Monday 29 December 2014

HATI SAYU PILU

Salam.. 

Minggu ni hati rasa tak keruan, sejak banjir melanda beberapa negeri di Malaysia ni.. setiap masa mesti nak cari berita-berita terkini perkembangan banjir.. dan sentiasa berdoa agar dipermudah dan diringankan segalanya.. 

Hari ni, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat selama 7 hari akan berlaku.. Ya Allah, takutnya.. hari ni baru nampak gambar-gambar dan video yang dikongsi di laman sosial, keadaan di beberapa kawasan, dah agak surut.. tapi MasyaAllah, terrible sangat keadaannya.. macam lepas kena tsunami! Rumah-rumah kebanyakannya rosak dan ada juga yang lenyap dihanyutkan arus.. kenderaan bergelimpangan, ada yang hanyut, ada yang saling bertindih.. ternakan semua hanyut.. jalanraya rosak dan banyak lagi kerosakan-kerosakan yang lain.  Ni kalau hujan lagi selama 7 hari tak mustahil air akan melimpah lagi.. Ya Allah.. 

Hati terkesan juga dengan kisah pasangan suami-isteri yang menjadi korban banjir di Terengganu tu.. diberitakan si isteri tu seorang guru, masa kejadian tu balik ke rumah dari pusat pemindahan semata-mata nak ambil kertas-kertas jawapan SPM.. dan ajal tiba, dia dan suaminya hanyut bila bot yang dinaiki terbalik sebab tersekat dalam pusaran air.. hati ni jadi makin sayu bila dapat tahu dorang tu ada 6 orang anak yang kecik2 lagi.. kesiannya.. tapi Alhamdulillah, MB Tganu dah ambil anak-anak tu jadi anak angkat dia.. oklah kan, at least dorang tak terpisah.. :'(

Sekelip mata jadi yatim piatu.. semoga Allah melindungi anak2 ini dan permudahkan urusan dorang.. :'(
~ image utusan online

Tetiba 11.50 pagi tadi dapat whatsapp dari hubby bagitau flight AirAsia QZ8501 Surabaya - Singapore missing.. Astaghfirullahal'azim.. lagi satu berita duka untuk tahun 2014.. 

Image google

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal berlepas dari Surabaya menuju ke Singapura itu hilang dari radar kira-kira sejam selepas take-off.. Mostly on board are Indonesians, Malaysian ada seorang, businessman dari Kuching.. lain-lain ada 1 British, 3 Koreans & 1 Singaporean..  Crews pulak 1 French, lain-lain semua Indonesians.. Semoga ahli keluarga dorang tabah menghadapi dugaan ni.. :'(


Image google

Ada yang kata pesawat crashed di Laut Belitung Timur, tapi Indonesia deny.. apa-apa pun kita berdoalah semoga dorang semua selamat.. Malaysia pun dah hantar aset ketenteraan untuk membantu dalam operasi Search and Rescue (SAR).. harap operasi SAR berjaya.. terkenang pulak SAR MH370 yang masih lagi tak berjaya tu kan.. so sad.. :'(

Harap berita ni adalah berita buruk terakhir untuk tahun 2014 nie.. Cukuplah segala yang dah berlaku sepanjang tahun ni kan.. Semuanya kita terima sebagai ujian dari Allah swt untuk menguji kita, juga sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita.  Sesungguhnya tiada kuasa yang mampu menandingi kekuasaan Allah swt.. hanya Dia yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.. takkan berganjak walau sebutir zarah tanpa keizinanNya.. dan setiap yang diturunkan kepada kita itu pasti membawa bersama hikmahnya.

Semoga 2015 yang bakal menjelma beberapa hari lagi akan membawa rahmat, semoga kita dilindungi dan sentiasa diredhai Allah.. semoga kita menjadi insan dan hamba yang lebih baik.  InsyaAllah..

:: Keep #prayforfloodvictims #prayforpantaitimur #prayformalaysia #prayformh370 #prayformh17 #prayforqz8501 #prayforgaza #prayforallmuslims


Love,
Bluehoney

No comments:

Post a Comment