Sunday 23 November 2014

KEM ANAK SOLEH 2014

15/11/2014 | SABTU

Ni first time Ammar joined kem.  Dia excited sangatlah, started from bawa balik form memang dah excited sangat dah.. maklumlah first time nk join aktiviti macam ni.  Bila dia bawa balik form and ask for permission mama memang takde bantahan untuk izinkan dia sertai kem tu.  Sedikit sebanyak mesti ada ilmu dan kebaikan yang dipelajari nanti kan.. :)

Oh, kem ni anjuran SRAR Al-Islahiah, sekolah agama Ammar dan Adam.  Tapi Adam tak join sebab kem hanya untuk pelajar darjah 3 & 4 sahaja.

So, tibalah hari yang dinanti.. lupa plak nak snap-snap gambar pagi masa hantar Ammar pagi tu.  Ni lah schedule kem tersebut..


Kem sehari je, dari pagi sampai malam.. takde bermalam untuk qiamulail ke apa.  Yuran RM40, disponsor seikhlas hati oleh Paklang Idin.  Thanks Paklang! :)

Lepas hantar Ammar, mama, Adam & Aazad pun baliklah.. so memang takdelah gambar-gambar seharian aktiviti kat kem.  Bila malam menjelma barulah ada sikit-sikit gambar sebab ada slot bersama parents, slot 'Tautan Kasih'.  

Bila masuk je surau venue slot Tautan Kasih tu.. Aazad terus berlari join Ammar dan kawan-kawan.  Selamba je dia.. hehee..


Slot Tautan Kasih ni more to nak bagi anak-anak sedar kasih-sayang dan pengorbanan parents kat dorang.. ada sikit-sikit talk dan video dari penceramah..




Gitulah ringkasan slot.. ada juga acara penyampaian hadiah untuk kategori-kategori tertentu, eg. Group Paling Aktif, Group Paling Kreatif, etc.. Tapi hakikatnya ada 4 groups, semua dapat hadiah.. =B Hadiah jajan-jajan & eraser bentuk kacang! Sajalah buat suka-suka.. =B  <---- tayang gigi kapak sikit!


Tangkap gambar kenangan bersama Abi dan kawan-kawan rapat.. Ustaz penceramah suruh anak-anak tu panggil dia 'Abi'.. so sweet.. Abi ore kelate.. :)


Ucapan penutup oleh Guru Besar SRAR Al-Islahiah dan invitation to a light supper.. kira supper la kan sebab dah pukul 11 lebih malam.. 


Dorang tengah agihkan hadiah.. group Bintang menang group paling ceria.. weee weeee.. ceria kan.. =B

Then proceed ke jamuan ringan.. Sebenarnya tak ringan sangat pun, ada mi goreng daging & udang besar-besar.. and nasi berlauk pun ada.. memang delicious & nyummiehhh.. yang bestnya, bukan katering.. hasil usahasama masak-memasak oleh para ustazah SRAR tu tau.. berkat makan air tangan ustazah-ustazah  yang bertungkus-lumus memasak sepanjang kem.. terima kasih ustazah-ustazah! :D




Berselera kiddos makan, walaupun dah tengah malam.. siap ustazah bagi tapau mi goreng sebab banyak lebih.. dah malam, so ada parents yang ambil anak terus balik je..


Oh, antara aktiviti masa kem tu, anak-anak diminta buat kad untuk parents.. and ni yang Ammar buat.. :)




So touching.. =')
Mama pun sayang Ammar sangat-sangat..
Begitu juga kasih sayang mama untuk Adam & Aazad..
Sayang kamu semua dunia akhirat..

so, mama nak dedicate lagu ni untuk bintang-bintang hati mama..




Oh, Hari Anugerah Cemerlang SRAR Al-Islahiah dipostpone ke Januari.. Ammar & Adam akan berpindah balik ke Selangor pada sesi 2015.  So, mungkin tak dapat attend ke hari anugerah tersebut nanti.  Mama dah wakilkan kat Ustazah Ramlah untuk ambil hadiah bagi pihak Ammar & Adam nanti.. 

Semoga anak-anak mama akan terus cemerlang dalam akademik, koku & akhlak.. amin.

Love, 
Mama


No comments:

Post a Comment