Sunday 23 November 2014

SI CANTIK DARI LAMAN BONDA


Hola,

Tenang jiwa raga bila mata melihat keindahan ciptaan Tuhan.. 
Minat berkebun atau tanam pokok bunga ni diwarisi dari bondaku.. Antara hobi yang masih aktiflah kiranya.. kalau masa kecik-kecik dulu hobi mengumpul stem.. heheee.. budak sekolah, asal cikgu tanya je hobi apa? mesti jawab mengumpul stem.. padahal stem ada 4 lai je pon..  ;p

Minat tanam pokok bunga ni bermula since darjah 6 lagi.. masa tu pandai tanam pokok Bunga Pukul 10 je, sebab senang.. cucuk-cucuk, tetiba merimbun cantik je.. Tapi sekarang pokok tu dorang panggil 'Japanese Rose' atau 'Ros Jepun'.  Maybe sebab rupa paras bunganya yang ala-ala bunga rose, tapi sebab dia kecik-kecik terus dapat nama Japanese Rose.. asal kecik ketot je terus Japanese.. tetiba je jepun dapat nama, padahal takde kena mengena.. sigh.. Tapi sekarang tengah musim Ros Jepun kan.. sana-sini pakat gila tanam pokok tu.. juga musim Petunia dan Vinca.  Siap ada group kat fb.. aku pun terbabit join.. sebab memang aku gila Ros Jepun sejak dulu lagi.. Petunia dan Vinca baru sibuk nak gila sebab tengok orang ramai gila.. aku pon join the club la.. =B

Ni antara koleksi bunga dari laman bondaku di Gerik.. Aku adore gila bunga kekwa kuning ni.. menjadi sungguh.. Tapi aku belum pernah tanam.. dah booked anak benih dah.. lepas ni boleh try.. Mak cakap tuang air basuh ikan je, tak guna baja pun.. vavavaaaaa... kagum!



Ni pulak koleksi bunga raya.. asal dari Cameron Highlands.. aku beli anak benih pokok ni ketot-ketot je.. bagi Mak suruh tanam, sebab tak confident dengan tangan sendiri.. sekali tengok wow sangat!
Teruja terus mintak benih dari Mak pulak.. nak try tanam jugak..

Kisah masa beli anak benih, aku diattended by aBangla..

Aku : Bai, saya nak 4 pokok, lain-lain warna okey..
aBangla : Wokey-wokey.. (sambil dia capai 4 pasu kecik-kecik berisi anak benih pokok lalu masukkan dalam plastic bag)
Aku : Eh, lajunya u ambil.. betul ke tu lain-lain kaler tu..? (sangsi dengan ketangkasan aBangla mencapai pasu-pasu pokok tersebut)
aBangla : Betul la adeyyy.. ini pokok sumua saya yang kasi tanam, saya kinal la dia punya kaler.. :)
Aku : Haa.. ok2.. baiklah.. tenkiu2.. :D


Like seriously, aku tengok pokok-pokok tu semua sama jer.. sebab semua ketot-ketot dan berdaun sehelai dua jer.. still dalam hati berkata-kata "betoi ke aBangla ni, yeye je lain kaler" tetap nak sangsi. ishhh.. bila dah tengok hasil ni baru percaya pada kemampuan aBangla tersebut.  so tabik spring sama itu aBangla.. toingggggg2!


Oh, kalau nak senang beli jer pokok yang dah besar siap dah berbunga, yang tu kompom puas ati nampak bunga seketoi-seketoi dah.. balik tinggal alih pasu je.. tapi kalau setakat kereta boot kecik tak payahlah.. huhuuu.. So tabik spring jugak to my Mak sebab berjaya menanam anak-anak pokok ketot sampai berbunga indah seperti di bawah.. toingggggg2!



Berseri-seri si kuning nie.. 



Si manis merah berlapis-lapis..



Pinky yang ayu..



Si Merah Si Kuning.. gojess!



Mabeless! Mabelesss! Semuanya kembang lebar-lebar.. lagi lebar dari tapak tangan aku.. :)
Semangatlah nak tambah koleksi.. bebila nanti pi CH lagi wajib pi jumpa aBangla and minta dia pilihkan warna-warna lain pulak.. hehe.. Ni dah aim kaler coklat kat umah mak mentua adik kat Gurun.. kat sana ada beberapa kaler jugak yang gojes2.. dah mintak benih dah tapi tak sempat lagi nak pi amek.. :)

Ok, lepas ni nak buat entry Ros Jepun pulak.. mihmih.. =B

No comments:

Post a Comment