Saturday 3 January 2015

New Year di Hospital :: #Day1 & 2

Salam.. Holaa.. :)

Kita bersiaran dari kamar sepital yang sejuk nyaman menyegarkan.. :B

~ 1.1.2015 | THURSDAY ~
ER Hospital Banting

Hari pertama tahun baru 2015 aku 'dihadiahkan percutian' bermalam di kamar hospital..
Kisah bermula bila malam new year eve tu dia start semput2.. malam tu pukul 2ish am camtuh aku dengar nafas dia whizzing kuat.. aku pun kejut & bagi inhaler.. lepas tu ok, dia tidur nyenyak sampai pagi takde whizzing dah.. 

Bangun pagi pun still ok lagi.. tapi dia takde selera, bagi susu 6oz dia minum 2oz je.. taknak makan langsung.. menjelang tengahari makin lembik je aku tengok.. bagi inhaler sedas lagi sementara aku bersiap nak bawa dia pi ER Hospital Banting.. masa tu Aazad dah diam terbaring je, takde main2 dah dengan abang2 dia.. kesian.. aku fetch Ammar & Adam ke rumah atok, tapi masa tu atok & nenek pun takde kat rumah.. atok pi dialisis, nenek pi keje.. Ammar Adam stay je dengan Akim, Amirul & Ayuni.. dorang dah pandai berdikari, so boleh la setakat nak tinggal kejap2 tu kan.. aku ke hospital berdua dengan Aazad.. MrPapa work..

Sepanjang jalan tu Aazad baring je kat seat belakang.. aku drive agak laju tapi berhati2.. yelah, ni consider emergency kan.. tapi bila sampai kat simpang masuk sepital tuh boleh pulak kereta berderet di laluan bertentangan sebab tunggu traffic light, tapi kat simpang tu petak kuning.. pun ada drivers yang tak reti undang2 jlnraya dok masuk que dalam tu.. terpaksalah kereta2 yang nak masuk ke hospital tunggu sampai laluan sebelah tu gerak bila lampu hijau.. 


Ni la gambar yang aku snap sebab tunggu lama kan, sempat je aku capai fon jadi mamarazzi.. mamat dalam kete merah tu usha je aku snap gambar ni, lantak la sape suruh ko takde sivik! 
Ni pun aku cover no plate ko.. 

Menyampah la dengan orang2 takde sivik ni.. dah la tu simpang masuk Emergency Department.. orang2 yang emergency terpaksa lak tunggu lama sebab depa ni block.. pleaselah.. ko duduk dalam petak kuning tu pun tak kemana, tetap kena tunggu traffic light turn green baru ko bleh gerak pun.. haishh!! geram tau..!!


Sampai ER around 2pm.. Seperti biasa, kes asma.. register, bayar RM1 terus masuk untuk neb.. ni first round neb.. ok lagi boleh ajak selfie.. mood pun ok lagi.. :)
Check body temperature 37.4.. ok, tak demam.
Tapi bila abis neb, incik paramedic tu check cakap x ok lagi.. still whizzing & oxygen level x ok.. kena 2nd round.. 


masa 2nd round da start moody, "azad pening la.. azad ngantuk la.. azad penat la.."
ulang2.. aku baringkan kat riba.. jap2 nak air.. jap2 nak air.. ulang2 minum air milo dalam tin..
tapi yelah memang lemau, lapar, dahaga.. dari pagi tak makan minum kan..
Lepas tu muntah2 pulak.. keluar balik milo + kahak.. but it's ok, muntah ni elok untuk clearkan dada.. then paramedic check lagi, still tak ok.. so, kena buat x-ray.. otw nak ke xray lab tu, muntah lagi kat longkang.. kesian, sampai lembik la.. :'(


Ni masa tunggu nak xray.. dah taknak duduk dah.. 


Lepas bagi filem xray tu kat ER, dorang suruh rest.. masa tu around 5pm.. so aku letak kat katil.. lama jugak rest ni, sampai 6ish pm camtuh.. xray result nampak ada dotted kecik kat paru2.. so, kena ambil blood sample utk confirm ada jangkitan ke tak.. ok, cucuk.. ambil darah and masuk ubat kat line tu.  Body temperature pulak dah naik ke 38.sth.. dah demam pulak, so masuk ubat bontot.. then doktor tu suruh neb lagi sekali.. kalau clear boleh balik.. pi neb lagi for 3rd round.

Lepas 3rd neb check, still tak ok.. walaupun blood test menunjukkan takde infections.
Doktor recommend admit ward.  Ok, tapi aku nak admit kat private je.. so sign la borang taknak masuk ward tu.. tapi still doktor bagi prescription, then ambil ubat kat farmasi.. lepas tu g mcD, lapar gila.. makan sambil tunggu MrP datang.. tunggu punya tunggu dah abis burger sebiji timbul2.. Azad plak aku nak suap porridge, tapi dia taknak makan pulak.. tido je kat kerusi.. fon plak bateri abis.. powerbank tak bawa.. baru nak gerak tetiba MrP timbul pulak.. so sambung lepak mcD, sambil contact2 hospital tanya bed availability & insurance per semua.. dah confirm dengan hospital gerak balik, packing2.. pastu gerak ke hospital pulak..


~ 2.1.2015 | FRIDAY ~
Nilai Medical Center

Kali ni admission kat Nilai Medical Center.. sebab dekat.  Sebelum2 ni beberapa kali admitted kat Columbia Asia Bukit Rimau.. tapi sebab sekarang NMC pun dah masuk panel, so ke sini jelah.. dekat.  2 bulan lepas pun hubby admitted sini, dia cakap ok..

Dpt toiletries bag & calendar upon admission
Lepas registration, tunggu itu ini.. sambil tu Azad kena neb seround..


Then buat iv line lagi kat tangan kanan pulak.. tapi kali ni langsung tak nangis pun.. lekkk je dia.. Aazad good boy!
Tungtang2 1ish am baru masuk bilik.. tengok eh, bilik 4 bedded.. emm, blasah je la, dah penat ngantuk semua ada dah nih.. aku pulak bila penat pun susah gak nak lelap.. bila nak lelap je nurse pulak datang bagi neb, masuk ubat.. last2 4ish am gitu baru tido.. pukul 6 nurse datang lagi..
tido la on-off tido2 ayam gitu..

Hari ni Azad still on neb every 6 hours, antibiotik & paracetamol.. 
Dia ok je takde nangis ke apa.. dah tak demam, tak whizzing.. alhamdulillah..

Tengahari Cik Cupa sekeluarga datang melawat Aazad.. riuh-rendah la jadinya.. haha..
Tu pun nasib baik Ammar & Adam takde.. kalau tak mesti lagi riuh.. bukan riuh-rendah, mau jadi riuh-tinggi kot.. :p

Baru tengah susun jari nak buat 'peace' dah kene snap.. :B
Izzman & Izzara peratiiii je..

Aazad , Izzman , Dafi
Gambar cilok dari fb cikcupa..
cikpikie cam iklan gigi je.. :p
Then around 4ish pm camtuh nurse datang ajak pindah ke 2 bedded room.. eh, takde request pun?
Oh, rupanya semalam 2 bedded takde kosong, now dah ada so depa suruh pindah.. ok, jom pindah.. :)

New Room.. 302B
Pindah rupanya bilik sebelah jer pun.. huhu.. longgok je semua beg & barang2 atas katil, pindah dengan katil sekali.. :)

Pilih dok tepi tingkap, boleh cuci mata sikit...

View from the window.. nampak Nilai International School yang sepi sebab cuti lagi kan..
and greeneries.. tenang je..

Petang tu MrPapa balik tengok Ammar & Adam kat rumah atok.. and bring them here tonite..
jom tido ramai2 kat ward malam nanti..
Meanwhile, aku ngan Aazad lek2 je la.. makan2 jajan sambil tengok tv.. layan youtube & such..

Aazad dengan TamTamn tengok kartun..

Mine.. kerepek pedas.. sedap ni!
Eh, tengok ada lak gambar ni dlm gallery.. azad candid.. :)

Okay, dinner pun dah sampai.. jom makan!

Spagetti Bolognise

Ini budak taknak disuap.. eksyen nak makan sendiri.. 
Nampak berselera je dia makan.. alhamdulillah..
Tapi lepas 5 suap je cakap "azad rasa tak sedap la, mama masak lagi sedap.."
alasan nak stop makan sebab nak main games.. uhuu..
aku bagi games & suap lagi.. makan la 2-3 sudu.. pastu dah taknak..
Sebab taknak membazir, aku makan.. tapi tak abis jugak.. memang betul aku masak lagi sedap kot? hahaha :p

Malam tu acara tido beramai2 kat ward.. :)

eleleee.. azad buat2 tido.. senyum2 pulak.. :B

Kitorg dah ambil bed chair katil sebelah sebab takde orang kan.. boleh pulak tetengah malam ade orang masuk.. so pulangkan bed chair tu.. tido la berhimpit dengan 1 katil & 1 bed chair.. last2 dah dekat subuh kot papa depa lari pi tido dalam kereta.. huhu

Gitu ler kisahnya hari pertama & ke-2 di tahun baru.. semoga tabah menghadapi ujian2 yang akan tiba lepas2 ni.. semoga dipermudahkan urusan.. diringankan ujian.. ditabahkan hati.. 
semoga semuanya yang terbaik untuk kita..
Amin..


Love,
Bluehoney

No comments:

Post a Comment