Wednesday 28 January 2015

POPIA GULUNG NESTUM HORLICKS

Salam.. Hi.. :)

Walaupun dah terasa mengantuk.. tapi tetap nak buat entri ni..
Happy sebab berjaya buat popia gulung yang diidamkan.. kulit popia tu dah beli Sabtu lepas, nestum & horlicks beli petang tadi.. kat Mydin Nilai.. first time sampai situ..
Aku bayangkan Mydin tu besarlah cam kat KL tu, rupanya kecik je.. :B

Popia Gulung Nestum ni aku pernah beli few years back kot.. masa aku tu aku still keje kat Amsteel. 
Ada colleague jual masa nak raya kots.. sedap banget rasa.. pastu rasa cam eley, aku boleh buat sendiri ni.. senang je ni.. tapiiiii.. tak jugak terbuat.. sampai malam tadi la tetiba sampai seru dan kerajinan..
gilerlah, nak dapat feel buat popia makan tahun.. sengal! :p

Ok, since aku dah berjaya buat, eloklah diabadikan kat sini.. 
Senang amat jer pun.. dalam sejam dah siap boleh makan!
Kenapalah tak buat dari dulu kan.. huhu!
Benda ni sedap dibuat kudapan sambil2 tengok tv kunyah2 memang wow! sangatlah..
Rangup, ditambah rasa nestum & horlicks tu kan.. kunyah punya kunyah.. sedar2 habis sebalang!
Tapi tu kalau memang suka nestum & horlicks la.. cam incik hubbyku tak suka katanya.. eh! syukur la dia tak suka.. boleh save sikit.. kalau tak mesti cepat abis.. hahaha..
Ok2.. nanti kita buat popia sambal manis pulak ye.. yang tu mesti u suka.. kan.. kan.. :p

Rite.. let's tengok apa bahan and cemana nak buatnya.. 


:: POPIA GULUNG NESTUM + HORLICKS ::

Bahan:
1 pek kulit popia
2 bungkus nestum 3in1
3 sudu horlicks
4 sudu gula halus / gula pasir diblend
1 biji telur untuk gam popia
Minyak masak untuk menggoreng


Caranya:

1. Keluarkan kulit popia dari fridge.. biarkan defrost selama lebih kurang 30 minit.

2. Tarik selapis-selapis kulit popia tu.. ambil selapis gulungkan, nak senang guna lidi / chopstick tau..
yang penting nak jadikan lubang ditengah gulungan tu, supaya bila kita gaul dengan nestum tu nanti dia masuk celah2 tu kan.. tu yang buat dia sedap.. gulung tu jangan terlalu ketat tau.. supaya dia rangup dan lembut bila digoreng.

3. Hujungnya sapu telur.. untuk gam.

Sapu telur untuk gam hujungnya..
4. Jadi sebatang2 cam pic bawah ni.. :)


5. Lepas tu gunting serong2 macam ni..
Dia jadi berlapis dan berongga.. 


Ammar & Adam pun pandai gulung.. lega mama, cepat je siap..
kalau takde assistants mau berjam kat dapur tu.. huhu!
tenkiu kiddos! :)

6. Then gorengkan dengan minyak yang betul2 panas..
kena selalu kacau2.. jaga jangan hangus tau..


7.  Dah garing, angkat dan toskan.. biar sejuk seketika.. 


8. Blend gula pasir & nestum.. 

9.  Tabur bahan blend & horlicks kat popia.. then gaulkan..


10.  Siap! :)


Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupan dan kesedapan popia.


Tu je.. senang kan.. :D

Ok, jom tido.. papai!


Love,
Bluehoney


Monday 26 January 2015

AYAM MASAK KICAP


Salam.. :)

Lunch arini masak ayam kicap.. sebab semalam bawa balik ketupat nona dari majlis birthday FIL.
Konon cam makan ketupat dengan ayam kicap syok kot.. :)
Semalam kekenyangan, banyak food served..
Nanti buatla entry majlis tu.. gambar2 belom siap cilok dari fb & ig SIL.. :B

 Ok, ekceli ayam kicap ni memang feberet ai dari kecik2 dulu..
Best sebab ianya sedap, dan senang dimasak..
Bebudak sekolah pun boleh masak ni..
Tak caya, jom tengok resepi.. :)

Ayam Masak Kicap.. all time fav  :)
:: AYAM MASAK KICAP ~ BLUEHONEY'S STYLE ::

Bahan A:
Ayam ~ potong & bersihkan
Minyak masak
Kicap Lemak Manis
1/2 kiub pati ayam @ ajinomoto
Cili besar merah
Air

Bahan Tumis B:
2 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ ketuk sampai pecah2 lesung bawang tu..
1 biji bawang besar ~ hiris bulat2
1 biji bunga lawang
4 biji cengkih
1 btg kulit kayu manis
Setangkai daun kari

Cara Memasak:
1.  Lumurkan ayam dengan garam & kunyit, panaskan minyak.. 
goreng ayam 3suku masak.. then toskan.
2. Guna 2 sudu minyak, tumiskan bahan B sampai wangi dan kekuningan.. api sederhana je
3.  Masukkan ayam.. gaul2 kejap.. then buh air.. ikutla, if nak berkuah ke nk kering2 ke.. klu nk kuah buh air bnyk sikit.. agak2 la yea..
4.  Masuk kicap.. then kiub pati ayam yg dileraikan.. kalau takde boleh letak sikit ajinomoto
5.  Kacau.. then masukkan cili besar.. biar mendidih..
6.  Test rasa, ok.. siap! :)

Note:  Boleh juga ketuk2 cili api & masuk sekali masa tumis tu kalau suka pedas2..
tapi selalunya i masak tak pedas sebab kiddos makan..

Ermm.. tak sia2 masak, tak sampai petang dah settle da ayam tu.. 
incik hubby makan dengan ketupat nona tu..
ai hepy kalau lauk habis.. tak membazir kan.. :B

Ada lagi satu resepi version yang bubuh cili blend tu..
kadang2 ada masak yang tu.. best jugak, kuah dia jadi cam lagi pekat dan 'berisi' la sikit sebab ada cili blend tu kan.. nanti bebila kita share resepi yang tu pulak..

Ok, tu je.. ai sibuk jual kain satin velentina ni..
Best gila kain dia.. sejuk, ringan, lembut, tak berkedut, tak berbulu..
Maklumla.. gred high quality..
berbaloi2 tau.. buat baju raya sedondon sefamily untuk raya tahun ni..
mesti meletop vouge da vasss sangat!

kalau berminat nak usha2 kain satin tu, 

eh, bukan setakat buat baju kurung je tau, baju melayu, jubah, skirt, blouse, dress.. shawl pon boleh!
takkan nyesal punyalah.. :)

ok, happy cooking & happy cuci mata yea..
kalau berkenan dengan satin gojess tu jgn malu2..
whatsapp je ai 0192039493
cepat2.. banyak yang dah sold out tu.. :)  


Love,
Bluehoney

Sunday 25 January 2015

IKAN CENCARU SUMBAT

Holaa.. :)

Tengahari semalam rasa malas nak masak.. tapi tak masak nak makan apa pulak kan..
Lagipun incik hubby ada di rumah, kena la masak jugak.. 
Tengok fridge, ada ikan jaket beli kat pasar malam ritu.. 
Sentimental value tu ikan jaket.. makanan rutin masa kat uitm dulu..
Dining Seroja 2 punya ikan jeket kuah asam masa tu memang A!

So rasa nak buat ikan jaket sumbat la, feberet ai tu..mintak tolong incik somi melesungbatu segala bahan ikan sumbat.. 
tq hubby! :)

Ikan jaket yang siap disumbat menanti untuk di goreng..

:: IKAN CENCARU SUMBAT ::

Bahan :
Ikan cencaru / ikan jaket belah belakang ~ saiz sederhana/besar, kecik tak best
Kelapa parut
Serai diracik halus
Cili padi
Kunyit hidup / Serbuk kuyit
Garam
Limau Kasturi / Limau nipis

Caranya :
1. Tumbuk serai yang diracik halus bersama cili padi, kunyit dan garam dlm lesung sampai halus.
2. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi..
3.  Gaul rata semua bahan dalam mangkuk kalau lesung tu comel..
4. Perahkan sedikit limau, gaul rata.. 
5.  Sumbat bahan tumbuk tu kat dalam ikan.. belakang & perut ikan tu..
6. Goreng atau panggang je dalam magic pan.. kalau guna magic pan jgn lupa letak minyak sikit supaya ikan garing..
7.  Siap! Makan dengan nasi panas2.. ai kalau makan ni tak payah lauk lain..
Gaul je bahan sumbat tu dengan nasi.. makan tak tengok kiri-kanan dah.. :B

Rupa paras selepas digoreng.. supernyummeh!
 Bahan sumbat ni boleh jugak diguna untuk panggang ikan renik.. 
Ada yang taktau ikan renik tu apa.. dia ikan kecik2 macam ikan bilis.. boleh didapati di hulu Sg. Perak.. nanti bila ada gambar ikan tu ai tepek kat sini k..
Ikan renik tu digaul dgn bahan sumbat, bungkus dgn daun pisang then panggang.. perghh!

Oh, masak sayur lemak jugak.. bebudak suka!
Petola + kubis + tempe je.. kalau ade suhun & fucuk lagi terangkat.. tapi dah takde belasah jelah..

Sayur Masak Lemak Putih
Hmm.. mata ngantuk, badan letih.. tapi tak boleh lena.. tu yg menaip blog..
Lately mcm kerap kena insomnia je aku nih.. pesal ha?

Petang semalam pi Giant dengan CikCupa & kiddos semua.. shopping bahan2 steamboat untuk birthday party berjemaah esok.. 
So, esok pagi nak ke rumah bapak.. cooking2 & prepare ape2 yg patut..
Petang majlisnya tu..

Ok, tetiba blur lak..
Tu je lah..
Bye.. :)

Love,
Bluehoney


Sunday 18 January 2015

New Year di Hospital :: Final

Hola.. :)

Lama pulak tak menaip kat sini.. citer azad masuk ward pun tak abis lagi.. meh la sambung..

~ 4.1.2015 | SUNDAY ~
Nilai Medical Center

Pagi tu tunggu je doktor datang.. sebab macam rasa dah boleh discharge..
Sebelum tu breakfast dulu.. mostly aku order chicken porridge je for breakfast.. :)
ade la sekali je order sandwich..


Then, doktor datang.. tapi tula.. hasil checkup tak berapa ok pulak.. ade whizzy sikit katanya..
so kenalah extend lagi.. plus kena go for physio..




Suka je dia masa pi physio tu.. sedap kena tepuk2 tu kan.. :)

Since jadi camtu kan.. so kena on balik nebulizer, alternate 3 hourly with ventolin & 2 times seretide ~ morning & nite..


Meanwhile, papa dia pun makin teruk lak demam.. so lepas magrib tu cabut jap hantar papa ke panel klinik kat Semarak..

Lepas tu, singgah makan jup..



Then masuk giant jup, cari jajan2.. azad nampak pulak patung minion kat entrance tu..
sibuk suh tangkap gambar dia.. :)





Pastu, balik ward.. tido.. 
Sabar menanti esok.. hope sangat esok boleh discharge..
Dah 4 hari hidup kat spital.. dah teringat pokok2 bunga kat rumah.. 


~ 5.1.2015 | MONDAY ~

Yay! Azad dah boleh discharge! alhamdulillah... :)

Layan je gambar2 ceria budak dah sihat.. :B



Tengok birds..

Omey2 mama..
Suke sgt dia makan benda ni..
Lagi satu Tam~tam..

Tapi biasalah.. nak tunggu clearence apa semua kan.. take time jugak.. tu yg posing je banyak2.. 
and sempat lunch kat ward..
then baru buka line..
Lekk je dia.. sikit pun tak ngilu ke, nangis ke..
I lak yg seramm.. 



Pastu boleh balik.. 
Sebelum tu pi klinik papa lagi.. sambung mc, tak larat lagi nk pi keje..

Sempat main ABC sambil tunggu papa kat klinik..

Then, terus balik je.. takde singgah2 dah.. tetiba rasa penat and nak rest kat umah..
Sampai je terus tengok pokok bunga.. tapi sentap sebab..

After 5 days
Anak2 petunia yang aku semai semua dah mati kering!
uwaaaaa... :'(

Padahal sebelum kene tinggal tu kan, dah cantik da dia tumbuh..
Sedih sgt sebab aku semai dari biji benih tau..

Sebelum kejadian kene tinggal..
Musnah la harapan nak tengok benih petunia membesar.. so kene tunggu pokok berbiji benih lagi la baru boleh semai lagi.. sob..sob..

Petunia 1st yg aku ada.. ni lepas kena gondol ritu.. nmpak dah tumbuh cantik..
nak tunggu berbiji benih yg ni la pulak..
Malam tu masak mi goreng je for dinner.. 


ok, tamat citer 'holiday' kat sepital.. :)


Love,
Bluehoney

Wednesday 7 January 2015

New Year di Hospital :: #Day3

Hola.. :)

Sambung citer 'holiday' kat spital..

~ 3.1.2015 | SATURDAY ~
Nilai Medical Center

Hari ke-3, kiddies semua kat sini.. walaupun malam tadi tido berhimpit2 dorang ok je.. sebab wheather kat luar pun mendung, plus aircond kat bilik pun melampau sejuk.. kes tak reti nak adjust temperature.. sophisticated sangat ekon pun.. sampai tak retilah.. hahaha

Pagi tu anak-anak breakfast kat bilik je.. chicken porridge kot.. papa depa lesap, kedai mamak kot.. puas main, tengok tv.. pastu main ejas2 katil yang sophisticated jugak tu kan.. abis la dorang try semua button remote katil tu.. lepas tu ajak turun pi kedai pulak.. ok la, aku pun tak breakfast lagi, boleh pi cafe sekali.. so 10ish am gitu turun bawah..

Baju PJ skb4 depa buat jadi pyjamas :B
Ajak makan masing2 taknak, beli pau je.. tapi time nak makan tengok pau tu keras semacam je, sejuk pulak tu.. pi nak tukar yang lain, rupanya memang dorang lupa nak on peti pau tu.. patut la!
So, tukar pau dengan choc moist cake.. aku makan kotiaw.. milo ais wajib. :B
Tetiba semua hilang pakat pi main kat mini garden sebelah cafe tu.. 
Tinggal ai sensorang makan kotiaw secara slowmo dan sopan sekali.. :p

Lekk je tak mandi lepak cafe.. huhu
Puas main kat luar tu, naik atas balik.. mandi.
Memang mandi lambat sebab sejukkkk sgt, walaupun ade hot shower tetap takut nak mandi.

Rutin Aazad every 6 hours..
Lunch Time..



Petang tu hujan lebat..

Rain heavily outside..

3 beradik menikmati hujan..
Layan Ironman jup..



Ironman kemana depa kemana.. zzzZZzzz..


Petang tu FIL & family datang melawat.. Siap bawa ayam rendang & mi goreng lagi..
Aku nampak makcik post kat fb gambar ayam rendang.. terliooo wei!
Bila bapak call cakap nak datang terus aku dengan tak malunya mintak bapak bawa ayam rendang tu.. hehee.. 
Makan dengan roti gardenia.. thorrbaekkk!

Rendang ayam kampung..
mcm kunyah chewing gum, facial exercise.. rahsia kejelitaan.. :p
Lepas sejam berborak sambil aku layan keenakan roti cicah rendang, bapak pun nak balik dah..
Ammar & Adam pun tetiba nak ikut atoknya balik..
Mula la si kecik tu monyok, sedih abang2 nak balik..
"nape abang nak balikkk? atad nak itot abang.. nanti atad nak main dengan sape?"
huhu.. cian dia.. pujuklah cakap esok je azad dah boleh balik.. 
memang masa tu rasa cam esok tu dah boleh balik dah.. sebab tengok azad cam dah ok je..

The 5A.. Adam, Ammar, Aazad, Amirul, Ayuni
Atok Diran & Nenek Umi
Thanks for the visit & the nyummy rendang.. :D
Lepas hantar dorang kat bawah.. sesi pujuk si kecik la pulak..
Ajak pi kedai la beli jajan..

Jumpa pokok krismas ni, suh posing.. 


Muka monyok, pandang ke lain.. tangan tetap 'peace!'
kuikui

Naik atas.. sambung main sorang2.. heheh



Dinner malam tu.. 


Tambah dengan kuah rendang.. sodaplah..
Erm.. for me food kat NMC ni kalah dengan food kat Columbia..
But other than that, semua best.. doc, nurse, staff, facilities, cleanliness, service.. semua A!

ok, nanti sambung lagi cerita day4 & 5.. 

Love,
Bluehoney