Monday 21 July 2014

GULAI TEMPOYAK AYAM CILI PADI


Hari ni 23 Ramadhan 1435H, begitu cepat masa berputar.. sedar tak sedar.. detik itu kembali dan kita ulangiii.. eh? terfeeling halaman asrama asmara pulak.. :p
hurm.. dah tinggal lagi seminggu je.. anak-anak dah excited nak raya, hari-hari countdown.. yelah, aku dulu masa budak-budak pun gitu jugak.. lagi over kot, siap fitting baju & kasut raya hari-hari kot.. tak cukup tu, tido pun dengan kasut raya.. comel je aku dulu.. tapi tu dululah, zaman kanak-kanak yang terindah.. dah makin dewasa kurang dah rasa excited nak beraya.. lagi-lagi dah ade anak, baju raya sendiri pun dah tak fedulik, yang penting baju raya & keperluan anak-anak didahulukan.. wahh.. mak-mak sungguh dah aku sekarang.. :)

Ramadhan bakal berlalu, semoga dapatlah kita menyempurnakan hari-hari terakhir ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan Sang Pencipta.  Semoga ramadhan ini bukanlah yang terakhir.. 

Oh, Sabtu baru ni (19/7/14), sehening pagi dikejutkan dengan berita pemergian MIL adik aku yang no. 2 di Gurun, Kedah.  So, pukul 4.30am geraklah ke Gurun dengan Mak & Abah.  Aku bawa Aazad je, abang-abang tinggal kat rumah dengan Paksu.  Oleh kerana jenazah dibawa balik ke kampung beliau di Sedaka, Yan, kitorang terus ke sana.. sampai around 7am.  Siap semua urusan pengkebumian almost waktu zohor.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Takziah untuk adik iparku Zatul dan adik-adiknya, semoga tabah dan sabar menghadapi kehilangan ibu tersayang.  Semoga roh ibunya tenang dan ditempatkan bersama para solihin.. innalillahiwa inna ilai hiroji'un.. alfatihah.

Erm.. tajuk entri pasal makanan.. membebel pulak macam-macam.. kalau buat exam dah tentu kena tolah markah sebab keluar tajuk.. haha.. tapi ni belog bukan exam.. so fedulik hapa kann.. 

Okay, ni baru nak story pasal resepi ni.. ekceli aku dah terliur nak try resepi ni sejak aku tengok Siti Nurhaliza masak kat tv beberapa tahun yang lalu.. tudiaaa.. beberapa tahun yang lalu okeh.. hahaha.. teruk beno teringin tapi boleh pendam sampai beberapa tahun.. kau mampu? haha.. ekceli tak pendam sangat pun, aku sesah je gulai tempoyak ikan patin kat Hentian Tapah & Hentian Sg. Perak bila otw-otw tu khennn.. so xdelah mengidam ke hapa.. tu yg boleh tahan bertahun-tahun..

Oleh kerna dah beberapa tahun maka aku pun tak ingat dah apa bahan yang dia guna.. yang aku ingat ada ayam dengan tempoyak je.. so sempena bulan mulia ni, jomlah masak menu idaman sejak bertahun ni untuk berbuka.. dan aku hentam sajalah ikut suka ati bahan-bahan dia.. so, ni resepi aku inspired by Dato Siti okay.. curlasss mak incik! :D

Since durian melambak-lambak sekarang kat kampung aku nih, aku siap-siap mintak mak buat tempoyak, dalam otak geliga memang dah set nak masak benda ni.. so marilah kita memasak.. 

GULAI TEMPOYAK AYAM CILI PADI BLUEHONEY
inspired by Siti Nurhaliza

tajuk resepi macam jenama perfume tak.. hehe..

Bahan-bahan Blend :
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar merah
Kunyit hidup (kalau takde boh je kunyit serbuk)
15 biji cili padi (tak pedas aku buat, next time aku nak boh 30 bijik baru kaww)

Bahan Lainnya..
3 sudu tempoyak
2 batang serai
1 keping asam gelugur (kalau x suka masam tak payah, sebab tempoyak tu dah masam jugak)
Segenggam daun kesum
Ajinomoto (kalau suka)
Garam
Air

Caranya:
1. Masukkan bahan yang dah blend tu dalam periuk, masukkan tempoyak
2.  Gaul bahan blend dengan tempoyak sampai sebati
3.  Masukkan ayam, serai.. gaulkan.. biarkan kejap
4. Tuangkan air, kacau2 sebatikan bahan tadi.. biar mendidih 
5. Masukkan asam gelugur, daun kesum, garam & ajinomoto.. kacau bilaukan 
6. Biar mendidih, rasalah.. eh, puasa takleh rasa.. so agak-agaklah rasa dah ok, ayam dah empuk, kuah dah agak sesuai dengan taste nak pekat ke cair ke.. tutup api.
7. Siap! senang gila masak benda ni rupanya.. haha



Pic step #1



Pic step #2



Pic step #3,4,5,6



Rupa paras Gulai Tempoyak Ayam Cili Padi Bluehoney inspired by Datuk Siti.. heheh



Oh, ada jugak buat kuih buah melaka.. nanti buat separate entry lah.. dah berjela ni.. aku memang suka sangatlah makanan yang sedap yet simple dan senang dimasak.  Memang sedap hoi, semua makan bertambah-tambah kot..  (padahal depa semua kebulur, maklumla puasa khenn..) 
semua tu merujuk kepada adik-adik aku, adik ipar aku dan Adam.. aku je tak tambah nasik sebab rasa dah buletttt je.. haishh.. bulan puasa boleh makin bulett.. apa citta?? Maksudnya aku rajin dan konsisten memasak sepanjang ramadhan.. dan rajin dan konsisten makan banyak jugak.. ujung-ujung pi fitting baju raya saiz L je muat! terus letak balik tak jadi beli.. wut the fishhhhhh??? Last year baju raya saiz S okey.. S!  so, aku assume dat saiz baju kat kedai 1Malaysia tu memang tak ikut standard sangat kot tu yang aku sampai kene pakai saiz L.. tapi seyes, lawa-lawaaaa okey baju kat situ, murah giler lak tu.. baju kurung chiffon sulam2 beading tu tak sampai RM100 kots.. peplum chiffon baru RM68! tapi sebab saiz L tetap tak jadi beli.. takmolah nanti kene kutuk sebab last year S diz year L! nononoooo...!!

eh, emo lak.. terkona lagi terciter pasal baju raya lak.. haha.. so, conclusionnyer lepas ni boleh la masak lagi resepi di atas and maybe boleh ejas2 boh bahan-bahan tambahan yang lain lak supaya kita boleh pakai saiz XL pulak next year.. eh?! :p


#heartfeeling : tetap rasa saiz baju kat kedai tu yang bersalah!



1 comment: