Sambungan dari previous entry #1..
As agreed, lepas kena attack #3, terus hubby hantar aku ke hospital. Sepanjang jalan aku dok ramas2 hot bag.. First time aku rasa perjalanan ke Banting amat jauh, amat slow.. masa on the way tu, aku kena attack yang ke-4. Tak tentu arah aku melayan kesakitan tu dalam kereta. Aku tahan sakit dan tahan mulut dari mengadu sakit kat hubby. Sebab dia dah penat sangat, tak tidur lagi sejak balik kerja petang hari sebelum tu.. and malam ni nak masuk kerja malam pulak. Sesungguhnya aku amat taknak susahkan dia hantar aku ke hospital, sebab aku tau dia penat sangat dah.. but i got no choice. Aku memang tak mampu nak berdiri sendiri, apatah lagi nak drive sendiri.. thanks hubby!
Hot Bag.. hubby's masa admitted kat NMC ritu.. now become my fav stuff.. :) |
Nasib baik doktor tu terus attend aku.. dia cakap aku kena Panic Attack. Oh my, panic attack ada dalam 'to search list' kat notebook aku! terus rasa bersalah pada diri sendiri sebab tak google.. kalau tak at least aku dah ada knowledge pasal sakit ni, and ada idea mcamana nak overcome.. takde la aku gelabah panic sampai tahap rasa nak mati!
Sebab blur sangat, masa kena kat rumah tu, aku suruh hubby google pasal low bp.. and aku kol makcik Ikin, a nurse merangkap mak mentua aku tanya pasal low bp.. so dia info kalau low bp kena makan yang masin2 sikit.. macam ikan masin ke.. orite. Then bila aku cakap aku cramp, dia suruh pergi hospital cepat2.. aku pulak ambik garam terus letak dalam mulut.. minum 100+. Aku rasa baik aku stabilkan bp, nanti at least kalau kat hospital, bp aku ok kurangla hazab aku.. and yes, kat hospital bp aku ok! syukur lagi.. :)
And know what, sakit ni takde ubat. Treatmentnya hanya bed rest sambil diletakkan alat sedut gas kat hidung tu, aku lupa nama benda tu.. tapi yang kelakarnya, benda tu kosong ok.. dorang tak bagi nebulizer ke apa pun, just letak benda tu kat hidung.. ko sedut dan hembuslah nafas sendiri.. function dia hanya untuk buat patient manage breethin and out secara lebih baik. First.. i was like, hey nurse ni lupa nak bagi gas ke.. lepas dia letak benda tu kat hidung, dia terus blah.. doktor datang buat IV Line kat tangan untuk ambil blood sample and masuk air gantung tu.. aku tanya doktor tu, benda ni neb ke apa, dia ckp xde gas, mmg camtu je.. oooooo.. ok, new knowledge!
Aku seram tengok jarum, bertambah scary bila tau doktor nak buat line tu.. tapi, sebab tangan aku kan cramp dan kebas, so sedar2 dah siap.. tak sakit, rasa nyett! gigit semut je.. syukur sangat!
Abis air tu, kira siaplah treatment.. nurse cabut line tu.. tapi aku tetap rasa dizzy, tangan kaki sejuk gila.. muka kebas.. cuma yang cramp tu dah hilang la.. then, gi farmasi ambil ubat yang terdiri daripada vitamin2.. plus aku kena makan antibiotik sebab blood test result nampak cam banyak white blood cells.. lepas ni kena make sure telan vitamin B complex, B1, B6 & B12 and Ascorbic Acid secukupnya untuk avoid dari diserang bertubi-tubi dengan Panic Attack ni. Oh, baru sedar diri.. rupanya aku ni kurang vitamin B, sebab tu selalu kebas2 tangan.. sibuk telan vitamin C,E & collagen jer sebab nak kulit cantik.. ok, insaf sekarang.. :B
Takde ubat pelik2.. semuanya hanyalah Vitamin2.. so, wakeup! |
Air Sickness Bag yang kini menjadi kesayangan saya |
Ok, nanti sambung moral of the story pulak.. and insyaallah, kisah how and why saya diattack bertubi2.. agak scary dan mistik!
To know more about Panic Attack, do click this link -->> PANIC ATTACK
Love,
Bluehoney
**Disclaimer:
Panic Attack symptoms, cause, pain, relief, medication, alternative treatment yang dinyatakan dalam cerita saya adalah pengalaman sebenar saya, dan berkesan untuk saya. Tidak semestinya sama dan berkesan untuk individu yang berbeza. Boleh diguna sebagai rujukan sahaja, bukan sebagai rawatan mutlak. Sila dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor bertauliah jika anda diserang.. :)
No comments:
Post a Comment