Thursday 26 February 2015

Petunia

Salam.. hi.. :)

Amboii.. sejak domenjak ni makin jadi gila bunga.. apa taknya, musim panas ni kan semua pokok rajin berbunga! Bangun pagi je lepas anak-anak pi sekolah aku pun terus hadap bunga.. siram and belek-belek.. paling kesayangan ialah petunia dan japanese rose..
Japanese rose atau ros jepun (rj) ni senang ditanam dan dijaga.. tapi bunganya kembang beberapa jam je.. kadang hari busy tengok-tengok semua dah kuncup.. tak sempat nak menikmati keindahan dia.. tsk! 

Tapi petunia pulak susah nak tanam and jaga.. tapi puas hati sebab bunga dia kembang tak kira siang malam.. kalau dah start berbunga dia akan berbunga je selagi hayat dikandung badan gittew.. memang best sangatlah!
Tapi lagi, petunia ni jenis 'seasonal flower', hayat dia tak lama.  Tapi kalau kena cara penjagaan in sha allah dia boleh hidup setahun atau lebih kot.
Kat oversea memang dorang tanam petunia secara bermusim.. yelah kalau dah winter macamana nak tanam kan.. selalunya dorang tanam petunia menjelang musim panas.. tapi kat Msia ni kita bertuah sebab iklim kita yang panas dan lembab all year round amat sesuai dengan petunia.

Aku dah terjebak dengan petunia lebih~kurang setahun lalu.. asalnya sebab sebelum tu tengok petunia kat Cameron Lavender tu lahh.. 


Giler tak? Rasa nak pakai sari menyanyi sambil menari golek-golek kat situ.. :p
Sejak tu la rasa cam.. bestnya kalau kat rumah ada bunga nieeee...

So far baru ada 4 pasu/jenis je pun.. tak la hebat mana.. kira macam testing dulu..
Sebab ramai orang cakap susah gila jaga petunia, dia pendek umur sebab dia bunga bermusim.. takut jugak nak beli tamak~tamak pastu menyesal kan.. ikut hati rakus ni memang nak angkut semua kaler yang ada kat nursery tu masa beli dulu.. hehee..

Ni nampaknya agak boleh tahan jugaklah sebab umurnya tak pendek, yang first tu dah dekat setahun umur dia.. so lepas ni boleh la tambah lagi koleksi.. dah aim dalam kepala dah warna-warna yang nak dibeli.. hurmmm... :D

Semalam terasa nak collect seed.. tengok banyak dah pod dia dah pecah.. seed berterabur melekat~lekat kat ranting~ranting..



Nampak tak seed tu.. sayangnyaaaa laaa..
Aku tak confident waktu yang sesuai nak collect pod tu.. biar~biar tengok dah pecah dah semua..
Sebab kononnya nak tunggu dia kering sikit baru matang seed tu untuk disemai..
pernah terambik pod yang hijau, seed dia belom matured.. tak sesuai untuk semaian..
tapi collect jugaklah.. walaupon dah pecah.. sayangkan..


Dapatlah secekak.. pastuh seed yang melekat kat ranting tu aku goncang~goncang tadah dengan paper.. dapat gak la sikit.. kuat dia melekat, pokok ni kan cam melekit sikit.. huhu

Pastu, publish kat fb.. offer kot~kot ada yang nak seed tu..
sebab yang last week punya aku dah semai.. so yang ni nak give away je la..
sekali berpusu~pusu lak orang nak.. aduhaiii.. benda tu seciput je..
serba~salah lak diriku ini.. huhu..
so juz bagitau sape yang seriously nak seed, sila hantar envelope berstem beralamat sendiri..
next collection aku pos.. based on envelope sapa sampai dulu.. dia dapat..
in sha allah.. tu pun kalau jodoh panjang dengan pokok ni.. harap~harap adalah rezeki dorang tu nanti.. tak syok lak rasa tayang~tayang pastu tak bagi.. sob..sob..


Ni seed yang aku semai last week.. dah nampak anak~anak halus mulus mula tumbuh tu..
harap berjayalah.. ni second time semai.. yang first dulu tak berjaya sebab kena tinggal 5 hari tak bersiram masa Azad admitted tu.. terus mati kering.. tsk..
Cara semai.. aku guna tisu, koyak~koyak dan basahkan.. then tabur je seed..
ala macam kita buat experiment tauge masa sekolah rendah dulu.. heheee..
nanti agak dah besar sikit baru alihkan ke tanah.. tu pun kalau sempat besar sikit la kann..
mudah~mudahan.. kalau berjaya ni aku nak give away jugak sebahagiannya kat insan~insan yang dah placed booking..

Actually, ada 2 methods.. ewah.. methods tuu.. maklumlah sejak jadi surirumah ni dah jarang guna vocab yang cam dalam buku.. hewheww..
oklah, tak payah nak method2 sangatlah haiii.. :p
ok, ada 2 cara penanaman petunia ni..
i) seed
ii) keratan batang

yang seed tu macam yang aku buat tu laa.. juz aku guna tisu.. boleh juga guna cocopeat, semai terus atas tanah pun boleh.. ikut la taste masing2..

yang keratan batang tu pun aku penah buat secara tak serious.. like bila aku belek selak~selak pokok pastu ranting terpatah, aku cucuk je kat pasu mana~mana secara menumpang.. tapi nasib~nasiblah, dari 5 yang tumbuh maybe 1 je! hahaha.. 


Dalam pasu rj tetiba ada petunia.. hasil 'rumah tumpangan'.. :B



Ni pun sama.. menumpang di 'rumah orang'.. harap panjang umur.. :D

tapi kalau memang intentionally semai secara serious.. in sha allah boleh kot hidup..
nanti nak try bila tiba masa trim ranting~ranting tua.. :)


Ni la pokok sulung.. Sweet Pinky.. aku taktau nama betul dia, tu nama aku pandai~pandai boh sendiri.. bunga jenis nipis.. dah pernah kena trim sampai botak.. tak sampai sebulan dah start berbunga balik.. pastu terus berbunga sampai sekarang.. sayang sangat!


Ni yang ke~2.. purple.. daun and bunga jenis tebal.. bunga dia macam velvet.. kuat minum ni.. kalau lambat siram dia kelayuan tak bermaya.. pod dia gemuk~gemuk, maybe 2~3 hari lagi dah boleh collect kots.. ntah aku tak sure.. sebab aku nampak dia hijau lagi... kang tunggu2 tetiba pecah macam sweetpinky.. huhu~ ni tunggu hari nak kena trim.. tapi sayang sebab still blooming.. biar dulu kot kan..


3rd ~ Hot Pink
Bought on 12/2/2015.. ada 8 kuntum je bunga.. jenis bunga nipis..


Hot Pink today.. genap 14 hari dibawah jagaan aku.. alhamdulillah.. 
meriah sangat.. so sexy! ;)


4th ~ Purplow Stripe.. haa.. gempak tak nama aku bagi.. Purplow! 
Sebab dia stripe purple + yellow.. nama sebenar nanti2 la cari.. haha
bought on the same date with Hot Pink.. dia ni jenis velvet..



Genap 14 hari dibawah belaian aku.. gini pulak jadinya..
dia tak jurai, ranting dia tegak keliling gitu.. nak cubit2 sayang lak.. asalkan dia blooming, hati aku dah berbunga jugak.. so biar je dulu.. tengok apa jadi seterusnya..

So, tu la 4 jenis petunia yang menjadi kesayangan aku at the moment..
tak sempat lagi nak merayap ke nursery, kalau termerayap haruslah nak grab barang sepasu~dua lagi yang dah memang ada dalam wishlist..

Ada yang tanya baja apa aku guna?
So far aku guna baja bunga kaler pink yang beli kat giant tu je.. siram air paip..
kadang2 kalau rajin aku siram dengan air beras and air basuh ikan.. kadang2 perut ikan tu aku rendam semata2 nak guna air tu untuk siram kesayangan2 aku semua tu.. memang la busuk sikit, tapi memang menjadi.. tak caya korang try la.. aku tak tifuuuu.. ;p

  • Petunia kena siram pagi2.. elak siram tengahari or malam.. sebab dia boleh jadi melecur dan tak sihat lalu mati.. amboi ayat.. hehe.. tapi aku selalu je siram malam2.. :)
  • siram terus kat pangkat dia.. jgn siram seluruh pokok.. nonono dia tak suka nanti dia merajuk.. sape yang susah? :p
  • air pulak tak boleh terlebih tak boleh terkurang.. lebih dia benyek, kurang dia layu tak bermaya.. so pandai2 agaklah yea.. based on my experience, petunia jenis velvet kuat minum air sebab batang dia gemuk, daun and bunga dia tebal.. so dia consume lebih air
  • petunia suka sunlight.. so kena bagi cukup2.. eh, bukan sunlight cuci pinggan tu taw! kang korang bagi yang tu petunia mati korang saman aku lak.. hahaha..  :p buktinya petunia aku semua berjurai sebelah je, tak kelililing sebab sebelah je dapat cahaya.. so kalau nak dia berjurai keliling kena letak tempat yang dapat full sunlight..
  • petunia ni jenis dahaga kasih~sayang tau.. kena rajin belek, belai dia.. check kot2 ada siput ke ulat ke yang menenggek.. 
  • bunga2 yang dah layu tu kena rajin petik buang.. untuk elak kulat dan lain2 masalah.. buang bunga je jangan buang tangkai dia.. sbb lepas tu dia akan jadi pod yang ada seed.. suka tak? suka tak?
Ok, enuf for now.. banyak nak share pasal petunia ni sebenarnya.. tunggu future entry yea.. future tau bukan next.. hahaha.. sebab aku bukan rajin hapdet blog.. masih tak berjaya nak nak jadi blogger tegar.. sob..sob..

so.. let's gardening! oh, sape yang dah mintak address tu boleh la pos envelope yea.. in sha allah ada rezeki aku pos seed tu nanti.. lambat ke cepat tak promise yea.. depends on stock and nombor giliran.. buat masa ni yang galak menghasilkan seed hanyalah Hot Pink Sweet Pinky.. :)

Okay.. till then wish uols happy gardening and good luck!


Luv,
Bluehoney



14 comments:

  1. Halo bluehoney.. suka sgt tgk bebunga u taw. I pn ska petunia.. bli yg pertama rimbun..bunga like crazy. Suka sgt.. bertahan hanya sebulan pastu ada serangan hama & batang melepuh.. i jga siram oagi ptg air byk2.. my bad.

    I suka ngan sweet pinky u.. now i ada bli 2 petunia gantung.. hopefully it's will last longer..

    I nmpak sweet pinky u ni macam tak ada atap kan.. memang u biarkan kat hujung2 atap or bagaimana? Kena air hujan tak?

    ReplyDelete
  2. salam sis..kite bru nk terjebak dgn petunia nie... tp laty tgk btg n daun dia jd kuning knp ye.... any advice on this

    ReplyDelete
  3. Salam sis. Nak tnya sis gantung kat tepi atap ke. Dari pembacaan yang lain betul ke dia tak boleh kena hujan? Jadi tempat kat mana sesuai letak dia. Ke masa panas jemur. Bila ujan angkat.. macam kain pulak.

    ReplyDelete
  4. Salam sis. Nak tnya sis gantung kat tepi atap ke. Dari pembacaan yang lain betul ke dia tak boleh kena hujan? Jadi tempat kat mana sesuai letak dia. Ke masa panas jemur. Bila ujan angkat.. macam kain pulak.

    ReplyDelete
  5. Tq, byk info yg saya dpt 😄

    ReplyDelete
  6. Tq sis,info yg berguna buat hati yg berbunga2..

    ReplyDelete
  7. Tq sis,info yg berguna buat hati yg berbunga2..

    ReplyDelete
  8. Bagi add sis...nak juga seed petunia...

    ReplyDelete
  9. baru berjinak dengan petunia.. harap dapat bg tunjuk ajar. tq utk info.

    ReplyDelete
  10. Tq info...baru nk berkenalan dgn petunia.jumpa pulak entry ni..hihi..

    ReplyDelete
  11. Br seminggu berjinak dgn petunia ni.confiuse laa..pihak nursery tu habaq xyah siram ayaq,just tgk daun dia layu tu siram dgn baja AB ja.

    ReplyDelete