Showing posts with label HOBI. Show all posts
Showing posts with label HOBI. Show all posts

Thursday, 19 March 2015

Ros Jepun: Beli Online, 2nd Time


Hola.. :)
Tgh mabuk kumpul rj.. 
So far dah 2x beli c.o.d, 2x beli online.. 
Tp rasa beli c.o.d lg puas sbb dpt tgk depan mata pokok² tu then boleh pilih² tunjuk² mana yg bkenan..


Terjatuh hati gedebuk-gedebak kat candy stripe.. tgk kat group kemain lagi pakat dok tayang.. waaahhh.. sgt chantek, sgt jelita! 
Tak tertahan lagi nafsu membuak² nak jugakkk.. terus cari sape ade jual.. terus order, tp terbeli pakej rm20, dpt la 8 jenis tmasuk 1 f.o.c.

Tp candy stripe i order 2 set lah.. sbb geram sgt.

Then sesaja tanya kat akak sorang ni yg gila rj jgk.. owh dia ada candy, and bermurah hati derma sepokok kat i.. alhamdulillah, thanks kak ug!



Sementara tu sempat pi kedai dohengget beli pasu utk rj yg bakal tiba.. beli tanah gak kat nursery..
Terbeli gak sepasu petunia kaler light purple..
Tapi kan, kat nursery tuh dah tak banyak petunia la.. takde pilihan dah..
terlajak larisss.. sampai je stok terus disambar orang..


Yg ditunggu pun tiba.. 
Packaging yg kemas.. siap separately packed & label.. thumbs up!

Tapi keratan²nya agak kurus².. owhhh..



Tp i tetap bersemangat waja meneruskan kerja² menyemai keratan² tersebut..
Tadaaa..! 
Siap!



Semoga bisa membesar bagai johan spt yg sebelom² ni jgk.. kena bagi baja lebih nampaknya.. kurus sgt!


Sebenarnya kan, kalau kita beli keratan, dapat yang gemuk2 memang puas hati..
and pokok pun cepat membesar..
yang ni taktau la, harap boleh hidup sihat sejahtera jugaklah..
huhuuu..


Rj Luver,
Bluehoney

Thursday, 26 February 2015

Petunia

Salam.. hi.. :)

Amboii.. sejak domenjak ni makin jadi gila bunga.. apa taknya, musim panas ni kan semua pokok rajin berbunga! Bangun pagi je lepas anak-anak pi sekolah aku pun terus hadap bunga.. siram and belek-belek.. paling kesayangan ialah petunia dan japanese rose..
Japanese rose atau ros jepun (rj) ni senang ditanam dan dijaga.. tapi bunganya kembang beberapa jam je.. kadang hari busy tengok-tengok semua dah kuncup.. tak sempat nak menikmati keindahan dia.. tsk! 

Tapi petunia pulak susah nak tanam and jaga.. tapi puas hati sebab bunga dia kembang tak kira siang malam.. kalau dah start berbunga dia akan berbunga je selagi hayat dikandung badan gittew.. memang best sangatlah!
Tapi lagi, petunia ni jenis 'seasonal flower', hayat dia tak lama.  Tapi kalau kena cara penjagaan in sha allah dia boleh hidup setahun atau lebih kot.
Kat oversea memang dorang tanam petunia secara bermusim.. yelah kalau dah winter macamana nak tanam kan.. selalunya dorang tanam petunia menjelang musim panas.. tapi kat Msia ni kita bertuah sebab iklim kita yang panas dan lembab all year round amat sesuai dengan petunia.

Aku dah terjebak dengan petunia lebih~kurang setahun lalu.. asalnya sebab sebelum tu tengok petunia kat Cameron Lavender tu lahh.. 


Giler tak? Rasa nak pakai sari menyanyi sambil menari golek-golek kat situ.. :p
Sejak tu la rasa cam.. bestnya kalau kat rumah ada bunga nieeee...

So far baru ada 4 pasu/jenis je pun.. tak la hebat mana.. kira macam testing dulu..
Sebab ramai orang cakap susah gila jaga petunia, dia pendek umur sebab dia bunga bermusim.. takut jugak nak beli tamak~tamak pastu menyesal kan.. ikut hati rakus ni memang nak angkut semua kaler yang ada kat nursery tu masa beli dulu.. hehee..

Ni nampaknya agak boleh tahan jugaklah sebab umurnya tak pendek, yang first tu dah dekat setahun umur dia.. so lepas ni boleh la tambah lagi koleksi.. dah aim dalam kepala dah warna-warna yang nak dibeli.. hurmmm... :D

Semalam terasa nak collect seed.. tengok banyak dah pod dia dah pecah.. seed berterabur melekat~lekat kat ranting~ranting..



Nampak tak seed tu.. sayangnyaaaa laaa..
Aku tak confident waktu yang sesuai nak collect pod tu.. biar~biar tengok dah pecah dah semua..
Sebab kononnya nak tunggu dia kering sikit baru matang seed tu untuk disemai..
pernah terambik pod yang hijau, seed dia belom matured.. tak sesuai untuk semaian..
tapi collect jugaklah.. walaupon dah pecah.. sayangkan..


Dapatlah secekak.. pastuh seed yang melekat kat ranting tu aku goncang~goncang tadah dengan paper.. dapat gak la sikit.. kuat dia melekat, pokok ni kan cam melekit sikit.. huhu

Pastu, publish kat fb.. offer kot~kot ada yang nak seed tu..
sebab yang last week punya aku dah semai.. so yang ni nak give away je la..
sekali berpusu~pusu lak orang nak.. aduhaiii.. benda tu seciput je..
serba~salah lak diriku ini.. huhu..
so juz bagitau sape yang seriously nak seed, sila hantar envelope berstem beralamat sendiri..
next collection aku pos.. based on envelope sapa sampai dulu.. dia dapat..
in sha allah.. tu pun kalau jodoh panjang dengan pokok ni.. harap~harap adalah rezeki dorang tu nanti.. tak syok lak rasa tayang~tayang pastu tak bagi.. sob..sob..


Ni seed yang aku semai last week.. dah nampak anak~anak halus mulus mula tumbuh tu..
harap berjayalah.. ni second time semai.. yang first dulu tak berjaya sebab kena tinggal 5 hari tak bersiram masa Azad admitted tu.. terus mati kering.. tsk..
Cara semai.. aku guna tisu, koyak~koyak dan basahkan.. then tabur je seed..
ala macam kita buat experiment tauge masa sekolah rendah dulu.. heheee..
nanti agak dah besar sikit baru alihkan ke tanah.. tu pun kalau sempat besar sikit la kann..
mudah~mudahan.. kalau berjaya ni aku nak give away jugak sebahagiannya kat insan~insan yang dah placed booking..

Actually, ada 2 methods.. ewah.. methods tuu.. maklumlah sejak jadi surirumah ni dah jarang guna vocab yang cam dalam buku.. hewheww..
oklah, tak payah nak method2 sangatlah haiii.. :p
ok, ada 2 cara penanaman petunia ni..
i) seed
ii) keratan batang

yang seed tu macam yang aku buat tu laa.. juz aku guna tisu.. boleh juga guna cocopeat, semai terus atas tanah pun boleh.. ikut la taste masing2..

yang keratan batang tu pun aku penah buat secara tak serious.. like bila aku belek selak~selak pokok pastu ranting terpatah, aku cucuk je kat pasu mana~mana secara menumpang.. tapi nasib~nasiblah, dari 5 yang tumbuh maybe 1 je! hahaha.. 


Dalam pasu rj tetiba ada petunia.. hasil 'rumah tumpangan'.. :B



Ni pun sama.. menumpang di 'rumah orang'.. harap panjang umur.. :D

tapi kalau memang intentionally semai secara serious.. in sha allah boleh kot hidup..
nanti nak try bila tiba masa trim ranting~ranting tua.. :)


Ni la pokok sulung.. Sweet Pinky.. aku taktau nama betul dia, tu nama aku pandai~pandai boh sendiri.. bunga jenis nipis.. dah pernah kena trim sampai botak.. tak sampai sebulan dah start berbunga balik.. pastu terus berbunga sampai sekarang.. sayang sangat!


Ni yang ke~2.. purple.. daun and bunga jenis tebal.. bunga dia macam velvet.. kuat minum ni.. kalau lambat siram dia kelayuan tak bermaya.. pod dia gemuk~gemuk, maybe 2~3 hari lagi dah boleh collect kots.. ntah aku tak sure.. sebab aku nampak dia hijau lagi... kang tunggu2 tetiba pecah macam sweetpinky.. huhu~ ni tunggu hari nak kena trim.. tapi sayang sebab still blooming.. biar dulu kot kan..


3rd ~ Hot Pink
Bought on 12/2/2015.. ada 8 kuntum je bunga.. jenis bunga nipis..


Hot Pink today.. genap 14 hari dibawah jagaan aku.. alhamdulillah.. 
meriah sangat.. so sexy! ;)


4th ~ Purplow Stripe.. haa.. gempak tak nama aku bagi.. Purplow! 
Sebab dia stripe purple + yellow.. nama sebenar nanti2 la cari.. haha
bought on the same date with Hot Pink.. dia ni jenis velvet..



Genap 14 hari dibawah belaian aku.. gini pulak jadinya..
dia tak jurai, ranting dia tegak keliling gitu.. nak cubit2 sayang lak.. asalkan dia blooming, hati aku dah berbunga jugak.. so biar je dulu.. tengok apa jadi seterusnya..

So, tu la 4 jenis petunia yang menjadi kesayangan aku at the moment..
tak sempat lagi nak merayap ke nursery, kalau termerayap haruslah nak grab barang sepasu~dua lagi yang dah memang ada dalam wishlist..

Ada yang tanya baja apa aku guna?
So far aku guna baja bunga kaler pink yang beli kat giant tu je.. siram air paip..
kadang2 kalau rajin aku siram dengan air beras and air basuh ikan.. kadang2 perut ikan tu aku rendam semata2 nak guna air tu untuk siram kesayangan2 aku semua tu.. memang la busuk sikit, tapi memang menjadi.. tak caya korang try la.. aku tak tifuuuu.. ;p

  • Petunia kena siram pagi2.. elak siram tengahari or malam.. sebab dia boleh jadi melecur dan tak sihat lalu mati.. amboi ayat.. hehe.. tapi aku selalu je siram malam2.. :)
  • siram terus kat pangkat dia.. jgn siram seluruh pokok.. nonono dia tak suka nanti dia merajuk.. sape yang susah? :p
  • air pulak tak boleh terlebih tak boleh terkurang.. lebih dia benyek, kurang dia layu tak bermaya.. so pandai2 agaklah yea.. based on my experience, petunia jenis velvet kuat minum air sebab batang dia gemuk, daun and bunga dia tebal.. so dia consume lebih air
  • petunia suka sunlight.. so kena bagi cukup2.. eh, bukan sunlight cuci pinggan tu taw! kang korang bagi yang tu petunia mati korang saman aku lak.. hahaha..  :p buktinya petunia aku semua berjurai sebelah je, tak kelililing sebab sebelah je dapat cahaya.. so kalau nak dia berjurai keliling kena letak tempat yang dapat full sunlight..
  • petunia ni jenis dahaga kasih~sayang tau.. kena rajin belek, belai dia.. check kot2 ada siput ke ulat ke yang menenggek.. 
  • bunga2 yang dah layu tu kena rajin petik buang.. untuk elak kulat dan lain2 masalah.. buang bunga je jangan buang tangkai dia.. sbb lepas tu dia akan jadi pod yang ada seed.. suka tak? suka tak?
Ok, enuf for now.. banyak nak share pasal petunia ni sebenarnya.. tunggu future entry yea.. future tau bukan next.. hahaha.. sebab aku bukan rajin hapdet blog.. masih tak berjaya nak nak jadi blogger tegar.. sob..sob..

so.. let's gardening! oh, sape yang dah mintak address tu boleh la pos envelope yea.. in sha allah ada rezeki aku pos seed tu nanti.. lambat ke cepat tak promise yea.. depends on stock and nombor giliran.. buat masa ni yang galak menghasilkan seed hanyalah Hot Pink Sweet Pinky.. :)

Okay.. till then wish uols happy gardening and good luck!


Luv,
Bluehoney



Wednesday, 11 February 2015

Laksa oh Laksa..


Salam.. :)

Lama dah terperap kat draft ni.. dah sebulan kot gambar ni..
Masak laksa masa birthday Azad 8/1/15 lepas..
Entry birthday pun belum buat.. erghh.. busy amat, kekadang memang tak sempat nak taip blog..
Tapi takpe, pelan-pelan kayuh.. :B

Okay, memula kita tayang gambar laksa dulu.. 


Terus tertelan2 ailio.. 
sebab apa? sebab laksa ni memang favourite ai..
boleh makan repeat2 bermangkuk-mangkuk sehari.. that's why suka masak sendiri..
kalau beli tak dapat la nak makan repeat2 kan.. :D

Sebenarnya masak laksa ni bukan la susah sangat pun..
cuma bab asingkan isi ikan tu je yang bercinta sikit..
bayangkan kalau time raya, ikan sampai 2~3kg.. perisi sorang2.. memang grrrrr!
tapi bila fikirkan tetamu makan sampai licin mangkuk siap puji-pujian, ai pun kembang laa.. and ai pun boleh makan bermangkuk2, terus bermotivasi.. hehe
lain-lain teramat senang.. campak-campak je.. siap..

Ok, let's see how i cook laksa..
Firstly, tengok bahan~bahannya dulu ya ibuk~ibukkk..



  • Laksa ~ i prefer laksa kering, rendam dulu lagi lama lagi bagus, then rebus.. dah lembut angkat toskan.. lalukan kat air paip tu kalau taknak cepat basi..
  • 1kg ikan kembung / sardin ~ i prefer ikan sardin yang gemuk2 tu, sebab rasanya yang gebu dan lemak manis
  • 20 tangkai cili kering ~ kalau rajin potong2 keluarkan biji, rebus.. i biasa guna cili blended yang buat sendiri banyak2 simpan dalam fridge, senang bila nak guna.. :)
  • 15 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Belacan, agak2 sebesar ibu jari.. lagi banyak lagi sedap..
  • Asam gelugor
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam & ajinomoto
Cara~cara masak kuah:
  • Bersihkan ikan, rebus bersama asam gelugor & garam
  • Asingkan isi ikan dan tulang~temulangnya
  • Blend isi ikan.. tuang dalam periuk.
  • Blend tulang ikan.. tapiskan


Tulang ikan ditapis.. 
Sisa tulang.. buang..

  •  Blend cili, bawang, belacan




  • Air rebusan ikan tadi tu, tapis masuk dalam periuk..
  • Asam gelugor tu boleh masuk balik dalam periuk jugak
  • Tambah air, agak~agak kepekatan kuah nak cemana..



  • Then masukkan daun kesum & bunga kantan

Beli.. sebab pokok kesumku telah pupus ditelan masa.. sob..sob..
Bunga kantan pun beli gak sebab..
Nanhado bunganya.. sob..sob.. lagii..
 Tetapiiii...


sungguh hampeh rasanya.. 
keciwa pabila dibelah, rupanya sungguh unsenonoh..
sob..sob.. lagi sekali..

lalu terpaksa la daku pi tebang pokok kantan untuk mendapatkan pulurnya..

Pulur kantan..
 pulur pun pulur la kan.. asalkan laksaku tetap berbau harummm sundal malam..

  • lastly, masukkan garam & ajinomoto.. ikut taste memasing la yer..
  • rasa sikit, kalau suka masam boleh tambah lagi asam gelugor tuu..
  • api tu sederhana je tau.. biar dia mendidih dan mereneh, lagi lama lagi baguih.. lagi sedap kuah tu nanti..

memula dia akan berbuih2 camni..
    bila dah siap dia akan jadi macam ni..
    hilang sudah semua buih2 tadi..

    ok, siap sudah kuah laksa.. :)
    boleh la dihidang bersama bahan taburnya yaaa ibuk2 semua.. :B

udah.. itu aja resepinya..
happy cooking !


Love,
Buk Bluehoney  :B

Saturday, 7 February 2015

RAHSIA MASAK CHARKOEYTIAW SELAJU MASAK MAGGIE

Salam.. Hola.. :)

Hmm.. since lepas lunch tadi, dok hadap lappy & enpon, melayan pm & whatsapp.
Hari ni temanya SKIN SECRET WHITE KAWAII COLLAGEN (SSWKC).
Since dok promote SSWKC kat fb & blogshoppe tu kan.. nampaknya ramai yang berminat dengan produk tu.. memang meletop2.. 
So, sape2 lagi yang nak tau pasal SSWKC yang Jihan Muse jadi duta tu kan.. 
boleh la klik ~~>>  SSWKC
Paihtuh, kalau ada soalan boleh whatsapp je 0192039493..
Harga jangan risau, I bagi harga special.. :)





Okey, sebab dah berjanji nak reveal rahsia slumber memasak charkoeytiaw di tengah malam.. 
So, here it is..




1













2

















3












Tadaaaaaaaaaaaa !!!


Perencah Charkoeytiaw !!

Inilah rahsia kecekapan I masak charkoeytiaw tak mengira masa!
Heheheee..

Yang ni i beli kat Giant.
Ekceli ada gak brand2 lain.. ritu masa kat kampung, beli brand lain..
Tapi ok jer, both memang terbaik. Sedap!


Yang penting sediakan bahan2 lain such as..

kotiaw.. of coz
tauge
daun kucai
udang saiz L / XL ~ baru power
telur sebiji
bawang putih sebiji
air kosong secawan
2 sudu minyak masak

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali
2.  Ketuk2 bawang putih, cincang2
3.  Tumis bawang putih
4.  Masukkan 7 sudu perencah.. kacau, masuk air kosong
5.  Masuk segenggam koeytiaw.. atau agak2 untuk sepinggan
6.  Masuk tauge & daun kucai
7.  Masukkan telur.. kacau2 kejap.. 
8.  Siap !

Memang senang dan laju gila.. 
masak charkoeytiaw now kacang jer..
macam masak maggie jer tahap kelajuan dan kesenangannya..
bebila je rasa nak makan, terus masak..
tengah malam hubby order.. siapppp!
waaahhh.. terrer sangat niee..
yang penting bahan semua ada la standby dalam fridge..
kucai i tanam sendiri tepi rumah.. bebila boleh cantas jer.. :B

oh, masak tu pastikan api besar tau.. 
cam kita tengok orang jual charkoeytiaw tu kan.. api melampau2 sampai menyambar dalam kuali tu kan.. tapi kat rumah jgn la sampai menyambar.. 
kang lain lak jadinya.. haha

Okey, rahsia kejayaan dah dikongsi..
so, uols jangan malas2 lagi tau..
tak payah pi tapau charkoeytiaw lagi dah lepas ni yea.. :B



Ni la rupa homemade charkoeytiaw saya..
masak dengan kasih~sayang..
mesti jadi sedap bangettt :D

Happy Cooking !


Lots of Love,
Chef Bluehoney :B


Wednesday, 10 December 2014

RESEPI KARI AYAM & BROKOLI + CARROT TUMIS

Holla.. :)

Since ada yg terliur tengok gambar kari ayam & brokoli semalam tu.. siap pm tanya camne nak masak.. so ai dengan murah hati dan tak kedekut ilmunya buat entry ni untuk tatapan korang yang sudi membaca..

Ok, here we go.. RESEPI KARI AYAM yang simple dan sonang..

Bahan2 Tumis:
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1" halia
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang 
  • 5 biji cengkih
  • Setangkai daun kari

Bahan2 Lain:
  • 1 bungkus serbuk kari ayam/daging, bancuh dgn sedikit air.. jadikan pes (kalau nak pekat guna 2 peket)
  • ayam
  • 2-3 biji kentang
  • 1 kotak santan
  • 2 sudu mkn kerisik (optional, kalau takde pun ok je)
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • air
  • garam & ajinomoto

Cara Masak:

1.  Panaskan minyak, tumis bahan tumis sampai kekuningan / wangi..

Daun kari terlebih.. maklumla pokok 'karapoley' aku tengah subur tepi dapur.. :)

2.  Masukkan pes rempah kari, then kerisik.. kacau2 1-2 minit.. api sederhana

Kerisik ni mak bagi, dah dekat setahun ke lebih gitu.. tapi elok lagi.. simpan dalam fridge.. :)

3.  Masuk ayam.. and air sikit.. anggaran secawan.. atau sesuaikan dgn kuantiti ayam.. nak bagi ayam empuk.. tp jgn bnyk sgt air.. kacau2.. biar kejap 


4.  Boleh masukkan kentang.. tambah sikit lagi air jika perlu.. 


5.  Perisakan dengan garam dan sikit ajinomoto..

6.  Agak2 kentang dah separuh empuk tu, masukkan santan.. tambah air jika perlu, ikutlah kuah nak bnyk mana kan.. kena selalu kacau, kalau tak santan tu jadi berketul.. tak cantik.. 

Suka guna santan ni.. sebab dia pekat.. beli yang free cholesterol yea.. :B
Hire kitchen asst utk jadi tukang kacau.. heheee..

7.  Check ayam & kentang, and rasa kuah, kalau dah ok.. tutup api.. siap!

ni la rupa kari ayam tengah mendidih.. buat kuah lebih, kalau rajin boleh buat roti jala pulak.. cicah.. wow sgt!



Semalam goreng ayam sikit.. aku suka kuah kari, tapi tak suka ayam yg dalam kari.. prefer mkn nasi, kuah kari, ayam goreng.. mebelesss!


Yang ni pun sonang ye adik2.. lumur je ayam tu dengan kunyit dan sedikit garam.. panaskan minyak, masuk ayam.. eh, takkan goreng ayam pun kak senah nak ajar.. kahkahkah

Brokoli + Carrot, tetiba ada seketoi dua cauliflower.. hentam jelah campak sekali, terjumpa sikit dalam fridge..
Yang ni paling senang, ambil 2 ulas bawang putih.. ketuk2 / potong2.. panaskan sesudu minyak masak, tumis bawang tu.. agak dah kekuningan, masuk air sikit (agak2 nak kuah byk mana, tapi jgn la byk sgt..) then masuk sesudu oyster sos, kacau.. masuk sayur.. tabur garam & ajinomoto.. kacau sekali sekala sampai sayur empuk.. siap! simple yet sodap.. boleh ratah2 je sayur tu.. tak caya sila coba ya adik2... :D


Ok, sekian kelas memasak kita untuk kali ini.. semoga bermanfaat untuk golongan sasar.. yang dah terrer taraf masterchef tu, sila abaikan entry ini.. :)

Conclusion, semuanya bermula dari 0, bermula dari tiada, bermula dari tak pandai.. 
terpulang kat kita nak tambah 0 menjadi berapa banyak, sampai infiniti.. 
terpulang pada kita nak adakan yang tiada.. 
terpulang pada kita nak pandaikan diri dari tak pandai..

yang baik dari Dia, yang buruk itu dari saya sendiri.. wabillahi taufik wahidayah.. assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. :)


Love,
Chef Bluehoney.. :p

Sunday, 7 December 2014

NASI AYAM SIMPLE BLUEHONEY


Hola.. :)

Hari tu masak nasi ayam masa kat rumah mak.. memula demam 2 hari.. lepas tu rasa nak makan nasi ayam.. so, buatlah.. boleh makan puas-puas.. :B


Seperiuk.. puas makan.. anak-anak pun suka.. :D



Ayam & all the sayur..



Sup simple yet nyummy.. tinggal kaki & leher ayam je dalam sup.. yang lain diperap untuk digoreng..



Sambal 2 in 1.. malas nak buat yang merah tu.. mihmih..

Selalunya buat juga sayur taugeh.. feeling macam makan nasi ayam kat The Chicken Rice Shop la kununnya.. tapi yang ni tak buat sebab... ma..las.. :p



:: RESEPI NASI AYAM SIMPLE BLUEHONEY ::

~ Sup Ayam ~
  1. Masukkan ayam yang dah dibersihkan ke dalam periuk.  Letak air, lebihkan untuk masak nasi nanti..
  2. Letak sup bonjot, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis.
  3. Letak kiub pati ayam
  4. Perisakan dengan garam & sedikit ajinomoto
  5. Ketepikan sedikit bahagian untuk masak nasi
  6. Masukkan kentang, carrot
  7. Bila kentang & carrot dah empuk, masukkan bawang goreng & daun sup
  8. Matikan api


~ Ayam ~
  1. Ayam yang direbus dalam sup tadi tu.. kuarkan, tos kejap..
  2. Perapkan dengan sos cili, sikit sos tomato, kicap, sos tiram sikit..
  3. Masuk juga sikit madu & marjerin.. perap at least setengah jam.. biar perapan tu meresap ke dalam ayam..
  4. Then boleh digoreng atau dibakar dengan magic pan..

~ Nasi ~
  1. Basuh beras, masukkan kuah sup
  2. Masuk daun pandan, 5-6 biji bunga cengkih & 1 biji bunga lawang
  3. Letak 1 sudu marjerin, sedikit serbuk kunyit.. masak seperti biasa.. :)

~ Sambal ~
  1. 10 cili padi, 2 cili merah besar, 5 ulas bawang putih, ditumbuk then masukkan dalam mangkuk.  (Kalau blend pun boleh, blend dengan kuah sup..)
  2. Masukkan kicap, 2 sudu sos cili & kuah sup
  3. Perah sedikit limau nipis / limau kasturi.. 
  4. Sesuaikan rasa.. and siap!

~ Taugeh ala TCRS ~
  1. 1 ulas bawang putih, cincang 
  2. Panaskan sikit minyak, tumis bawang putih smpai kekuningan
  3. Masukkan sikit sos tiram yang dibancuh dgn air, sikit garam biar mendidih
  4. Masukkan taugeh, kacau2 sekejap je, tutup api.. 
  5. Letak dalam pinggan, tabur sikit aji-shio.. siap!

~ Sayur ~
  1. Salad
  2. Timun
  3. Tomato


Simple, juz guna bahan yang memang ada kat dapur.. anak-anak pun suka.. nyummeh!


Love,
Bluehoney