dipersembahkan kepada cikgu yang berkenaan.  Mak incik gumbira sebab x payah check-in sepital.. alhamdulillah.. :)


Ok, cepat2 babai miss dokter, mr. dokter & mrs2 misi semua.. jom pi melengung kat farmasi pulak.



Current no is 7055..


Ours is 7003?
eh? apekah? eh.. cam kompius jap.. betul ke? siap gi tanye balik kat cik adik yg bagi tiket ni.. dia ckp ye cik akak.. emangnya begitu nombornya.. cik akak usah khwatir.. tunggu aja gilirannya ya.. *baiklahcikadik,cikakakakansetiamenunggu*


Sementara itu..


Budak kecik ni ceria je.. memang longlasting toi bateri dia nih! :p


Abangnye agak behave, sbb mata blurr kot.. hihi



Cian.. lapar.. makan la roti tu.. si kecik pi beli milo kat vending machine belakang tuh..
kemain teruja dapat air milo dalam papercup taruk ais.. kesian anak.. x pernah jumpe mesin papercup.. haha! ohye.. abang Ammar kene tinggal dengan Maktok.. so xdelah gambar abang.. 

Then, da siap dapat ubat per sumer.. gerak pi makan.  Taktau nak makan mane, tak teringat pulak nak pi stesen ketapi or stadium.  Kiddies berduo tu ditanya xde lain la, mekdi je la jawapan.. so oklah moh ler kite.. 

pon x reti nk tuju mane, silelah gunakan khidmat incik google sekali lagi.. maka lancarlah perjalanan.. tengok kat mekdi tu sebelah2 ade kfc, starbucks, pizzahut.. eh, meriah.. mak incik menahan godaan napsu yang berbisik-bisik.. perghhh! dapnyer chocolaty chip frappucinoOOo00o0ooOooo...

oh no! at this hour?


Drive thru je mekdi.. papa nak cari mamak or tomyam2.. gugel2 ade la nasik vanggey, nasik ganja, nasik ayam pebende ntah kiranya pemes la kat ipoh tu.. tapi sudahnye.. terjumpe ini..


Hentian Limau Bali Tambun kot nama dia.. sesah jer la..boleh la join depa tgk bola.  ramai wei kat sini.
argentina vs iran
aku sokong gerik fc! :p 


Bateri kong jua akhirnya.. sebab nak menan kt mekdi tp x dapat.  terus pejam mata, majuk.  
eh, mekdi skrg mmg da x jual menan sesaje ek.. kne beli set happy meal baru boleh dapat menan eh? ke kat ipoh je gitu? 


Abangnye pon sama.. majuk pejam mata.. hihi.. terus x lalu nak makan.. bestuh, sape nak telan beger tu sumer? mak kau jugak la ni karang.. eh.. rosak diet mak kau..


Terpaksa la bagi tepon buat main nak pujuk suh makan punye pasal.. tu pun jual mahal.. nak makan fries jer.. beger nanti dulu katenyer.. eleh.. kang mak kau hadap kang.. tinggal tisu je jangan nyesal pulak!


so, ni mak incik punye.. eh? tadi bukan kate diet ke? :p

Baru mak incik layan sesudu, dak kecik tu menangis pulak kene geget nyamok, adei.. potong stim tau.  sib bek papa mood baik pi layan anakanda.. so bonda boleh la makan nyam2.. abis game, siap pindah masuk makan dlm kedai dok bawah kipas, budak kecik tu kalau dah gatal kulit dia habeslah.. memang saboooooo jelah banyak2 nak melayan..

selepas acara di kedai tu, kita pon bersurai.. pak incik sila memandu dengan berhemah yea.. 
sampai umah pkul 5am gitu kots.. mak incik sambung ZZzzZZzz.. 
terima kasih pak incik kerana memandu dengan berhemah

panjang berjela entry.. lepas geram khenn.. lantaklah.. ikutkan nak sambung cerita acara-mata-merah-berganti-ganti, tapi xpelah.. melampau2 berjela dah ni.. 

babai