Tuesday 25 November 2014

SI CANTIK DARI LAMAN BONDA ~ PART 2


Hola.. :)

Lagi kisah si cantik dari laman bondaku.. yelah sebab sekarang aku kat kampung kan, so citer laman bonda laa.. nanti giliran laman sendiri pulak yew.. mihmih..

Alkisah pasal Ros Jepun pulak.. aku panggil Bunga Pukul 10 jer.. tetiba bunga ni jadi glamour dan nama pun depa tukar.. macam orang jugakla, bila dah glamour nama harusss tukar..  eh, ke memang nama dia Ros Jepun sejak azali tapi aku je yang taktau.. mihmih.. 

Seingat aku minat terhadap Bunga Pukul 10 a.k.a Japanese Rose ni bermula since aku di sekolah rendah lagi.. Masa tu arwah Tok Lat aku yang suka tanam pokok ni.. syoknya Ros Jepun ni senang ditanam dan dijaga.. :)

Tetiba sekarang jadi musim rakyat Malaysia dok gila tanam pokok ni.. kat fb siap ada group.. aku pun join sekaki.. tengok ada macam-macam jenis dan warna koleksi dorang.. vavava.. teruja nak tambah koleksi jugak.. kat group tu siap ada urusniaga keratan batang jugak tau.. dasyat jugak ye.. hati ni melonjak jugak rasa nak beli warna-warna baru.. dulu-dulu main mintak-mintak je kat jiran-jiran, sekarang pokok ni pun jadi duit uols.. jangan taktau.. :D

Since tengah musim kan, aku pun nak jugaklah up entry koleksi Ros Jepun dari laman mak aku.. tapi semua ditanam atas tanah/pasu je.. sekarang trend pasu gantung kan.. jurai-jurai dengan bunga colourful.. memang wow! =B

Let's cuci mata.. 








Best jer tengok dia berkembang.. seriously, jadi tenang tengok keindahan bunga-bunga comel ni.. :D


Let's kongsi cara-cara tanam dan jaga RJ nie.. ni cara akulah, ada juga orang tanam guna biji benih.. tapi aku guna keratan batang je.. lebih mudah dan cepat nampak hasil.. oh, nak cepat aje.. :p
  1. Sediakan tanah, kalau dok kampung kan.. ambil je tanah tempat kita bakar sampah tu.. tanah tu subur, sesuai buat tanam2.. orang bandar kenalah beli tanah dari nursery / giant / tesco etc.. :B
  2. Masukkan tanah dalam pasu / bekas / tayar buruk .. atau boleh je tanam terus atas tanah..
  3. Siram tanah tu, then boleh la cucuk2 keratan batang RJ.. 
  4. Make sure dia kena cahaya matahari.. RJ akan berbunga lebat kalau kena direct sunlight..
  5. Siramlah sehari sekali dalam seminggu dua lepas semai tu.. then bila dah tumbuh membiak, kalau malas 2-3 kali sehari pun boleh.. RJ ni takde hal punya.. tapi kalau musim kemarau tu kena jugalah siram.. kesian dia dahaga.. mihmih..
  6. Make sure air tak bertakung, sebab batang dia boleh membusuk dan mati kalau terlebih air..
  7. Bolehla bagi baja kalau ada.. tapi sepanjang aku berkecimpung dalam arena penanaman RJ ni, memang tak penah bubuh baja pun.. siram air basuh ikan ke, air beras pun dah ok dah.. 
  8. Kadang-kadang pokok mungkin akan terkena serangan haiwan perosak / penyakit like siput, belalang, bena (putih2 kat batang).. guna je aerosol spray water based (H2O) to get rid of those haiwan.. 
Okey, jom meriahkan laman kita dengan Rose Jepun.. Happy Gardening! :D


Monday 24 November 2014

SPORTS DAY SKB4 2014

21/10/2014 | TUESDAY

Sports Day SK Batu 4.. Tapi mama tak dapat attend sebab masa tu ada kat Banting jadi driver papa ulang alik ke NCI, follow up treatment lutut..  Sorry ye anak-anak di atas ketidakhadiran mama..

So, ada la beberapa ketoi gambar masa hari kejadian.. diambil dari enfon tokwan.. tokwan & maktok la yang hadir untuk beri sokongan moral kat anak-anak.. :D

Ammar & Adam ada masuk acara sukaneka.. tapi tokwan tak sempat nak tangkap gambar.. takpelah..








Oppss! ni bukan Ammar & Adam ye.. ni anak-anak 'original people' atau lebih dikenali sebagai orang asli.. anyway.. comels jugak dorg kan..? =B

Love,
Mama

Sunday 23 November 2014

SI CANTIK DARI LAMAN BONDA


Hola,

Tenang jiwa raga bila mata melihat keindahan ciptaan Tuhan.. 
Minat berkebun atau tanam pokok bunga ni diwarisi dari bondaku.. Antara hobi yang masih aktiflah kiranya.. kalau masa kecik-kecik dulu hobi mengumpul stem.. heheee.. budak sekolah, asal cikgu tanya je hobi apa? mesti jawab mengumpul stem.. padahal stem ada 4 lai je pon..  ;p

Minat tanam pokok bunga ni bermula since darjah 6 lagi.. masa tu pandai tanam pokok Bunga Pukul 10 je, sebab senang.. cucuk-cucuk, tetiba merimbun cantik je.. Tapi sekarang pokok tu dorang panggil 'Japanese Rose' atau 'Ros Jepun'.  Maybe sebab rupa paras bunganya yang ala-ala bunga rose, tapi sebab dia kecik-kecik terus dapat nama Japanese Rose.. asal kecik ketot je terus Japanese.. tetiba je jepun dapat nama, padahal takde kena mengena.. sigh.. Tapi sekarang tengah musim Ros Jepun kan.. sana-sini pakat gila tanam pokok tu.. juga musim Petunia dan Vinca.  Siap ada group kat fb.. aku pun terbabit join.. sebab memang aku gila Ros Jepun sejak dulu lagi.. Petunia dan Vinca baru sibuk nak gila sebab tengok orang ramai gila.. aku pon join the club la.. =B

Ni antara koleksi bunga dari laman bondaku di Gerik.. Aku adore gila bunga kekwa kuning ni.. menjadi sungguh.. Tapi aku belum pernah tanam.. dah booked anak benih dah.. lepas ni boleh try.. Mak cakap tuang air basuh ikan je, tak guna baja pun.. vavavaaaaa... kagum!



Ni pulak koleksi bunga raya.. asal dari Cameron Highlands.. aku beli anak benih pokok ni ketot-ketot je.. bagi Mak suruh tanam, sebab tak confident dengan tangan sendiri.. sekali tengok wow sangat!
Teruja terus mintak benih dari Mak pulak.. nak try tanam jugak..

Kisah masa beli anak benih, aku diattended by aBangla..

Aku : Bai, saya nak 4 pokok, lain-lain warna okey..
aBangla : Wokey-wokey.. (sambil dia capai 4 pasu kecik-kecik berisi anak benih pokok lalu masukkan dalam plastic bag)
Aku : Eh, lajunya u ambil.. betul ke tu lain-lain kaler tu..? (sangsi dengan ketangkasan aBangla mencapai pasu-pasu pokok tersebut)
aBangla : Betul la adeyyy.. ini pokok sumua saya yang kasi tanam, saya kinal la dia punya kaler.. :)
Aku : Haa.. ok2.. baiklah.. tenkiu2.. :D


Like seriously, aku tengok pokok-pokok tu semua sama jer.. sebab semua ketot-ketot dan berdaun sehelai dua jer.. still dalam hati berkata-kata "betoi ke aBangla ni, yeye je lain kaler" tetap nak sangsi. ishhh.. bila dah tengok hasil ni baru percaya pada kemampuan aBangla tersebut.  so tabik spring sama itu aBangla.. toingggggg2!


Oh, kalau nak senang beli jer pokok yang dah besar siap dah berbunga, yang tu kompom puas ati nampak bunga seketoi-seketoi dah.. balik tinggal alih pasu je.. tapi kalau setakat kereta boot kecik tak payahlah.. huhuuu.. So tabik spring jugak to my Mak sebab berjaya menanam anak-anak pokok ketot sampai berbunga indah seperti di bawah.. toingggggg2!



Berseri-seri si kuning nie.. 



Si manis merah berlapis-lapis..



Pinky yang ayu..



Si Merah Si Kuning.. gojess!



Mabeless! Mabelesss! Semuanya kembang lebar-lebar.. lagi lebar dari tapak tangan aku.. :)
Semangatlah nak tambah koleksi.. bebila nanti pi CH lagi wajib pi jumpa aBangla and minta dia pilihkan warna-warna lain pulak.. hehe.. Ni dah aim kaler coklat kat umah mak mentua adik kat Gurun.. kat sana ada beberapa kaler jugak yang gojes2.. dah mintak benih dah tapi tak sempat lagi nak pi amek.. :)

Ok, lepas ni nak buat entry Ros Jepun pulak.. mihmih.. =B

KEM ANAK SOLEH 2014

15/11/2014 | SABTU

Ni first time Ammar joined kem.  Dia excited sangatlah, started from bawa balik form memang dah excited sangat dah.. maklumlah first time nk join aktiviti macam ni.  Bila dia bawa balik form and ask for permission mama memang takde bantahan untuk izinkan dia sertai kem tu.  Sedikit sebanyak mesti ada ilmu dan kebaikan yang dipelajari nanti kan.. :)

Oh, kem ni anjuran SRAR Al-Islahiah, sekolah agama Ammar dan Adam.  Tapi Adam tak join sebab kem hanya untuk pelajar darjah 3 & 4 sahaja.

So, tibalah hari yang dinanti.. lupa plak nak snap-snap gambar pagi masa hantar Ammar pagi tu.  Ni lah schedule kem tersebut..


Kem sehari je, dari pagi sampai malam.. takde bermalam untuk qiamulail ke apa.  Yuran RM40, disponsor seikhlas hati oleh Paklang Idin.  Thanks Paklang! :)

Lepas hantar Ammar, mama, Adam & Aazad pun baliklah.. so memang takdelah gambar-gambar seharian aktiviti kat kem.  Bila malam menjelma barulah ada sikit-sikit gambar sebab ada slot bersama parents, slot 'Tautan Kasih'.  

Bila masuk je surau venue slot Tautan Kasih tu.. Aazad terus berlari join Ammar dan kawan-kawan.  Selamba je dia.. hehee..


Slot Tautan Kasih ni more to nak bagi anak-anak sedar kasih-sayang dan pengorbanan parents kat dorang.. ada sikit-sikit talk dan video dari penceramah..




Gitulah ringkasan slot.. ada juga acara penyampaian hadiah untuk kategori-kategori tertentu, eg. Group Paling Aktif, Group Paling Kreatif, etc.. Tapi hakikatnya ada 4 groups, semua dapat hadiah.. =B Hadiah jajan-jajan & eraser bentuk kacang! Sajalah buat suka-suka.. =B  <---- tayang gigi kapak sikit!


Tangkap gambar kenangan bersama Abi dan kawan-kawan rapat.. Ustaz penceramah suruh anak-anak tu panggil dia 'Abi'.. so sweet.. Abi ore kelate.. :)


Ucapan penutup oleh Guru Besar SRAR Al-Islahiah dan invitation to a light supper.. kira supper la kan sebab dah pukul 11 lebih malam.. 


Dorang tengah agihkan hadiah.. group Bintang menang group paling ceria.. weee weeee.. ceria kan.. =B

Then proceed ke jamuan ringan.. Sebenarnya tak ringan sangat pun, ada mi goreng daging & udang besar-besar.. and nasi berlauk pun ada.. memang delicious & nyummiehhh.. yang bestnya, bukan katering.. hasil usahasama masak-memasak oleh para ustazah SRAR tu tau.. berkat makan air tangan ustazah-ustazah  yang bertungkus-lumus memasak sepanjang kem.. terima kasih ustazah-ustazah! :D




Berselera kiddos makan, walaupun dah tengah malam.. siap ustazah bagi tapau mi goreng sebab banyak lebih.. dah malam, so ada parents yang ambil anak terus balik je..


Oh, antara aktiviti masa kem tu, anak-anak diminta buat kad untuk parents.. and ni yang Ammar buat.. :)




So touching.. =')
Mama pun sayang Ammar sangat-sangat..
Begitu juga kasih sayang mama untuk Adam & Aazad..
Sayang kamu semua dunia akhirat..

so, mama nak dedicate lagu ni untuk bintang-bintang hati mama..




Oh, Hari Anugerah Cemerlang SRAR Al-Islahiah dipostpone ke Januari.. Ammar & Adam akan berpindah balik ke Selangor pada sesi 2015.  So, mungkin tak dapat attend ke hari anugerah tersebut nanti.  Mama dah wakilkan kat Ustazah Ramlah untuk ambil hadiah bagi pihak Ammar & Adam nanti.. 

Semoga anak-anak mama akan terus cemerlang dalam akademik, koku & akhlak.. amin.

Love, 
Mama


Thursday 20 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKB4


12/11/2014 | RABU | 2.30PM

Hari Anugerah Cemerlang SK Batu 4, Gerik.. Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan rezeki untuk menjadi tetamu pada hari bersejarah tersebut.  Kedua-dua puteraku antara pelajar-pelajar yang diraikan di dewan indah itu.  Walau terlalu banyak dugaan sepanjang sesi persekolahan 2014 ini, namun permata-permata hatiku masih mampu mengekalkan kecemerlangan dalam akademik.  Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu.. Semoga anak-anakku akan terus cemerlang dan membesar menjadi hamba-hambaMu yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. amin.

Hari itu, biasalah dimulakan dengan bacaan doa, then ucapan-ucapan dari guru besar, pengerusi PIBG & ucapan perasmian.  Then, persembahan nasyid.. dengarnya kumpulan nasyid sekolah ni ialah juara di peringkat negeri.. memang bestlah, especially yang tukang pukul gendang tu.. :)

Terkenang pulak zaman aku di SRK Mahkota Sari dulu.. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, every year tak missed naik pentas terima hadiah, and ada jugak join buat persembahan.. memang antara kenangan terindah.. :)


Persembahan nasyid yang mantap.. :)

Then, diteruskan acara penyampaian hadiah dan diselang-selikan dengan persembahan daripada murid-murid.. tapi takde pulak tangkap gambar persembahan-persembahan semua.. Gambar Ammar dan Adam naik pentas ambil hadiah pun snap dari jauh.. then crop.. mmg tak berapa cantiklah gambarnya.. tapi bolehla drp takde.. :)

Adam.. nape nampak ketot je yea? hehe..

Ammar.. tak sempat nak pose cantik-cantik.. huhu



Semoga akan lebih berjaya di tahun-tahun mendatang..

Buah hati..

Kesayangan..


Habis acara dalam dewan, let's posing2 sekitar kawasan sekolah.. buat kenangan.. :)


With Una & Kakak Una.. tengoklah Aazad tu, happy sgt.. dia ckp "nanti Aazad pun nak belajar pandai2, cikgu bagi adiah kat Aazad.." yelah nak.. :D

Kemain malu2 susahnye nak suruh posing sama2.. padahal sedara merangkap classmates.. huhu

Syabas mera betaaaa...

Auntie Guard ni fan Adam.. suka sangat dia dengan Adam.. Adam pulak malu2 la.. tengok tu dia ajak posing sama2.. heeee..


Auntie ni memang aku kenal sejak aku sekolah rendah.  Naik bas sekolah auntie ni la dulu.. dia memang baik & ramah-tamah orangnya.. :)

Bergambar kenangan bersama auntie guard.. :)


Adam malu2 sebab auntie tu dok usik2 dia.. theehehee..

Tahniah anak-anak mama.. mama bangga dengan kamu berdua.. jangan penat berusaha yea, doa mama sentiasa bersama kalian.. maafkan mama atas kekurangan mama sebagai ibu.. Kita sama-sama usaha menjadi yang terbaik utk each other yea.. Mama sayang kamu semua!

Love,
Mama