Friday 25 July 2014

KUIH BUAH MELAKA

Macam-macam hal.. ritu henpon kesayangan rosak, terus tergendala segala agenda nak mengupdate belog, sebab segala gambar semua dalam tuh.. guna tab adoii very the lembs.. terus takde mood.. ni pulak lappy takleh connect wifi sebab tukar router.. puas godek-godek tapi tetap tak menjadi.. last-last cucuk cable, tapi tak bolehlah nak bergolek kat tilam sambil taip belog.. sebab cable kontot.. boringlah jadi manusia rabun IT nih, nak connect wifi pun tak reti.. tensi mak incik tau!

Gigih jugaklah nak menaip entry buah melaka ni.. dah peram jadi tempoyak kat draft.. banyak jugaklah entry tempoyak kat draft ekceli.. huhu.. tapi takpe, slowly edit & publishlah nanti.. 

Buah melaka ni memang favouritelah.. tapi nak membuat idok le rajin.  Selalunya beli je.. tapi bila beli paham-pahamlah, pernah tercekik macam nak putus nyawa makan benda ni.. hahaha.. mana taknye hamba Allah mane ntah jual buah melaka tak agak-agak saiz dekat nak besar penumbuk, 3 bijik singgit.  Aku beli tanpa prejudis.. balik kompius caner nak makan.. kalau gigit sikit-sikit kang meleleh-melengas lak air gula tu kan.. so hantamlah masuk seketoi dalam mulut.. buruk laku noo gayenye.. acara tu dibuat secara solo, so ok je buruk laku.. kuikui.. sekali hambek kau, punyalah liat macam cekelat getah dah rasa.. pastu dah agak penat dok kunyah buat senaman muka dengan buah melaka alien tu, masanya untuk telan, sekali hambek kau.. tak lepas okey.. tercekik terus, menggelabah cari air.. syukurlah nyawa ai masih panjang.. kalau tak tentu masuk metro "maut tercekik buah melaka" atau "wanita gelojoh maut tercekik".. uhhh.. dah la mati, tajuk berita tak boleh blah.. kesian kannn? hahaha.. so, moral of the story is jangan beli buah melaka besar penumbuk! heheheeee...

So, marilah kita buat sendiri kuih kegemaran kita.. bukan susah pun, bahan pun takdelah macam-macam.. nonono malas-malas lagi lepas ni okey.. mak dah turun ilmu, so aku takde alasan tak reti tak reti lagi.. mari tulis resepi kat belog.. 

RESEPI BUAH MELAKA

2 cawan tepung pulut
 4 sudu makan tepung beras
Gula melaka ~ potong-potong jadi kiub
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam halus
Sedikit pewarna hijau
(kalau rajin boleh juga guna jus daun pandan untuk dapatkan warna hijau dan bau harum daun pandan, kalau malas tak payah.. guna je pewarna)
Air kosong

CARA-CARANYA
1.  Ape-apehal jerang air dalam periuk dulu..
2.  Masukkan tepung pulut & tepung beras ke dalam bekas adunan.. tuang sikit-sikit jus pandan, kalau takde jus pandan guna je air kosong.. masukkan pewarna setitis-dua.. gaul dan uli sampai tepung tadi boleh digentel..
3.  Cubit adunan dan gentel.. leperkan, letak seketul kiub gula melaka sebagai inti.. tutup dan gentelkan jadi bulat
4.  Campak ke dalam air mendidih.. biarkan sampai dia timbul.. ambil dan tos kejap
5.  Gelek-gelekkan kat kelapa parut.. siap!

Very the easy kan? :)



Jom tengok gambarajah pulak.. 



Pic step #2 : Rupa-paras doh.. 
mak aku cakap fungsi tepung beras tu untuk nak seimbangkan doh supaya tak liat macam chewingum.. oh, rupanya buah melaka penumbuk tu takde tepung beras kots? nyaris tak meragut nyawa mak incik tau..



Pic step #3 : Bola-bola kecik
Bola kecik dileperkan, dibubuh gula melaka dan dibolakan kembali.. 
seeloknya, lepas gentel terus campak dalam air mendidih.. sebab cam aku buat letak dulu kat tudung periuk tu kan, bila nak ambik utk campak dalam air, dia pecah.. terpaksa tampal balik, dan saiz akan membesar sikit.. tapi takdelah jadi sebesar penumbuk okey.. :p







Pic step #4
Sila sauk yang timbul-timbul sahaja..




Pic step #5
Kelapa parut ni kena ambik yang putih je.. taknak yang parut sampai kena tempurung tu.. nanti tak chantek.. 




Rupa-paras bebola yang siap digolek-golek kat kelapa.. nyummehhhh!
Pastikan saiz comel-comel jer supaya insiden tercekik tidak berulang.. :D




Wahh.. tengok kuih tradisional.. boh pulak dalam pinggan jaman dolu-dolu.. terus terkenang memori daun pisang zaman kecik-kecik dulu.. rindunya pada arwah-arwah tok, tokwan.. alfatihah untuk mereka.. :'(

Terasa best dan bangga bila pandai buat sendiri kuih kegemaran.. nape dari muda-muda taknak belajar kan.. eh, sekarang pun muda lagi apaaa?? :p

Tapi paling best bila anakanda-anakanda memuji-muji bondanya.. "pandainye mama buat kuih ni.. sedap pulak tu.. nanti mama buat lagi ye, nak makan lagi banyak-banyak!"
hnsss.. hnsss.. kembang montot ai tau.. baiklah anakanda2 ku tersayang.. nanti mama buat lagi okey.. mama memang rajin, pandai, bijaksana, jelita... eh? :p





#heartfeeling #1: hati terkesan dengan tragedi MH17, semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. amin :'(

#heartfeeling #2 : musim katebang jatuh ek? ada lagikan yg terhempas.. ya Allah, hanya Kau yang maha mengetahui.. sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bagi orang-orang yang berfikir..  :'(


No comments:

Post a Comment