Sunday 25 January 2015

IKAN CENCARU SUMBAT

Holaa.. :)

Tengahari semalam rasa malas nak masak.. tapi tak masak nak makan apa pulak kan..
Lagipun incik hubby ada di rumah, kena la masak jugak.. 
Tengok fridge, ada ikan jaket beli kat pasar malam ritu.. 
Sentimental value tu ikan jaket.. makanan rutin masa kat uitm dulu..
Dining Seroja 2 punya ikan jeket kuah asam masa tu memang A!

So rasa nak buat ikan jaket sumbat la, feberet ai tu..mintak tolong incik somi melesungbatu segala bahan ikan sumbat.. 
tq hubby! :)

Ikan jaket yang siap disumbat menanti untuk di goreng..

:: IKAN CENCARU SUMBAT ::

Bahan :
Ikan cencaru / ikan jaket belah belakang ~ saiz sederhana/besar, kecik tak best
Kelapa parut
Serai diracik halus
Cili padi
Kunyit hidup / Serbuk kuyit
Garam
Limau Kasturi / Limau nipis

Caranya :
1. Tumbuk serai yang diracik halus bersama cili padi, kunyit dan garam dlm lesung sampai halus.
2. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi..
3.  Gaul rata semua bahan dalam mangkuk kalau lesung tu comel..
4. Perahkan sedikit limau, gaul rata.. 
5.  Sumbat bahan tumbuk tu kat dalam ikan.. belakang & perut ikan tu..
6. Goreng atau panggang je dalam magic pan.. kalau guna magic pan jgn lupa letak minyak sikit supaya ikan garing..
7.  Siap! Makan dengan nasi panas2.. ai kalau makan ni tak payah lauk lain..
Gaul je bahan sumbat tu dengan nasi.. makan tak tengok kiri-kanan dah.. :B

Rupa paras selepas digoreng.. supernyummeh!
 Bahan sumbat ni boleh jugak diguna untuk panggang ikan renik.. 
Ada yang taktau ikan renik tu apa.. dia ikan kecik2 macam ikan bilis.. boleh didapati di hulu Sg. Perak.. nanti bila ada gambar ikan tu ai tepek kat sini k..
Ikan renik tu digaul dgn bahan sumbat, bungkus dgn daun pisang then panggang.. perghh!

Oh, masak sayur lemak jugak.. bebudak suka!
Petola + kubis + tempe je.. kalau ade suhun & fucuk lagi terangkat.. tapi dah takde belasah jelah..

Sayur Masak Lemak Putih
Hmm.. mata ngantuk, badan letih.. tapi tak boleh lena.. tu yg menaip blog..
Lately mcm kerap kena insomnia je aku nih.. pesal ha?

Petang semalam pi Giant dengan CikCupa & kiddos semua.. shopping bahan2 steamboat untuk birthday party berjemaah esok.. 
So, esok pagi nak ke rumah bapak.. cooking2 & prepare ape2 yg patut..
Petang majlisnya tu..

Ok, tetiba blur lak..
Tu je lah..
Bye.. :)

Love,
Bluehoney


No comments:

Post a Comment