Sunday 20 July 2014

PRAY FOR #MH17.. ALFATIHAH



Innalillah.. Belum habis kesedihan tentang MH370, kita sekali lagi dikejutkan dengan MH17 yang terhempas di Timur Ukraine.  Ya Allah, sayu pilu hati menerima perkhabaran itu awal pagi 17/7/14.  Semua penumpang dan crew seramai 298 orang disahkan terkorban.  Semestinya merobek perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mereka.  Kehilangan orang-orang tersayang secara tiba-tiba dan tak dijangka bukanlah sesuatu yang mudah dihadam hati dan perasaan.  Malah kita yang tak kenal mereka pun turut sama terkesan, inikan pula ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.. so, pleaselah.. tak payahlah memburukkan keadaan dan menambah kesedihan mereka dengan statement-statement dan komen-komen negatif yang langsung tak diperlukan.. mereka perlukan sokongan!


Dalam masa kurang 6 bulan dari tragedi MH370 yang masih kekal misteri, MH17 pula terhempas berkecai.  Ini adalah ujian Allah SWT ke atas kita semuanya, bukan sahaja ahli keluarga mangsa nahas, tetapi ujian ini juga adalah untuk syarikat MAS itu sendiri, kerajaan, juga kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini.  Tak payah pening kepala nak fikir tentang MAS dan kerajaan, mereka tentu ada plan-plan tindakan untuk mengatasi isu ini, tetapi fikirlah tentang peranan kita sebagai rakyat, apa sumbangan kita dalam menghadapi situasi genting yang menyedihkan ini?


Aku rasa sedih dan marah dengan sesetengah orang tu yang sesuka hati meluahkan kata-kata di media sosial.. menghina dan mengkritik sewenang-wenangnya.. tanpa peduli tentang perasaan dan sensitiviti orang lain.  Tolonglah berhenti.  Kalaupun diri tu tak pernah rasa kehilangan, dan rasa diri tu 'kebal' dari diuji.. tak perlulah menambah luka dan beban orang lain.  Tak perlulah tunjuk sangat kebodohan dan kurang ajarnya diri tu di khalayak ramai.  Orang benci tau tak?


Marilah kita berdoa semoga Allah SWT meringankan beban semua yang terlibat dalam tragedi-tragedi MH.  Doakan juga keselamatan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini, semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dari bala-bencana dan mala-petaka.  Semoga Malaysia ini akan terus aman dan makmur untuk kita meneruskan kehidupan bersama insan-insan yang kita sayangi.  


Kepada MAS, ini adalah satu cabaran hebat yang perlu ditangani dengan bijak dan berhemah.  Bukan mudah, tapi kami rakyat Malaysia tetap berbangga dan percaya kepada kaliber dan kemampuan MAS. Buat pertama kali dalam sejarah, satu syarikat penerbangan diuji dengan kehilangan 2 pesawat dalam jangkamasa yang terlalu singkat.  Buktikan kepada dunia yang MAS mampu tanganinya dengan baik.  


Kepada waris-waris mangsa, takziah diucapkan.. bersabar, tabah dan redhalah dengan ketentuan Allah. Pasti ada hikmahnya.  Aku tahu bukan mudah, tapi apa lagi yang mampu kita lakukan sebagai hamba, sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.  Semoga roh mereka tenang dan ditempatkan bersama-sama para solihin.. alfatihah..





Semoga mereka yang bertanggungjawab akan segera dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.  Jika benar pesawat itu ditembak, memang terlalu kejam, tak bertamadun dan sungguh keji perbuatan mereka yang mensasarkan sebuah penerbangan komersil yang membawa ratusan nyawa.  Semoga Allah membalas dengan setimpal atas kehilangan setiap nyawa mereka yang tidak bersalah.  Amin.. 

* images googled



:: Keep on Praying #PRAYFORMH370 #PRAYFORMH17 #PRAYFORGAZA ::

No comments:

Post a Comment