Thursday 11 December 2014

PANIC ATTACK ~ A Story To Share #1

Salam.. Hola..

Nak share cerita aku diserang PANIC ATTACK.  Sejujurnya, aku pernah jumpa dan dengar term Panic Attack ni, banyak kali.. tapi tak pernahlah pi google, walaupun curious nak tau, aku suka find out tentang apa2 je yang aku nampak or baca.. so bila orang sebut or cakap tentang something tu, aku terus paham apa yang dimaksudkan oleh orang tu, takdelah macam blur-blur kan.. General knowledge itu satu kelebihan.  Nampak 'smart' bila tak blur.. tapi sesekali blur nampak cute.. :B

Tapi entah kenapa, aku delay2 nak find out what is Panic Attack.  Meanwhile, aku main agak-agak sendiri je la makna Panic Attack tu, mesti something relate dengan orang-orang yang panik, situasi panik ke apalah kan.. yelah aku bukan study medic pun nak kena kaji/belajar setiap penyakit kan.. :p

Tapi bila semalam (10/12/2014) aku diserang, baru aku sibuk google.. Kisahnya masa aku kena tu pun aku still tak tau aku diserang Panic Attack.  But seriously, memang panic, menggelupur, sakit dan tensi sebab aku tak tau macamana nak overcome attack tu.. seriously like, Ya Allah, ni ke sebab kematian aku? Hari ni hari last aku? Now?? Ya Allah! Mengucap jelah banyak2..

Aku tau lepas aku didiagnosis oleh doktor, yes aku kena Panic Attack.  Masa kena tu aku ingat aku kena Heart Attack! Yelah, kan ramai je sekarang orang muda-muda tetiba meninggal sebab Heart Attack.  Like seriously aku rasa ajal aku dah sampai.. sebab aku sihat walafiat, aku demam pun jarang2.. tetiba aku diserang sakit dada yang teramat, rasa dada sempit, teramat susah bernafas dan ada masa yang rasa langsung tak boleh bernafas, macam kepala kena ikat dalam plastik bag.. kaki, tangan, muka terasa kebas, makin lama makin kuat kebas tu.. sampai jari2 sampai both wrist aku cramp.  Cramp like frozen, langsung takde rasa, tak boleh gerak.. dan rasa sakit yang tak pernah aku bayangkan.. kaki, tangan, body berpeluh sejuk.. rasa pelik di kepala, rasa nak pitam.. aku lawan rasa nak pitam tu, aku cuba terus buka mata.. taknak pejam.. sebab aku rasa kalau aku pejam aku akan terus gone.. gone yang mungkin pitam, mungkin koma, mungkin tu kali terakhir aku pejam mata, pejam untuk selamanya..

Aku mintak hubby dan anak-anak tolong picit2 urut2 tangan dan kaki aku.. memang terasa sedikit lega, tapi rupanya tak menghentikan attack tu pun.. Aku berlawan dengan sakit dan cuba kuatkan diri.. dalam kesakitan dan kekeliruan tak tau nak buat apa.. aku gagahkan diri masuk shower, aku minta tolong hubby untuk pimpin aku, memang dah tak terdaya nak bergerak dah.. aku siram je badan dari kaki sampai kepala.. rupanya air sejuk tak boleh kenakan kat bahagian yg cramp.. dia jadi makin cramp.. aku nak bangun on hot shower dah tak mampu.. aku tersandar kat dinding bilik air tu macam kaku.. aku mintak hubby tolong on hot shower.. then mintak dia tolong siram tangan aku yg cramp tu.. and alhamdulillah, positive.. jari-jari makin lembut dan boleh digerakkan slowly..  tapi air sejuk membantu kat bahagian kepala, hilang rasa nak pitam tu.. lama aku duduk bersandar kat situ, rupanya wap air panas tu membantu aku bernafas dengan lebih baik.. masa tu aku bersyukur sangat sebab Allah gerakkan hati aku untuk bersiram dalam shower.  Padahal aku memang zero knowledge, tetiba kena terus teruk, dan tak tau macamana nak handle sakit tu, dah aku hilang keupayaan terhadap diri sendiri..

Bila dah lega sikit tu, dan aku dah boleh bertenang.. aku rasa Allah belum nak ambil nyawa aku, sebab dia ilhamkan aku masuk shower dan aku recover, walaupun aku gelabah dan teramat panik taktau nak buat apa masa tu.  Aku rasa Allah nak 'kejutkan' aku je.. Masa kena tu aku rasa sakit yang amat sakit, yes aku pernah bersalin 3 kali dan memang bersalin tu sakit amat.. tapi ni sakit amat jugak, tapi versi lain.. masa tu, aku teramat panik, sampai buat hubby aku pun macam tensi.  Sebab semua yang dibuat untuk cuba tenangkan aku dan kurangkan sakit aku, aku reject.  Aku cuma mintak hubby dan anak2 tolong picit2 dan urut tangan dan kaki aku je.. sentuhan dorang je yang aku rasa kurangkan sakit tu..

Aku kena bukan sekali.. 5 kali.. berselang sejam ke dua jam.. kali ke-2 kena aku dah ajak hubby hantar aku pi hospital.  Aku ni jenis tak suka hospital, benci ubat, takut jarum.. tapi sampai tahap aku menyerah diri ke hospital tu, memang level aku tak tertanggung dah.. plus aku pernah ada history low bp, aku bayangkan jantung aku kena heart failure sebab aku tak boleh bernafas, aku cramp sebab oksigen tak sampai kat kaki & tangan aku, kalau sampai tahap oksigen tak sampai otak camner pulak? aku bayangkan aku koma or mati or jadi paralyse.. aku teringat kisah arwah Rara, yang pernah viral dulu.. aku membebel semua ni kat hubby, tapi dia still nak tenangkan aku, cakap it's okay, it's orite, awak ok ni.. penat je kot.. tapi aku tetap tak boleh terima.. i know it's something wrong with me.. aku cakap kat hubby kalau aku kena kali ke-3, pleaselah hantar aku gi hospital.. aku merayu menangis-nangis, padahal takkan la laki aku kejam nak biar aku mati kat rumah camtu je kan.. tapi aku sampai merayu menangis sebab aku 100% bergantung kat dia masa tu.. sebab aku terlalu lemah, sampai tak mampu berdiri sendiri.. tak pernah terjadi, like seriously.. aku rasa aku perlu bergantung 100% kat orang lain.. aku jenis apa yang aku boleh buat sendiri aku akan buat sendiri.. tapi hari aku bergantung pada suami aku sepenuhnya.. aku macam paralyse dah!

Okey, bukan saja-saja aku tulis entry ni.. walaupun tangan aku masih lagi shaky, terketar-ketar aku menaip ni.. merasa aku jadi parkinson jup.. :p tapi aku rasa ada pengajaran berharga yang boleh aku kongsi, juga sebagai peringatan yang sentiasa ada untuk aku refer in future.. maklum la aku juga manusia yang mudah lupa, kaya dengan kekurangan..

Pengajaran 1 : Selalu Ada Sign, Tapi Kita Tak Perasan

Kadang2 dalam hidup ni kan, kita ditemukan dengan orang, perkara, benda etc. yg memerlukan perhatian kita, sebab orang, perkara, benda etc tu akan berguna (orang akan jadi penting) utk kita in future.. tapi sebab masa ditunjukkan/ditemukan orang, perkara, benda etc itu, tidak disertai nota like,
  
"Perhatian: Sila berkenalan dengan mamat ni, sebab dia la jodoh ko nanti"

So, kita pun tak alert la kan.. aku tulis macam ni sebab tu memang my real story.. salah satunya, aku pernah ditarik perhatian pada term PANIC ATTACK.  Masa tu aku memang eager nak tau more info pasal panic attack, yes aku memang suka ambil tahu tentang apa2 je as general knowledge.  Beberapa kali aku 'dijumpakan' dengan word 'PANIC ATTACK', tapi sebab tak disertakan nota like..

"Attention : Do study about Panic Attack because you will face it someday" 

Aku pun delay2, sampai akhirnya aku lupa terus nak cari info.  Sampai aku kena baru teringat balik.. yes, setiap yang Tuhan aturkan untuk kita tu, directly or indirectly, big or small, sweet or bitter, semuanya ada hikmah untuk kita.. memanglah Dia takkan cerita kat kita macam bagi note tu kan.. tapi sebenarnya memang ada.. kita je kadang alert, kadang langsung tak perasan.. sampailah sesuatu terjadi for real, baru kita kata "omaigoddd.. dah agak dah! kan betul?!!"
Tapi jangan lupa, kita always boleh minta petunjuk dari Allah melalui istikarah.. :)

Okay, 'parkinson' makin kuat, nanti sambung ye.. below is the definition of Panic Attack from Wikipedia.. semoga bermanfaat.. :)


Panic attack

From Wikipedia, the free encyclopedia
Panic attacks are periods of intense fear or apprehension of sudden onset accompanied by at least four or more bodily or cognitive symptoms (i.e. heart palpitations, dizziness, shortness of breath, or feelings of unreality)[1] and of variable duration from minutes to hours.[2] Panic attacks usually begin abruptly, may reach a peak within 10 to 20 minutes, but may continue for hours in some cases.[2][3] Panic attacks usually subside on their own over the next several hours.[citation needed] Often, those afflicted will experience significantanticipatory anxiety and limited symptom attacks in between attacks, in situations where attacks have previously occurred.[citation needed] The effects of a panic attack vary. Some, notably first-time sufferers, may call for emergency services. Many who experience a panic attack, mostly for the first time, fear they are having a heart attack or a nervous breakdown.[4] Common psychological themes associated with panic attacks include the fears of impending death or loss of sanity; depersonalisation is relatively common.
Panic attacks are of acute onset, although acute debilitation (generally severe) may be followed by a period of residually impaired psychological functioning. Repeated panic attacks are considered a symptom of panic disorder.[5] Screening tools such as the Panic Disorder Severity Scale can be used to detect possible cases of disorder, and suggest the need for a formal diagnostic assessment.[6][7]

No comments:

Post a Comment