Thursday 20 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKB4


12/11/2014 | RABU | 2.30PM

Hari Anugerah Cemerlang SK Batu 4, Gerik.. Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan rezeki untuk menjadi tetamu pada hari bersejarah tersebut.  Kedua-dua puteraku antara pelajar-pelajar yang diraikan di dewan indah itu.  Walau terlalu banyak dugaan sepanjang sesi persekolahan 2014 ini, namun permata-permata hatiku masih mampu mengekalkan kecemerlangan dalam akademik.  Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu.. Semoga anak-anakku akan terus cemerlang dan membesar menjadi hamba-hambaMu yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. amin.

Hari itu, biasalah dimulakan dengan bacaan doa, then ucapan-ucapan dari guru besar, pengerusi PIBG & ucapan perasmian.  Then, persembahan nasyid.. dengarnya kumpulan nasyid sekolah ni ialah juara di peringkat negeri.. memang bestlah, especially yang tukang pukul gendang tu.. :)

Terkenang pulak zaman aku di SRK Mahkota Sari dulu.. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, every year tak missed naik pentas terima hadiah, and ada jugak join buat persembahan.. memang antara kenangan terindah.. :)


Persembahan nasyid yang mantap.. :)

Then, diteruskan acara penyampaian hadiah dan diselang-selikan dengan persembahan daripada murid-murid.. tapi takde pulak tangkap gambar persembahan-persembahan semua.. Gambar Ammar dan Adam naik pentas ambil hadiah pun snap dari jauh.. then crop.. mmg tak berapa cantiklah gambarnya.. tapi bolehla drp takde.. :)

Adam.. nape nampak ketot je yea? hehe..

Ammar.. tak sempat nak pose cantik-cantik.. huhu



Semoga akan lebih berjaya di tahun-tahun mendatang..

Buah hati..

Kesayangan..


Habis acara dalam dewan, let's posing2 sekitar kawasan sekolah.. buat kenangan.. :)


With Una & Kakak Una.. tengoklah Aazad tu, happy sgt.. dia ckp "nanti Aazad pun nak belajar pandai2, cikgu bagi adiah kat Aazad.." yelah nak.. :D

Kemain malu2 susahnye nak suruh posing sama2.. padahal sedara merangkap classmates.. huhu

Syabas mera betaaaa...

Auntie Guard ni fan Adam.. suka sangat dia dengan Adam.. Adam pulak malu2 la.. tengok tu dia ajak posing sama2.. heeee..


Auntie ni memang aku kenal sejak aku sekolah rendah.  Naik bas sekolah auntie ni la dulu.. dia memang baik & ramah-tamah orangnya.. :)

Bergambar kenangan bersama auntie guard.. :)


Adam malu2 sebab auntie tu dok usik2 dia.. theehehee..

Tahniah anak-anak mama.. mama bangga dengan kamu berdua.. jangan penat berusaha yea, doa mama sentiasa bersama kalian.. maafkan mama atas kekurangan mama sebagai ibu.. Kita sama-sama usaha menjadi yang terbaik utk each other yea.. Mama sayang kamu semua!

Love,
Mama

1 comment: