Friday 25 July 2014

KUIH BUAH MELAKA

Macam-macam hal.. ritu henpon kesayangan rosak, terus tergendala segala agenda nak mengupdate belog, sebab segala gambar semua dalam tuh.. guna tab adoii very the lembs.. terus takde mood.. ni pulak lappy takleh connect wifi sebab tukar router.. puas godek-godek tapi tetap tak menjadi.. last-last cucuk cable, tapi tak bolehlah nak bergolek kat tilam sambil taip belog.. sebab cable kontot.. boringlah jadi manusia rabun IT nih, nak connect wifi pun tak reti.. tensi mak incik tau!

Gigih jugaklah nak menaip entry buah melaka ni.. dah peram jadi tempoyak kat draft.. banyak jugaklah entry tempoyak kat draft ekceli.. huhu.. tapi takpe, slowly edit & publishlah nanti.. 

Buah melaka ni memang favouritelah.. tapi nak membuat idok le rajin.  Selalunya beli je.. tapi bila beli paham-pahamlah, pernah tercekik macam nak putus nyawa makan benda ni.. hahaha.. mana taknye hamba Allah mane ntah jual buah melaka tak agak-agak saiz dekat nak besar penumbuk, 3 bijik singgit.  Aku beli tanpa prejudis.. balik kompius caner nak makan.. kalau gigit sikit-sikit kang meleleh-melengas lak air gula tu kan.. so hantamlah masuk seketoi dalam mulut.. buruk laku noo gayenye.. acara tu dibuat secara solo, so ok je buruk laku.. kuikui.. sekali hambek kau, punyalah liat macam cekelat getah dah rasa.. pastu dah agak penat dok kunyah buat senaman muka dengan buah melaka alien tu, masanya untuk telan, sekali hambek kau.. tak lepas okey.. tercekik terus, menggelabah cari air.. syukurlah nyawa ai masih panjang.. kalau tak tentu masuk metro "maut tercekik buah melaka" atau "wanita gelojoh maut tercekik".. uhhh.. dah la mati, tajuk berita tak boleh blah.. kesian kannn? hahaha.. so, moral of the story is jangan beli buah melaka besar penumbuk! heheheeee...

So, marilah kita buat sendiri kuih kegemaran kita.. bukan susah pun, bahan pun takdelah macam-macam.. nonono malas-malas lagi lepas ni okey.. mak dah turun ilmu, so aku takde alasan tak reti tak reti lagi.. mari tulis resepi kat belog.. 

RESEPI BUAH MELAKA

2 cawan tepung pulut
 4 sudu makan tepung beras
Gula melaka ~ potong-potong jadi kiub
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam halus
Sedikit pewarna hijau
(kalau rajin boleh juga guna jus daun pandan untuk dapatkan warna hijau dan bau harum daun pandan, kalau malas tak payah.. guna je pewarna)
Air kosong

CARA-CARANYA
1.  Ape-apehal jerang air dalam periuk dulu..
2.  Masukkan tepung pulut & tepung beras ke dalam bekas adunan.. tuang sikit-sikit jus pandan, kalau takde jus pandan guna je air kosong.. masukkan pewarna setitis-dua.. gaul dan uli sampai tepung tadi boleh digentel..
3.  Cubit adunan dan gentel.. leperkan, letak seketul kiub gula melaka sebagai inti.. tutup dan gentelkan jadi bulat
4.  Campak ke dalam air mendidih.. biarkan sampai dia timbul.. ambil dan tos kejap
5.  Gelek-gelekkan kat kelapa parut.. siap!

Very the easy kan? :)



Jom tengok gambarajah pulak.. 



Pic step #2 : Rupa-paras doh.. 
mak aku cakap fungsi tepung beras tu untuk nak seimbangkan doh supaya tak liat macam chewingum.. oh, rupanya buah melaka penumbuk tu takde tepung beras kots? nyaris tak meragut nyawa mak incik tau..



Pic step #3 : Bola-bola kecik
Bola kecik dileperkan, dibubuh gula melaka dan dibolakan kembali.. 
seeloknya, lepas gentel terus campak dalam air mendidih.. sebab cam aku buat letak dulu kat tudung periuk tu kan, bila nak ambik utk campak dalam air, dia pecah.. terpaksa tampal balik, dan saiz akan membesar sikit.. tapi takdelah jadi sebesar penumbuk okey.. :p







Pic step #4
Sila sauk yang timbul-timbul sahaja..




Pic step #5
Kelapa parut ni kena ambik yang putih je.. taknak yang parut sampai kena tempurung tu.. nanti tak chantek.. 




Rupa-paras bebola yang siap digolek-golek kat kelapa.. nyummehhhh!
Pastikan saiz comel-comel jer supaya insiden tercekik tidak berulang.. :D




Wahh.. tengok kuih tradisional.. boh pulak dalam pinggan jaman dolu-dolu.. terus terkenang memori daun pisang zaman kecik-kecik dulu.. rindunya pada arwah-arwah tok, tokwan.. alfatihah untuk mereka.. :'(

Terasa best dan bangga bila pandai buat sendiri kuih kegemaran.. nape dari muda-muda taknak belajar kan.. eh, sekarang pun muda lagi apaaa?? :p

Tapi paling best bila anakanda-anakanda memuji-muji bondanya.. "pandainye mama buat kuih ni.. sedap pulak tu.. nanti mama buat lagi ye, nak makan lagi banyak-banyak!"
hnsss.. hnsss.. kembang montot ai tau.. baiklah anakanda2 ku tersayang.. nanti mama buat lagi okey.. mama memang rajin, pandai, bijaksana, jelita... eh? :p





#heartfeeling #1: hati terkesan dengan tragedi MH17, semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. amin :'(

#heartfeeling #2 : musim katebang jatuh ek? ada lagikan yg terhempas.. ya Allah, hanya Kau yang maha mengetahui.. sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bagi orang-orang yang berfikir..  :'(


Monday 21 July 2014

GULAI TEMPOYAK AYAM CILI PADI


Hari ni 23 Ramadhan 1435H, begitu cepat masa berputar.. sedar tak sedar.. detik itu kembali dan kita ulangiii.. eh? terfeeling halaman asrama asmara pulak.. :p
hurm.. dah tinggal lagi seminggu je.. anak-anak dah excited nak raya, hari-hari countdown.. yelah, aku dulu masa budak-budak pun gitu jugak.. lagi over kot, siap fitting baju & kasut raya hari-hari kot.. tak cukup tu, tido pun dengan kasut raya.. comel je aku dulu.. tapi tu dululah, zaman kanak-kanak yang terindah.. dah makin dewasa kurang dah rasa excited nak beraya.. lagi-lagi dah ade anak, baju raya sendiri pun dah tak fedulik, yang penting baju raya & keperluan anak-anak didahulukan.. wahh.. mak-mak sungguh dah aku sekarang.. :)

Ramadhan bakal berlalu, semoga dapatlah kita menyempurnakan hari-hari terakhir ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan Sang Pencipta.  Semoga ramadhan ini bukanlah yang terakhir.. 

Oh, Sabtu baru ni (19/7/14), sehening pagi dikejutkan dengan berita pemergian MIL adik aku yang no. 2 di Gurun, Kedah.  So, pukul 4.30am geraklah ke Gurun dengan Mak & Abah.  Aku bawa Aazad je, abang-abang tinggal kat rumah dengan Paksu.  Oleh kerana jenazah dibawa balik ke kampung beliau di Sedaka, Yan, kitorang terus ke sana.. sampai around 7am.  Siap semua urusan pengkebumian almost waktu zohor.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Takziah untuk adik iparku Zatul dan adik-adiknya, semoga tabah dan sabar menghadapi kehilangan ibu tersayang.  Semoga roh ibunya tenang dan ditempatkan bersama para solihin.. innalillahiwa inna ilai hiroji'un.. alfatihah.

Erm.. tajuk entri pasal makanan.. membebel pulak macam-macam.. kalau buat exam dah tentu kena tolah markah sebab keluar tajuk.. haha.. tapi ni belog bukan exam.. so fedulik hapa kann.. 

Okay, ni baru nak story pasal resepi ni.. ekceli aku dah terliur nak try resepi ni sejak aku tengok Siti Nurhaliza masak kat tv beberapa tahun yang lalu.. tudiaaa.. beberapa tahun yang lalu okeh.. hahaha.. teruk beno teringin tapi boleh pendam sampai beberapa tahun.. kau mampu? haha.. ekceli tak pendam sangat pun, aku sesah je gulai tempoyak ikan patin kat Hentian Tapah & Hentian Sg. Perak bila otw-otw tu khennn.. so xdelah mengidam ke hapa.. tu yg boleh tahan bertahun-tahun..

Oleh kerna dah beberapa tahun maka aku pun tak ingat dah apa bahan yang dia guna.. yang aku ingat ada ayam dengan tempoyak je.. so sempena bulan mulia ni, jomlah masak menu idaman sejak bertahun ni untuk berbuka.. dan aku hentam sajalah ikut suka ati bahan-bahan dia.. so, ni resepi aku inspired by Dato Siti okay.. curlasss mak incik! :D

Since durian melambak-lambak sekarang kat kampung aku nih, aku siap-siap mintak mak buat tempoyak, dalam otak geliga memang dah set nak masak benda ni.. so marilah kita memasak.. 

GULAI TEMPOYAK AYAM CILI PADI BLUEHONEY
inspired by Siti Nurhaliza

tajuk resepi macam jenama perfume tak.. hehe..

Bahan-bahan Blend :
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar merah
Kunyit hidup (kalau takde boh je kunyit serbuk)
15 biji cili padi (tak pedas aku buat, next time aku nak boh 30 bijik baru kaww)

Bahan Lainnya..
3 sudu tempoyak
2 batang serai
1 keping asam gelugur (kalau x suka masam tak payah, sebab tempoyak tu dah masam jugak)
Segenggam daun kesum
Ajinomoto (kalau suka)
Garam
Air

Caranya:
1. Masukkan bahan yang dah blend tu dalam periuk, masukkan tempoyak
2.  Gaul bahan blend dengan tempoyak sampai sebati
3.  Masukkan ayam, serai.. gaulkan.. biarkan kejap
4. Tuangkan air, kacau2 sebatikan bahan tadi.. biar mendidih 
5. Masukkan asam gelugur, daun kesum, garam & ajinomoto.. kacau bilaukan 
6. Biar mendidih, rasalah.. eh, puasa takleh rasa.. so agak-agaklah rasa dah ok, ayam dah empuk, kuah dah agak sesuai dengan taste nak pekat ke cair ke.. tutup api.
7. Siap! senang gila masak benda ni rupanya.. haha



Pic step #1



Pic step #2



Pic step #3,4,5,6



Rupa paras Gulai Tempoyak Ayam Cili Padi Bluehoney inspired by Datuk Siti.. heheh



Oh, ada jugak buat kuih buah melaka.. nanti buat separate entry lah.. dah berjela ni.. aku memang suka sangatlah makanan yang sedap yet simple dan senang dimasak.  Memang sedap hoi, semua makan bertambah-tambah kot..  (padahal depa semua kebulur, maklumla puasa khenn..) 
semua tu merujuk kepada adik-adik aku, adik ipar aku dan Adam.. aku je tak tambah nasik sebab rasa dah buletttt je.. haishh.. bulan puasa boleh makin bulett.. apa citta?? Maksudnya aku rajin dan konsisten memasak sepanjang ramadhan.. dan rajin dan konsisten makan banyak jugak.. ujung-ujung pi fitting baju raya saiz L je muat! terus letak balik tak jadi beli.. wut the fishhhhhh??? Last year baju raya saiz S okey.. S!  so, aku assume dat saiz baju kat kedai 1Malaysia tu memang tak ikut standard sangat kot tu yang aku sampai kene pakai saiz L.. tapi seyes, lawa-lawaaaa okey baju kat situ, murah giler lak tu.. baju kurung chiffon sulam2 beading tu tak sampai RM100 kots.. peplum chiffon baru RM68! tapi sebab saiz L tetap tak jadi beli.. takmolah nanti kene kutuk sebab last year S diz year L! nononoooo...!!

eh, emo lak.. terkona lagi terciter pasal baju raya lak.. haha.. so, conclusionnyer lepas ni boleh la masak lagi resepi di atas and maybe boleh ejas2 boh bahan-bahan tambahan yang lain lak supaya kita boleh pakai saiz XL pulak next year.. eh?! :p


#heartfeeling : tetap rasa saiz baju kat kedai tu yang bersalah!



Sunday 20 July 2014

PRAY FOR #MH17.. ALFATIHAH



Innalillah.. Belum habis kesedihan tentang MH370, kita sekali lagi dikejutkan dengan MH17 yang terhempas di Timur Ukraine.  Ya Allah, sayu pilu hati menerima perkhabaran itu awal pagi 17/7/14.  Semua penumpang dan crew seramai 298 orang disahkan terkorban.  Semestinya merobek perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mereka.  Kehilangan orang-orang tersayang secara tiba-tiba dan tak dijangka bukanlah sesuatu yang mudah dihadam hati dan perasaan.  Malah kita yang tak kenal mereka pun turut sama terkesan, inikan pula ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.. so, pleaselah.. tak payahlah memburukkan keadaan dan menambah kesedihan mereka dengan statement-statement dan komen-komen negatif yang langsung tak diperlukan.. mereka perlukan sokongan!


Dalam masa kurang 6 bulan dari tragedi MH370 yang masih kekal misteri, MH17 pula terhempas berkecai.  Ini adalah ujian Allah SWT ke atas kita semuanya, bukan sahaja ahli keluarga mangsa nahas, tetapi ujian ini juga adalah untuk syarikat MAS itu sendiri, kerajaan, juga kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini.  Tak payah pening kepala nak fikir tentang MAS dan kerajaan, mereka tentu ada plan-plan tindakan untuk mengatasi isu ini, tetapi fikirlah tentang peranan kita sebagai rakyat, apa sumbangan kita dalam menghadapi situasi genting yang menyedihkan ini?


Aku rasa sedih dan marah dengan sesetengah orang tu yang sesuka hati meluahkan kata-kata di media sosial.. menghina dan mengkritik sewenang-wenangnya.. tanpa peduli tentang perasaan dan sensitiviti orang lain.  Tolonglah berhenti.  Kalaupun diri tu tak pernah rasa kehilangan, dan rasa diri tu 'kebal' dari diuji.. tak perlulah menambah luka dan beban orang lain.  Tak perlulah tunjuk sangat kebodohan dan kurang ajarnya diri tu di khalayak ramai.  Orang benci tau tak?


Marilah kita berdoa semoga Allah SWT meringankan beban semua yang terlibat dalam tragedi-tragedi MH.  Doakan juga keselamatan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini, semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dari bala-bencana dan mala-petaka.  Semoga Malaysia ini akan terus aman dan makmur untuk kita meneruskan kehidupan bersama insan-insan yang kita sayangi.  


Kepada MAS, ini adalah satu cabaran hebat yang perlu ditangani dengan bijak dan berhemah.  Bukan mudah, tapi kami rakyat Malaysia tetap berbangga dan percaya kepada kaliber dan kemampuan MAS. Buat pertama kali dalam sejarah, satu syarikat penerbangan diuji dengan kehilangan 2 pesawat dalam jangkamasa yang terlalu singkat.  Buktikan kepada dunia yang MAS mampu tanganinya dengan baik.  


Kepada waris-waris mangsa, takziah diucapkan.. bersabar, tabah dan redhalah dengan ketentuan Allah. Pasti ada hikmahnya.  Aku tahu bukan mudah, tapi apa lagi yang mampu kita lakukan sebagai hamba, sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.  Semoga roh mereka tenang dan ditempatkan bersama-sama para solihin.. alfatihah..





Semoga mereka yang bertanggungjawab akan segera dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.  Jika benar pesawat itu ditembak, memang terlalu kejam, tak bertamadun dan sungguh keji perbuatan mereka yang mensasarkan sebuah penerbangan komersil yang membawa ratusan nyawa.  Semoga Allah membalas dengan setimpal atas kehilangan setiap nyawa mereka yang tidak bersalah.  Amin.. 

* images googled



:: Keep on Praying #PRAYFORMH370 #PRAYFORMH17 #PRAYFORGAZA ::

Saturday 5 July 2014

4th Day Of Ramadhan 2014

Cerita puasa ke-4, Rabu.. Alhamdulillah.. puteraku berdua ni masih bertahan mengerjakan ibadah puasa.. cuma hari ke-4 ni lembikkk semacamlah.. ntah kenape.. kesian..
Sahur Ammar tak suke makan nasi, dia prefer makan koko krunch + fresh milk, milo + biskut.. gitu2 je lah menu dia.. Adam pulak makan nasi, tapi kene suap, sebab stok kunyah sambil pejam mata.. haha.. macam2 karenah anak-anak.. :)


~ Adam ~
Letih beno gayanya hari tu.. balik sekolah jer terus baring tido kat dapo.. complete set, tie pun tak sempat bukak.. tido kat lantai sebab sejuk.. hehe


~ Ammar ~
Pon sama.. tak sempat tukar baju sekolah.. terus pengsan.. 


~ Aazad ~
Budak kecik ni tak posa, tapi takmo makan.. dia just nak minum susu or milo je.. paksa-paksa pun dia makan koko krunch jer.. kununnye posa jugaklah.. hehe


Sudahnye terus ponteng sekolah agama.. kejut-kejut masing2 buat lembik.. aku biarkan je.. teruk beno gaya memasing..


4pm.. terpaksa kejut jugaklah.. memasing belom solat zohor kots.. adeiii.. sabo je mak kau..


Sementara tu, si kecik ni kat luar sibuk kutip buah manggis.. 


banyak  jugak yang dah masak.. tapi tulah, bulan posa.. takde masa nak melahap buah-buah nie..
durian pun tengah melambak-lambak sekarang.. nyummeh!


Si kenit Qarisya.. sukenye isap rambutan.. hihii..

Tu jer citer anak-anak di hari ke-4 puasa.. semoga dorang terus rajin berpuasa walopun letih aku nak motivate dengan menan dan bagi ceramah blablabla.. sabar je mak incik!
:) :) :)

RESEPI KUIH CARA MANIS

Ni 4th day of ramadhan.. buat kuih chara dengan my mom.  Ceii.. eja 'chara' nak bagi nampak cam ejaan melayu dolu-dolu, sesuai la dengan kuih ni kan kuih tradisional.. hihi.. Lama gilers tak buat kuih ni walopun kuih chara ni terkategori dalam kuih peberet ai ollss.. lama gilers tak gilers since ai ollss kawen memang tak penah buat sendirilah.. alasan, tak reti, takde acuan, takde masa.. blabla.. 1001 alasanss.. cakap jer la kau femalas, kan senang! +_____+

Ropa-ropanya senang amat buat kuih nih! Dulu masa aku anak dara sunti kan, bila my mom buat kuih chara nie, aku hanya tolong tuang dalam acuan jer, bab-bab penyediaan bancuhan tuh memang aku tak amik port.. haha.. yang aku suka tuang dalam acuan.. kuih yang dah siap masak lagi aku suka.. tinggal ngappp jer! memang dasarrrrrr....!


Nie acuan.. eh! orang panggil acuan ker loyang eh? 
Tak kisah la acuan ke loyang.. tapi benda ni tersimpan 'sentimental value'.. 
Nie peninggalan arwah nendaku, Tok Lat.. antara barang kesayangan nie.. loyang ni akan bergerak antara 2 rumah, rumah my mom dengan rumah makcik aku yang terletak sekangkang beruk dari rumah mak aku.. mean sape nak guna ambik la.. huhu.. 

Al-fatihah untuk arwah Tok Lat yang amat aku kasihi.. dah lebih 20 tahun arwah pergi meninggalkan aku, hanya doa dan kiriman surah-surah al-quran dapat aku titipkan buat nendaku tersayang.  Rindu sentiasa bertamu di hati.. semoga dapatlah bertemu lagi di syurga abadi.. 


Yang nie pulak my mom punya.. bentuk daun kot.. yang tadi bentuk bunga.. :)
Guna 2 acuan, cepat sikit.. kalau guna 1 jer.. jenuh nak siapkan.. ni pun aku cakap kat mak suh beli lagi 2 acuan.. nak lagi cepat kan.. tau la aku kan suka laju-laju.. heheee.. kan time is gold, jangan membazir waktu.. cepat siap boleh buat benda lain pulak kan.. :)
Eh, but why suh mak beli? beli la sendiri! hahaha.. bukan apa, nak ada sentimental value.. :)



So, nie la hasilnya.. banyak okey.. mak bancuh almost 1 kg kots tepung.. saje buat banyak nak bagi kat sedara-mara dekat2 umah jugak.. baru la feel bulan puasa.. cam dolu-dolu kan, buat sejenis kuih.. then hantar la kat umah jiran-jiran.. nanti jiran-jiran balas balik.. so dapat la berbuka dengan berjenis-jenis kuih.. best kan.. tapi tu la, tradisi tuh makin lama makin dilupakan.. kalau tak lupa pon, nak berbalas juadah jadah apenyer.. memasing pon semua angkut dari bazar ramadhan! heheee..

Okay, nak abadikan resepi kuih chara kat belog laa.. 
mane tau sok-sok nak buat sendiri.. kan.. kan.. :p


RESEPI KUIH CHARA MANIS

Bahannye..
1/2 kg tepung gandum
1 kotak santan cap ayam
(mak aku guna santan original, aku jer femalasss.. nak cepat ajer!)
1 bijik telo ayam
Secubit garam
Pewarna ~ hijau
(kalau rajin blend daun pandan, tapis amik air dia.. dapat kaler hijau & kuih pon wangiiiii jer bau pandan, tapi tu orang dolu2 la, depa rajin.. aku memang taklaaa...)
Air kosong secukupnye
Gula pasir/gula halus pon boleh
Sedikit minyak masak

Chara-chara membuatnya..
1.  Boh tepung, santan, telo ayam, garam, pewarna & air dalam blender.. blend sampai jadi bancuhan.  Agak-agak takmo terlalu pekat atau terlalu cair.. pandai-pandai la adjust.. :)
2.  Panaskan acuan.  Guna api sederhana jer sepanjang masa.. 
3.  Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.. make sure acuan cukup panas, tuang bancuhan tepung ke dalam acuan.
4.  Masukkan secubit gula ke dalam setiap acuan kuih tadi.. tutup acuan.
5.  Lebih kurang 3-5 minit, dah boleh keluarkan dari acuan.. cungkil la dengan pisau ujung kecik, and cedok guna sudu.. pandai2 la nak kuarkan..
6.  Biar kejap.. then boleh la tangkup2kan kuih tu dengan pasangan dia.. 

Ropa-ropanya anak-anak aku sukeeeee sangat dengan kuih chara nie.  Kesian sebab mak dorang tak pernah buat bagi dorang makan.. sekali rasa, terus Adam cakap "sedapnyeee kuih ni, nanti mama buat lagi selalu-selalu tau!" okey, baiklah anak.. mama akan gigih buat lagi nanti yea..
Ammar & Adam pun menyibuk kat dapur nak tolong tuang dalam acuan la, nak bubuh gula la.. seronok dorang.. pastu cakap tak tahan nak puasa dah, sebab bau kuih tu sedapppp sgt.. hahaha

Thursday 3 July 2014

Acara Mata Merah Berjemaah

Entry terperam.. Marilah kita siapkan..

Episod sakit mata ni bermula dengan Adam, lepas kes kene tumbuk tu kan.. memang doktor cakap sebab mata dia tu ade luka sikit and ade infection, kuman tu memang boleh berjangkit.. oh no! nonono! Walaupun dah ambil langkah-langkah prevention untuk elakkan jangkitan, tp tetaplah jugak terlepas kuman-kuman tuh.. 

Memula terjangkit ialah Ammar, mata kanan.. tapi sekejap je dalam 2 hari je dah recover.  Then, Aazad pulak kene, mata kiri, pon kejap je dalam 2-3 hari je dah baik.  Alhamdulillah, syukur sangat dorang tak teruk, just merah sikit je.


Aazad demam gak 1 malam siap muntah.  Syukur esoknye dah sihat.


Kemudian..

 Lepas balik dari HRPB malam minggu tu, mata aku dah start rasa gatal-gatal.. sedap toi aku tenyeh-tenyeh garu-garu.. rasa best bila garu-garu tu.. ye, memang bestlah sangatlah kan, masuk hari Selasa terus merah mata kananku.. malam tu tido cam tak selesa, aku agak bangun pagi nanti mesti melekat mata aku.. and yes, memang tepat sekali, and the worst part was mata kiri pun terjangkit merah jugak! adeiiii.. bermulalah episod pilu.. hazab okey, aku bersyukur sangat Ammar & Aazad kene tak seteruk aku. 

Mata berair-air, jadi blur sebab lendir tu melitupi mata kiri kanan.. sangat tak selesa.  Dahtu bila tunduk memang sakit giler, cam nak jatuh bijik mata! Memang tersiksa rasa, first time kot aku kene sakit mata yang teruk sampai seminggu..


Ni lah keadaan mata mak incik, ni pun cover-cover, lap-lap dulu lendir sebelom snap gambar nie.. 
kalau tak memang lagi teruk, comot giler.. hahaha..
Masa aku kene ni, berjemaah dengan Akim, adik bongsu aku & abah.. then anak buah aku, Shira pun kene, then terjangkit la seisi rumah dia, adik aku Idin, my SIL Siti & mak dia pon kene.  Kira complete seisi rumah.  Yang terlast kene was my mom, so complete jugak seisi rumah! Memang dasat wa cakap lu! hahaha.. takmo dah sakit mata lepas ni! hazab giler..


Ni ubat aku dapat dari Unit Kecemasan.. pil tuh panadol & ubat tahan gatal kots.  Tube tu gel letak kat mata bila nak tido malam jer.  Botol comel tu eyedrop macam eyemo, tapi yang tu berubat.. kene simpan dalam fridge, best jer bila titis rasa sejukkkk jer dalam mata.. 
tapi pahitttttt jer kat tekak! bluwekkkk.. kene cepat-cepat minum air untuk flush rasa pahit tuh..

Adik aku Akim pon dapat set ubat yang sama, kitorang gi sepital malam rabu tuh bersama-sama ditemani bondaku yang tersayang.. last-last bila abah & mak pon kene, kita guna jer ubat-ubat tu bersama-sama.  Adam gi HRPB ritu pon dapat the same tube & eyedrop jugekk..

Memang tak best bila sakit, tapi bila ingat sakit tu ujian dari Allah, sakit juga menghapus dosa.. so redha dan sabarlah mengharunginya..

Ni mata dah okey, tapi sesekali tetap rasa gatal.. dan sungguh sedap ditenyeh-tenyeh..
Tak elok kan tenyeh-tenyeh mata.. so, mulai sekarang jika mata gatal kita guna eyemo dan belai-belai manje je.. dulu tak reti nak eyemo2.. sekarang tidak lagi! Best pulak guna eyemo, anak-anak pun suke, Aazad lagi la.. kejap2 nak eyemo kejap2 nak eyemo.. over tau! hahaha..

Wednesday 2 July 2014

Resepi Mee Kari Bluehoney

Ni 3 minggu lepas kot.. teringin nak makan mee kari.. eh, bukan teringin nak makan je, teringin nak masak jugak.  Tamau beli, nak masak sendiri!

So, gigihlah gi Fresh Mart dengan Mr. Papa, beli bahan segala.  Ni first time kot aku nak masak sendiri, mean sebelum ni pernah masak tapi bersama dengan biras aku.  So this is my first ever mee kari lah! 

Aku gugel jugak resepi, tapi lepas tuh belasah sesedap rasa aku jer lah.. sebelom aku lupa baik aku tulis resepi kat sini.. next time nak masak lagi kompom aku lupa, ittew perkarew biasew maklum lew faktor usiew.. eeiiiuuuu! getik beno bahasa bebudak sekarang.. x sesuaiiii! :p

Resepi Mee Kari Bluehoney

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecik2
2 peket serbuk kari ayam/daging baba's
2 kotak santan cap ayam (400ml)
2 keping asam gelugur
Isi kerang ~ ikut suke nak banyak mane
Fish ball
Fish cake
2 biji kentang ~ rebus & lenyek2
1 senduk minyak masak
Garam
Ajinomoto
Air rebusan kerang ~ make sure kerang dicuci sebersih-bersihnye sebelum direbus
Air secukupnye

Blend:
1 bijik bawang besar
6 bijik bawang merah
5 bijik bawang putih
1/2 inci halia
1 senduk cili kering blend
Sedikit udang kering

Bahan Tumis:
1 batang serai diketuk
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

Accessories:
Mee kuning ~ celur & toskan
Tauhu kering ~ goreng & hiris
Tauhu basah ~ goreng & potong ikut suke
Fish cake ~ goreng & potong ikut suke
Cili merah
Sawi ~ celur & potong2
Taugeh ~ celur
Kacang panjang ~ celur & potong ikut suke
Kentang ~ rebus & potong dadu
Telur rebus
Limau kasturi
Bawang goreng

Macam berderet jer bahan-bahan kan.. nampak je cm leceh tapi memang leceh sikit bab menyediakan accessories tuh.. nak kene rebus2, goreng2 tuh kan, so pandai2 la adjust sambil buat kuah sambil celur2 tuh.. bab kuah kari kacang jer, macam masak kari biasa, cuma ade sikit penambahan je.. 


Fistly, panaskan minyak.. 
Campak bahan tumis, kacau.. agak dah wangi masukkan bahan blend.. 
biar kejap, then masuk paste rempah kari. api sederhana..
kacau sesekali agak kering sikit, masuk ayam, boh air kosong, biar sampai ayam empuk.. kacau2 selalu 



Bila ayam dah empuk, masuk air rebusan kerang, kalau tak cukup boleh tambah air kosong.. 
adjust kepekatan ikut suke kitelah.. 

air rebusan kerang tuh kene berkualiti okey, kerang kene betul2 bersih, dan fresh, sebab kalau kerang tak fresh, or dah busuk sikit tuh kan, air rebusan tu tak sesuai masuk dalam kuah ni, better JANGAN guna air rebusan yang sebegitu.. boleh je guna air kosong tanpa air kerang

then, kacau2 biar sebati, biar mendidih..
then masuk la fish ball, fish cake, asam gelugur segala.. 
biar kejap, then masukkan santan, garam & ajinomoto..
then masukkan kentang lenyek tadi utk pekatkan kuah
lastly, masukkan kerang.. 
rasalah, adjust kemasinan ikut taste masing2
SIAP!


Rupa paras kerang tersebut.. :)


Rupa paras kuah kari bluehoney.. heheh..


Rupa paras accessories penyedap rasa.. tenkiu Mr. Papa tolong potong2 semua nih.. :)


Semangkuk kecik jer untuk mak incik.. sekali nak repeat tengok semua dah licinnnnn okey!
Ternyata begitu teserlah kesedapan mee kari mak incik.. 
hahaha.. perasaannnnyeeeeee la kennnn!

So, as for the conclusion.. meh la adik2 kita rajin2 la ke dapur.. bukan rajin ke dapur mencekik jer tau.. kene la rajin belajar.. sok2 dah kawin, diri sendiri jugak yang senang, suami untung, mak mentua pon sayang.. tak reti takper, boleh belajar.. jaman IT jangan bagi alasan tak reti masak okeyy.. click2 jer berlambak resepi kuar depan mata.. tinggal nak dengan taknak jer.. kalau tetap jugak bagi alasan, tuh namanya pemalas.  Sila berhenti jadi pompuans okey.. mak incik emo plak.. memang emo dengan orang pemalas tau mencekik jer.. tak pahamlah orang cmtuh!

Okey la, sebelum mak incik bertambah emo baling senduk, baiklah mak incik masuk gear reverse.  hahaha.. tata!

Cerita Puasa Anak-anak 2014 ~ Episod 1

Malam ke-4 umat Islam bertarawih mengimarahkan bulan yang lebih baik dari seribu bulan.  Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan nyawa pada jasad kita, semoga ini bukan ramadhan terakhir..

Nak cerita kisah anak2.. So far putera2 kesayanganku yang berdua tu masih lagi bertahan puasa.. walaupon letih mak incik nak bagi motivasi secara lisan juga secara ganjaran.. adoiiiilaa anak.. first day ritu kan ahad, dorg kat rumah.. masuk pukul 3 petang masing-masing dah melepekkkk jeee.. mulut asyik tanye "maa.. lama lagi ke? bpe jam lagi nie.? laparlaaahhhh.. nak minum laah.." ulang2 ayat2 tu jer, sampai mak incik pulak yang rase tercabar keimanan dan kesabaran.. arghhh!

Hari ke-2 Isnin, dorang sekolah.. aku gi jemput kat sekolah.. masuk keta jer terus..
Adam: Mama, jom singgah kedai, nak beli air laa..
adehhh.. semput mak incik.  hahaha.. kenelah ingatkan yang kan tengah puasa mane ley minum.. dan bagi ceramah motivasi blablabla..

Tapi si Ammar okey je, dia steady je.. balik rest jup.. mandi, siap2 pakai baju sekolah agama, solat zohor & terus gi sekolah.  Si adik je la yang agak merengek2 dan buat pergerakan slowmotion je.. 
Aku hantar gi sekolah, jumpa ustazah sebab nak tanye waktu balik.. oh! seperti yang dijangka, memang dorang balik awal sempena ramadhan nie.. pukul 5 petang.. mean kelas cuma 2 jam je.. oklah, at least boleh selamatkan 2 jam puasa tanpa merengek2.. tapi bila balik je umah, mulalah aku tensi, setiap 5 minit si Adam tanye "Ma, lambat lagi ke?" adeiiii... sabo je mak kau nih!

Oh, masa jumpe ustazah tu, beliau terus bagi report card Si Adam.. 


Bila tengok banyak A, tenteram la jiwa aku.. sebab anak2 banyak tercicir masa proses tukar sekolah arituh.. aku cuak takuk dorg tak boleh catch-up silibus yang dah tertinggal.. so result macam ni pun aku dah bersyukur sangat2 pada Allah.  Doaku sepanjang masa, semoga anak-anak aku sentiasa dilindungi Allah, berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat.. amin ya robbal a'lamin.. 

Tengok tang 'kebersihan' & 'kelakuan' tuh.. dapat B.. aku tanye Adam kenape dapat B?
Dia sengeh2 jawab, "sebab kuku adik selalu panjang.." haaa.. kan dah kena.. maafkan bondamu selalu lupe nak potong kukumu.. hahahaha..
okey, tu kelakuan dapat B jugak, kenape?
"adik suke borak dalam kelas.." slumber jawab gituh.. adehhh..

Ammar punyer report card belum dapat lagi pulak.. maybe esok lusa kots..

Aku panjatkan syukur jugak sebab semalam (Isnin), Ammar & Adam dah dapat tukar ke kelas terbaik ~ kelas Yakin.  Ni pun aku cuak ritu masa tukar sekolah baru ni, dorang dimasukkan dalam kelas terakhir.  Alasan cikgu tu sebab files dorg dari sekolah lama tak diupdate, sekarang kan dorang guna evidens2 segala.. so benda2 tuh maybe cikgu kat sekolah lama tak masuk dalam files.  So, sampai sekolah baru cikgu sini takleh nak refer.  Cikgu tanya aku kat sekolah lama bebudak ni dok kelas mana? Aku cakap la dorang dok kelas terbaik, tapi jawapan tu tak laku okeyy.. haha! tetaplah dorang kene campak ke kelas tercorot.. aku redha.. Ni bila ritu kan dah exam, so cikgu puas hati lah kots, dapat la dorang masuk kelas terbaik semula kat sekolah baru.  Alhamdulillah.. semoga anak-anak lebih rajin belajar lepas nih.  Tak larat mak incik nak kuar suara tarzan setiap hari! 


 ~3rd Day ~
Tetaplah jua mereka menguji kesabaran bonda.. Balik je sekolah tengahari tadi, terus buat muka toya masing2.  Lembik & slowmo jer.. buat ayat kesian tak larat dah.. nak minum, lapar.. suh mandi masing2 buat2 pejam mata.. okey, aku biarkan je.. dah 230pm still terbaring tak mandi, ehhh.. nak sekolah ke tak bebudak nih?

Dengan pujuk rayu ajak mandi.. Adam siap nangis2 tak larat nak gi sekolah petang katanya.. aku siap pimpin tangan ke bilik air.  Tak cukup dengan itu, suh mama mandikan pulak.. hamboiiii.. kemain korang ye!  Demi taknak mengeruhkan keadaan, terpaksalah aku mengalah, mandikan la depa berdua tuh.. dah tu, pakai baju sekolah pun nak mama tolong pakaikan.. ambik kesempatan to the max nampak! Takper, mama kasi chance.. Ammar ok sikit, sebab dah darjah 3 & dah pernah puasa sejak darjah 1.  Adam la yang ya ampunnn.. aku siap pujuk nak belikan menan ok.. and cakap sehari puasa mama bagi singgit! haha.. mata duitan okey.. terus cakap "okey, tu upah puasa tau, duit raya mama bagi yang lain tauuuuu mama!" yolah anakkkk... fenin mak kau tau tak.. haha

Yang si kecik Aazad pulak, dah tak puasa, aku nak bagi makan bukan main susah.  Dia siap cakap "Atad pose, nonono mamam.. minum susu jer boleh, mama jangan suyuh Atad mamam okey.." sudahnyer memang dia tak makan, aku paksa2 dapatlah makan koko krunch tu pun sebab dengan susu kan so kira 'tak batal' la pose dia tuh.. hahaha.. 

On the way gi sekolah agama singgah beli menan.. tapi hari ni jer tau! Mama kasi chance sebab result exam korang ok and dapat naik kelas no. 1
Sib bek dorang mintak menan lego yang kecik2 tu jer.. RM3.50 jer.. selamat mak incik! Selalunyer papa dorang yang rajin layan belikan menan2 nih sumer.. 

Balik sekolah petang tadi... terus jadi gini..  


Tak sempat tukar baju, beg pun campak tepi tuh jer.. terus excited pasang lego tuh.. 
tapi memang bukan hari ni jer macam tuh, hari-hari okey aku jadi tarzan.. suh tukar baju, suh mandi, suh letak beg, letak kasut, stokin elok-elok.. nak suh mandi pun kuar suara petir jugak baru gerak.. masuk bilik air bergelak ketawa pulak dalam tuh, main air, shampoo lantai la, sabun dinding la.. adoii.. mak kau kene cop duitlah buat beli shower gel & shampoo gini gayenyer.. 
Memang boys perangai gituh ke?  Ke anak aku jer..? hahahaha..


Ni la kegilaan dorang sekarang.. ni sebahagian je dari koleksi.. banyak lagi okey.. 
rm3.50 x 100 ketul benda nih = boleh beli henbeg mama kots?

Ritu musim collect menan ape ntah yang ade guli-guli tuh.. lagi teruk, seketoi berbelas ringgits.. beli berketoi-ketoi nak kene cukup set, dah tuh ade accessories bagai.. aku peratiiii jer bapak dorang melayan putera-putera dia.. sok-sok papa korang tua jangan pulak korang malas layan papa korang yer nak..

Okey, ni baru cerita 3 hari puasa.. nak jejak 13 hari? 30 hari? ohemgeeee.. haruslah aku tertelan2 ailio menahan sabar dengan karenah korang anak-anakku! Semoga bonda korang ni terus beristiqamah menahan sabar.. amin.

Tuesday 1 July 2014

Hidangan Iftar 2014 Episod 1

Hi blog, ermm.. sedar2 dah hari ke-3 ramadhan.  Macam cepat je masa berputar kan.. Ni sambil goreng ayam, meh la kita mengupdate blog, sementara mood rajin menaip sampai nie.. huhu!

Nak tayang gambar food je pun.. :)


Ni lauk 1st day ~ daging masak kicap.  Belajar masak ni dari my mom.. kira kategori our all time favourite la ni.  Sedap, wangi sebab ade rempah ratus, dan pedas sebab boh cili kering blend jugak.. nyamss..

Ade buat cucur kucai jugak.. tapi lupe lak nak snap gambar.. :)


Since 1st day berbuka semua ahli makan tak sentuh nasik.. makan2 kuih bazar ramadhan je terus kenyang, lauk tu buat ratah2 & buat sahur je.. so marilah kita goreng kotiaw je.. aku dolu2 memang x reti la nak goreng2 ni.. mee ke kotiaw ke.. bihun ke.. memang x reti.. bila dah kawin try-try jugak, tapi bihun jadi kering x best.. tapi tak putus asa, keep on trying, gugel resepi now dah pandai! usaha tangga kejayaan! tapi kalau dah tak reti lepas tu malas nak belajar, orang kat dapur dia nganga tengok tv, time makan pandai pulak masuk dapur.. sila malu jadi pompuan okey.. eh! terbebel pulak mak incik.. bukan ape, mak incik pelik tengok sesetengah pompuans tuh.. masa bujang pemalas, dah kawen pon pemalas jugek.. dok dengan mak mentua pun dia buat muke tak malu jer, tak reti tolong kat dapur, orang hidang reti pulak angkat tudung saji.. ishh.. tak paham mak incik!



Ni pon buat hari ke-2 jugak.  Acuan tuh macam lubang besar kot jadi cmni.. tapi takper, tetap jugak sedappp.. eh! puji masakan sendiri pulok.. haha


Gitteww.. ni pon favourite mak incik!


Side elevation roti jala mak incik.. hewhew!


Ni kawan roti jala tadi.. kuah durian.. nyammss! 
Dulu aku rasa cm susah kots nak masak benda cmnih.. sekali dah try, eleyyyhh.. kacang jer!



Roti jala cicah kuah durian.. perghh! memang terbaik oii!
Nak lagi best, potong2 roti jala masuk mangkuk, tuang kuah durian banyak2.. kacau2.. suap sesudu dengan kuah banyak2.. memang heavenlah!


Ni pulak lauk sahur pagi tadi (3rd day).  Daging goreng kunyit.. simple yet nyummmeh! 2 pinggan aku sesah.. haha!


Ni 3rd day's ~ ayam goreng berempah, first time aku buat nie.. tatau la rase camner, jup lagi berbuke ley try.. :)


Layan permintaan anak-anak.. tomyam campur ~ ayam, udang & sotong.. nyamss!


okeh, tu jer.. baiii..